Friday 6 August 2010

a132986 asmaa lj03

    pada kuliah pengurusan emosi pada minggu ketiga ini, saya belajar tentang emosi positif.antara contoh emosi positif ialah kegembiraan. gembira dapat didefinasikan sebagai emosi atau keadaan afektif yang dikarakterkan oleh perasaan keseronokkan, kesenangan dan kepuasan.seorang ahli falsafah yang terkenal epicurean juga pernah menyatakan bahawa kegembiraan dapat dicapai dengan memaksimakan kesenangan dan meminimakan kesakitan.
    beberapa kajian juga telah dilakukan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kegembiraan.menurut veenhoven,1995 tahap kegembiraan adalah berbeza mengikut budaya.beliau menyatakan bahawa masyarakat asia kurang merasa gembira berbanding masyarakat lain dan masyarakat yang paling gembira dilaporkan tinggal di kawasan amerika utara, australia dan eropah.pada pendapat saya sendiri, orang asia bukanlah kurang merasa gembira cuma dalam konteks budaya mereka sendiri, masyarakatnya jarang mengekspresikan emosi mereka.
    adakah kita berada dalam emosi gembira?sebenarnya kegembiraan hakiki berkait rapat dengan cara kita menguruskan emosi.orang yang dipandang positif masyarakat biasanya akan lebih gembira.begitu juga sebaliknya,orang yang selalu gembira dan tersenyum, mereka juga dipandang positif oleh orang lain. 
sebagai contoh, saya pernah dilanda masalah, dan wajah saya menjadi muram dan sedih.salah seorang rakan saya tidak mahu menegur saya kerana menyangka saya mungkin sedang marah.
    kegembiraan dapat dibahagi kepada 2 kelompok utama, iaitu jangka panjang dan jangka pendek.kegembiraan jangka panjang ditafsirkan sebagai emosi gembira yang stabil dari bulan ke bulan dan tahun ke tahun.jangka masa yang digunakan ialah dari zaman kanak-kanak hingga sekarang.manakala kegembiraan jangka pendek pula berdasarkan kejadian terbaru dalam hidup .bagi saya, saya telah melalui kegembiraan jangka pendek iaitu setelah saya mendapat tawaran untuk pilihan pertama saya ke universiti.kegembiraan sebenar dapat dicapai dengan mendapat kedua-dua komponen tersebut, iaitu kegembiraan jangka panjang dan kegembiraan jangka pendek.
    argyle menyentuh bahawa terdapat juga faktor-faktor lain yang menjurus kepada kegembiraan iaitu, kesihatan, persahabatan, kerja, rekriasi dan lain-lain.selain faktor penghayatan agama juga merupakan faktor penting untuk mencapai kegembiraan dalam hidup seseorang.
    pada minggu ini saya dapat mempelajari apa itu kegembiraan dan faktor-faktor yang membawa kegembiraan dalam hidup seseorang.saya berharap agar saya dapat mempraktikkan apa yang diajar supaya saya menjadi seseorang yang sentiasa ceria dan gembira dalam hidup.

No comments:

Post a Comment