Friday 13 August 2010

a132986 asmaa lj04

    Kalau pada minggu lepas, dalam kelas pengurusan emosi, saya belajar tentang emosi positif,minggu ini pula  saya belajar tentang tentang emosi negatif.Terdapat 4 jenis emosi negatif yang telah saya pelajari iaiti :, malu, sedih, marah dan takut. Saya sendiri banyak merasai emosi negatif ini semenjak dari kecil.
    Takut ialah satu tindakbalas emosi terhadap bahaya dan berkaitan dengan kegusaran dalam diri.Rasa takut ini merupakan satu makanisma kelangsungan hidup dan selalunya berlaku hasil tindakbalas ransangan negatif yang tertentu.Ketakutan juga boleh timbul dari satu kemalangan yang trauma bagi seseorang individu.Sebagai contoh, saya mempunyai seorang rakan yang takut untuk menaiki bas kerana pernah terlibat dalam satu kemalangan sebelum ini. Rasa trauma ketika kemalangan itu, membuat dia takut kerana risau akan mengalaminya sekali lagi.
    Emosi kedua yang saya belajar ialah rasa malu.Definisi malu ialah satu emosi yang tidak menyenangkan yang dialami kerana berhadapan dengan tanggapan  masyarakat yang tidak menerima perilaku tersebut atau kejadian memalukan itu disaksikan oleh orang lain.Ia selalunya melibatkan rasa kehilangan harga diri atau maruah diri namun, sebesar mana rasa malu itu bergantung pada kejadian yang memalukan bagi seorang individu tersebut.
    Perasaan sedih merupakan emosi negatif ketiga yang saya pelajari.Sedih ialah satu mood yang memaparkan satu rasa kekurangan atau kehilangan dalam diri seorang individu.Rasa sedih yang keterlaluan mungkin boleh menyebabkan seseorang itu murung dan tertekan.Selalunya apabila seseorang berada dalam kesedihan, dia akan menjadi senyap dan kurang bergaul dengan orang lain.
    Emosi negatif yang terakhir ialah marah.Tidak dinafikan rasa marah itu wujud dalam diri setiap individu, namun kita harus tahu cara untuk mengawalnya.Rasa marah yang tidak dapat dikawal pada akhirnya akan membawa keburukan pada diri kita.Dalam Islam, marah dilihat sebagai satu simbol kelemahan.Terdapat 4 langkah untuk mengawal rasa marah.Yang pertama, akui bahawa anda berada dalam keadaan marah.Kedua, cuba nilai sama ada situasi yang anda alami sesuai untuk anda luahkan perasaan.Seterusnya, sekiranya anda merasakan sesuai untuk meluahkan keadaan tersebut, nilai pula adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau secara tidak langsung.Akhir sekali, setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang anda lakukan untuk tujuan membaiki diri.
    Tuntasnya, mustahil untuk mana-mana manusia tidak mempunyai emosi negatif.Kita tidak akan dapat mengelak dari marasainya.Apa yang terpenting, cuba kawal emosi negatif tersebut dan ambil pengalaman dari emosi negatif tersebut untuk tujuan memperbaiki diri.

No comments:

Post a Comment