Thursday 26 August 2010

a132986 asmaa ljo6

    dalam kelas pengurusan emosi pada minggu ini, saya belajar tentang Teori Aras Adaptasi dan Teori  Proses Berlawanan Solomon. Teori Aras Adaptasi menyatakan bahawa manusia manusia akan memberi respon terhadap rangsangan berasaskan aras adaptasi semasa. kita secara automatiknya, akan membuat adaptasi terhadap pelbagai rangsangan yang berlaku di sekeliling kita.dalam erti kata lain, penilaian kita terhadap sesuatu situasi yang berlaku membawa kepada emosi yang dialami.
 
    contohnya, rumah saya terletak berhampiran dengan jalan raya.bunyi kenderaan yang bising tidak lagi menjadi masalah kepada saya kerana berlaku adaptasi diri saya dengan bunyi bising tersebut.berbeza bagi mereka yang tinggal di kawasan yang sunyi tanpa bunyi bising, mereka tidak biasa dengan bunyi tersebut dan merasa tidak selesa dengan keadaan tersebut. sama juga konsepnya bagi pelajar yang selalu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, mereka tidak akan terus berpuas hati dengan keadaan itu selagi mereka tidak mendapat keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.kakak saya juga pada awal dia bekerja, begitu berpuas hati dengan jumlah gaji yang diterima. namun setelah beberapa tahun, dia mula merasakan bahawa jumlah gaji tersebut sebenarnya tidak cukup dan mengharapkan kenaikan gaji. aras adaptasi seseorang adalah satu titik neutral yang biasa bagi individu tersebut dan cuma sesuatu perkara yang berlaku melebihi titik neutral tersebut akan memberi kepuasan kepada seseorang individu.
 
    teori kedua yang saya belajar ialah Teori  Proses Berlawanan Solomon. teori ini sebenarnya ialah hasil pengubahsuaian teori aras adaptasi yang dikenalkan oleh richard solomon.teori ini menyatakan bahawa emosi menuju titik neutral tidak hanya berlaku dalam jangka masa panjang tetapi juga berlaku dalam jangka masa pendek.ia menyatakan juga bahawa dalam setiap emosi yang diekspreskan akan terdapat emosi yang bertentangan dengannya juga berlaku. ini kerana emosi didatangkan dalam bentuk sepasang.contohnya, ayah saya pernah memberikan sejumlah wang sebagai ucapan tahniah untuk keputusan peperiksaan saya.saya pada mulanya berasa gembira kerana memperoleh sejumlah wang yang banyak, namun selepas itu, saya rasa menyesal kerana telah boros membelanjakan wang tersebut tanpa menyimpannya. disini, saya telah merasakan dua emosi yang bertentangan, pada mulanya rasa gembira dan kemudiannya rasa menyesal.
    malahan, jika emosi yang dialami berulang, kekuatan satu-satu emosi akan bertambah.contihnya, apabila seorang penerjun pertama kali melakukan terjunan, dia akan berasa sangat takut.tetapi apabila dia melakukan terjunan beberapa kali, rasa takut itu semakin hilang dan rasa seronok semakin dirasai.sama juga dengan apa yang dirasai penagih dadah. seorang penagih dadah pada mulanya merasa seronok apabila menagih dan kurang merasa kesakitan apabila tidak menagih dadah.lama kelamaan mereka tidak merasa seronok dan mula merasai kesakitan itu tetapi mereka tidak mahu berhenti dari mengambilnya kerana tidak mahu merasakan kesakitan itu walaupun sudah tidak ada keseronokan ketika menagihnya.
   
 

No comments:

Post a Comment