Thursday 19 August 2010

A132896 NUR LJ05

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada kuliah tempoh hari, saya telah belajar berkenaan dengan ' Teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik'.  Teori-teori yang saya belajar ini lebih lengkap dan jelas jika dibandingkan dengan teori-teori yang di pelajari sebelum ini. Ini adalah kerana teori tedahulu tidak menjelaskan mengapa kita merasa gembira pada satu-satu masa dan pada ketika yang lain kita merasa sedih. Turutan kejadian yang berlaku apabila kita merasai sesuatu emosi juga tidak diperincikan dengan jelas . Antara perkara lain yang tidak dipelajari melalui teori-teori yang terdahulu ialah perkaitan antara minda dan emosi serta perhubungan antara emosi dan tingkah-laku. Terdapat beberapa perkara berkaitan dengan emosi iaitu apa yang dilakukan ketika kita beremosi, apa yang difikirkan oleh minda,tahap yang diberi oleh minda pada sesuatu emosi, perubahan fisiologi, gerak bahasa tubuh, dan tindakan berasaskan emosi yang dirasai.  Turutan komponen-komponen emosi ini muncul didalam turutan peristiwa dalam satu tindakan emosi.

Menurut teori fisiologikal, emosi lahir daripda peranan yang dimainkan oleh minda dan sistem saraf. Terdapat tiga teori yang bersumberkan kepada teori fisiologikal iaitu Teori James-Lang, Teori Cannon-Bard dan Teori Fisiologikal. Teori James-Lang merupakan teori yang tertua.Menurut  'common sense theory',situasi akan mencetuskan emosi,diikuti oleh reaksi tubuh. Teori James-Lang pula menyatakan situasi akan mencetuskan reaksi tubuh terlebih dahulu dan kemudian diikuti oleh emosi. Teori Cannon-Bard menolak Teori James-Lang. Teori ini menyatakan emosi datang dengan cepat, apabila terjadi sesuatu perkara ,rangsangan emosi akan berlaku dan seterusnya diikuti oleh tindak balas fisiologikal. Organ-organ didalam tubuh tidak dapat melahirkan emosi yang pelbagai dan tidak boleh memilih tindakan yang perlu dilakukan apabila terjadi sesuatu perkara.

Teori yang seterusnya ialah teori kognitif. 'Kognitif' berkaitan dengan tugas yang dilakukan oleh minda.Terdapat 4 perkara berkaitan dengan emosi kognitif iaitu yang pertama ialah Schachter's Cognitive Labelling Theory.Teori ini menyatakan minda akan menilai dan mencipta emosi. Perkara yang kedua ialah 'misattribution', iaitu berkaitan dengan kesilapan tanggapan dan sangkaan terhadap emosi. Perkara yang seterusnya ialah 'transfer of excitation', iaitu bagaimana sesuatu emosi boleh bertukar kepada emosi yang lain. Perkara yang terakhir ialah 'cognitive appraisal theories' yang menyatakan bahawa pemikiran kita memainkan peranan yang penting dalam penentuan emosi.

Schacter bersetuju dengan teori James-Lang dan memperkenalkan 'cognitive labelling'. Ia menyatakan bahawa tafsiran terhadap tindakan fisiologikal berdasarkan kepada tanda lahiriah dan pengalaman masa lampau. Situasi yang belaku akan menghasilkan tindak balas tubuh, seterusnya emosi dan penilaian kognitif akan tehasil secara serentak.

'Lazaru's cognitive appraisal' menyenaraikan tiga komponen yang membentuk emosi iaitu penilaian kognitif, desakan tindakan dan tindakan fisiologikal. Penilaian kognitif terbahagi kepada dua iaitu penilaian primer dan penilaian sekunder. Ketika penilaian primer, sesuatu rangsangan emosi itu dinilai manakala ketika penilaian emosi sekunder ,tindakan yang perlu diambil terhadap emosi tersebut. Untuk komponen yang kedua  iaitu desakan tindakan, bermaksud tindakan serta  strategi terbaik yang diambil dan ia bergantung kepada pemikiran. 'Coping process' terbahagi kepada dua iaitu 'Palliation' dan 'Direct Action'. 'Palliation' merupakan proses mententeramkan diri terhadap emosi. Contohnya apabila seseorang itu telah gagal dalam percintaan, individu tersebut cuba untuk memikirkan bahawa dia tidak pernah mengenali orang yang pernah dicintainya itu.end#


No comments:

Post a Comment