Friday 6 August 2010

A132896 NUR LJ3

Assalamaualikum..

Pada kuliah kali ini, saya memepelajari topik 'Emosi Positif'. Emosi positif boleh didefinasikan sebagai emosi yang dicirikan dengan keseronokan, kesukaan dan kepuasan. Keseronokan dan kebahagiaan bergantung kepada individu. Sesetengah orang akan merasa saat paling bahagia dalam hidupnya ialah apabila dapat berumahtangga dengan orang yang paling dicintai, manakala sesetengah orang pula berpendapat saat mendapat bayi pertama merupakan detik paling bahagia didalam hidupnya. Tidak kira apa jua pendapat dan persepsi individu tentang bahagia, pastinya setiap individu bersetuju jika dikatakan atau disimpulkan bahawa kebahagiaan merupakan satu emosi positif yang perlu ada dan perlu dirasai oleh setiap insan di atas muka bumi ini untuk menuju kehidupan yang lebih bermakna. Menurut Aristotle, kebahagiaan terletak pada kejayaan dalam menemui keseronokan dan kita menemui kebahagiaan paling bermakna apabila kita dapat hidup dalam keadaan yang sempurna dan boleh melakukan semua aktiviti yang kita sukai. Segala pendapat beliau banyak mempengaruhi kajian tentang kebahagiaan hingga ke hari ini.Pada fikiran Plato pula, punca kepada semua kebahagiaan ialah kehidupan yag berasaskan nilai murni kerana nilai murni merupakan satu-satunya aspek masa depan yang boleh dikawal. Apabila seseorang melakukan atau menerapkan nilai-nilai murni didalam kehidupannya, dia sentiasa melahirkan tindakan-tindakan yang positif seterusnya menjadi pencetus kepada kebahagiaan.Mengikut Epicurians pula, untuk mencapai kebahagiaan, seseorang itu perlu memaksimakan kebahagiaan dan meminimumkan kesengsaraan. Untuk memaksimakan kebahagiaan seseorang itu perlulah sentiasa berfikiran positif serta melakukan perkara positif yang menyumbang kepada ketenangan hati dan ketenteraman jiwa.Bagi meminimumkan kesengsaraan, seseorang itu perlu menerima segala cabaran,kegagalan dan kekecewaan dengan hati yang terbuka.Bagi yang beragama Islam mereka disarankan supaya menerima segala qadak dan qadar dengan hati yang terbuka. Ini secara tidak langsung dapat mendidik diri mereka supaya sentiasa tenang dalam menjalani putaran hidup di muka bumi Allah SWT. Kebahagiaan meliputi dua komponen yang utama iaitu keadaan perasaan untuk jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Keadaan perasaan untuk jangka panjang melibatkan pengalaman yang dialami ketika zaman awal kanak-kanak dan dilengkapi dengan pengalaman purata yang berterusan sepanjang hayat seseorang. Sebagai contoh, Amin dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga yang harmoni dan mesra antara satu sama lain. Ibu bapanya mendidiknya serta adik-adiknya dengan penuh bertanggungjawab serta dilimpahkan dengan kasih sayang yang secukupnya. Mereka saling bergurau senda dan mengambil berat antara satu sama lain. Sejak dari kecil Amin seorang yang ceria dan suka membuat orang disekelilingnya ketawa.Ini menjadikan dia sentiasa desenangi semua orang. Cara hidup dan emosi positifnya terbawa-bawa sehinggalah dia menginjak dewasa.Keadaan perasaan untuk jangka masa panjang juga turut dipengaruhi oleh faktor kesihatan, persahabatan, kerja dan rekreasi. Keadaan perasaan untuk jangka pendek  berdasarka peristiwa yang baru dialami dalam hidup seperti kematian orang yang tersayang dan mendapat keputusan yang cemrlang dalam peperiksaan. Terdapat juga hipotesis yang menyatakan kebahagiaan juga dipengaruhi oleh genetik. Pada pendapat saya hipotesis ini boleh diterima. Untuk menyokong hipotesis ini saya kaitkan dengan pengalaman yang saya pernah lalui. Saya mempunyai 2 orang rakan yang sikap kedua-duanya sangat berbeza sama sekali.Biar saya namakan kawan saya yang pertama sebagai A manakala kawan saya yang kedua  sebagai B. A merupakan seorang yang ceria, peramah dan sentiasa disengai oleh oleh rakan-rakan yang lain  manakala B pula sebaliknya. Dia seorang yang pendiam, sentiasa muram dan sukar menyesuikan diri dengan keadaan sekeliling. Secara tidak sengaja saya telah berkenalan dengan ibu bapa kedua-dua sahabat saya tadi.Jelas menunjukkan sikap rakan-rakan saya mirip dengan sikap dan personality ibu bapa masing-masing.


No comments:

Post a Comment