Thursday 26 August 2010

A132484 Amirah LJ06

                Memang tidak dapat dinafikan lagi, setiap orang pernah mengharungi liku-liku hidup ini dengan cara tersendiri dan setiap liku itu pasti akan memberikan seseorang itu kenangan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan tidak kira sama ada pengalaman pahit ataupun pengalaman manis...dan setiap orang mempunyai caranya sendiri untuk mengatasi cabaran dan dugaan yang dihadapi.Seperti orang lain, saya juga turut sama dalam merasai jerit perih kehidupan terutamanya keperitan yang melibatkan persahabatan..Persahabatan yang kadang kala kita jadikan sebagai sumber inspirasi atau dorongan untuk kita melakukan sesuatu perkara tidak sama sekali akan memberikan hasil yang lumayan kerana dalam kita bersahabat itu,ada juga sifat yang kurang baik seperti mempunyai hasad dengki tidak kira terhadap pembelajaran mahupun kehidupan seseorang itu...Inilah yang ingin saya kongsikan,pengalaman yang banyak mengajar saya erti kehidupan yang sebenar dan mengajar saya untuk tidak terlalu mempercayai keadaan sekeliling...
                Harapkan pagar,pagar makan padi!! Inilah ungkapan yang sebenar dapat digambarkan buat kawanku sewaktu di alam persekolahan dulu.Patutkah seseorang itu mengkhianati orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri??? Ini sama sekali tidak patut kerana dalam sesuatu perhubungan atau persahabatan perlu ada sikap toleransi dan saling memahami antara satu sama lain agar perhubungan itu kekal buat selama-lamanya.
                 Peristiwa ini berlaku sewaktu hari menyambut kemerdekaan di sekolah di mana saya perlu menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar namun saya sebaliknya telah mendapat malu setelah saya gagal berucap dengan baik kerana telah kehilangan teks ucapan saya. Ini kerana rakan saya telah mengoyak teks itu. Saya masih tidak dapat membacanya walaupun telah mencuba untuk mencantumkannya.Kebuntuan melanda diri saya dan pada masa itu, saya tidak mampu mengawal emosi saya lalu menangis mengenangkan perbuatan kejam sahabat terhadapku.
                Saya terus memohon maaf kepada guru-guru terutamanya yang telah membantu saya. Selain itu juga,saya turut mengalami masalah dengan rakan sewaktu berada di kolej matrikulasi di Kedah dulu.Saya mempunyai rakan yang amat saya percayai untuk memegang amanah dan menjaga rahsiaku tapi malangnya dia gagal memikul tanggungjawab itu dengan mengkhianati saya.Dia menceritakan segala apa yang saya luahkan padanya kepada rakan-rakan yang lain menyebabkan yang lain turut sama menjadi lain denganku.
                Sejak daripada hari itu,saya telah menjadi seorang yang pendiam dan sentiasa berwaspada terhadap keadaan sekeliling.Saya sudah hilang kepercayaan terhadap sesiapapun kerana pengalaman yang saya alami telah menutup pintu hatiku untuk menaruh kepercayaan pada orang lain lagi. Pengalaman ini banyak mengajar saya untuk lebih berdikari tanpa menyusahkan orang lain.Walaupun bunyinya macam kebudak-budakan, tapi keperitan hati ini tidak pernah terubat.
               Pengalaman saya yang pertama telah menyebabkan saya kalis dengan situasi ini dan bila saya diperkenalkan dengan subjek pengurusan emosi,saya sedar bahawa wujudnya teori yang menepati pengalaman saya ini iaitu,"Adaptation Level Theory" yang mana konsep asasnya mengisahkan tentang apabila kita mengalami sesuatu masalah,lama kelamaan kita akan terbiasa dengan keadaan itu.Saya yakin dengan tindakan saya yang lebih suka menyendiri daripada bercampur dengan orang lain yang boleh menyebabkan ini berulang lagi........ 

No comments:

Post a Comment