Thursday 12 August 2010

A133247 Tan Kah Yee LJ04

Selamat sejahtera~
 
Tajuk bagi kuliah hari ini ialah emosi negatif. Pada hari ini, kuliah dimulakan dengan tayangan video yang amat bermakna bagi saya. Dalam video itu, saya terdapat bahawa ada lagi ramai orang yang berada dalam penderitaan. Mereka tidak ada kasut yang cantik, ada juga yang tidak memakai kasut. Selain itu, ramai yang terlibat dalam ketakutan perang. Mereka juga tidak ada rumah yang boleh melindungi mereka daripada bahaya. Berbanding dengan mereka, saya berasa amat bertuah bahawa saya mempunyai keluarga yang bahagia, rumah yang selesa, baju yang cantik, lagipun saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran saya di UKM. Oleh itu, kita tidak patut selalu berasa malang kerana ada lagi orang yang lebih menderita daripada kita.
 
Selepas itu, kuliah diteruskan dengan apa itu emosi takut (fear). Takut adalah respons emosional terhadap bahaya yang akan datang, berkaitan dengan kecemasan. Biasanya keadaan ini berlaku apabila adanya rangsangan negatif. Kadang-kala emosi ini dikaitkan dengan kebimbangan, kecemasan, dan keganasan. Emosi takut ini mungkin juga disebabkan oleh kemalangan trauma dan takut kehilangan kawalan.
 
http://officeimg.vo.msecnd.net/en-us/images/MB900414034.jpg
 
Emosi negatif yang kedua ialah malu (embarrassment). Malu boleh disebabkan oleh perhatian yang tidak dikehendaki untuk hal-hal peribadi atau kelemahan peribadi atau kemalangan. Beberapa penyebab malu berasal dari tindakan peribadi, seperti terperangkap dalam kebohongan atau dalam membuat kesalahan, kalah dalam pertandingan. Kadang-kadang orang malu akan cuba untuk menutup malu dengan senyum atau tawa gugup, terutama dalam situasi etiket. Saya teringat semasa saya masih pelajar di sekolah menengah, saya terjatuh semasa naik tangga. Pada masa itu, semua orang yang ada di sana ketawa pada saya lalu saya pun balik kelas dengan cepat dan menutup muka saya. Memang malunya pada masa itu...
http://officeimg.vo.msecnd.net/en-us/images/MB900402558.jpg
Kemudian, kami dikemukakan dengan emosi negatif yang ketiga, iaitu sedih (sadness). Emosi sedih merupakan suasana hati yang memaparkan perasaan kelemahan dan kerugian. Biasanya sementara dalam keadaan sedih, orang itu akan menjadi tenang, kurang energik dan menarik diri ke dalam diri sendiri. Selain itu, dia juga akan tiada keinginan untuk keluar dan menjadi aktif atau keinginan untuk bersosialisasi dengan orang lain. Penampilan kesedihan adalah tertunduk kepala, badan memiring, menjulurkan bibir dan aktiviti fizikal yang lemah. Kesedihan dianggap sebagai perasaan bertentangan dengan kebahagiaan. Sinonim untuk emosi sedih ini adalah ketidakbahagiaan, kesengsaraan, dan sayu. Menurut kata Forgas(1992, 1994) bahawa orang yang bahagia boleh memproses maklumat dalam masa yang lebih singkat dan lebih tepat berbanding dengan orang-orang sedih yang memproses maklumat secara logik, selama tempoh yang lama dan kurang tepat. Isen juga mengatakan kemampuan untuk memproses maklumat dipengaruhi oleh suasana hati. Bagi orang-orang sedih, mereka kurang berupaya untuk memproses maklumat yang mendalam dan tepat. Oleh itu, kita perlu sentiasa berasa gembira supaya boleh menjawab soalan peperiksaan dengan tepat. =)
 
http://officeimages.microsoft.com/clipart/dglxasset.aspx?AssetID=MM900282753&Origin=|0&LCID=1033&ext...
 
Seterusnya, emosi marah (anger) dikemukakan. Emosi marah adalah respon terhadap rasa sakit, penderitaan yang dirasakan atau tekanan, atau ancaman. Ancaman itu mungkin nyata, dibahas, atau bayangkan. Kemarahan sering merupakan respon terhadap persepsi ancaman kerana konflik fizikal, ketidakadilan, kelalaian, penghinaan, atau pengkhianatan. Kemarahan boleh didedahkan secara aktif atau pasif. Kemarahan juga boleh disebabkan oleh kerengsaan daripada seseorang itu. Walau bagaimanapun, keadaan marah sukar ditenangkan dalam masa yang singkat. Oleh itu, kita perlu cool down dulu.
 
http://officeimages.microsoft.com/clipart/dglxasset.aspx?AssetID=MM900282737&Origin=|0&LCID=1033&ext...
 
Pendek kata, emosi negatif boleh menghalang kita daripada membuat keputusan dengan betul dan tepat. Walapun adalah susah untuk mengawal emosi kita tetapi kita perlu tenangkan diri dulu sebelum membuat keputusan supaya kita tidak akan sesal pada masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment