Wednesday 18 August 2010

A132484 Amirah LJ05

            Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada semua muslimin dan muslimat,ini merupakan minggu kedua kita semua berpuasa..Semua kaum muslimin dan muslimat ternanti-nantikan kedatangan bulan ini kerana banyak manfaatnya..Namun,apa yang ingin saya kongsi di sini adalah mengenai tajuk atau topik yang telah saya pelajari pada hari ini semasa berada dalam kelas pengurusan emosi iaitu berkenaan dengan "The Experience of Emotion" yang mana mempunyai lima komponen penting..Antaranya ialah subjective feelings,cognitive appraisal,physiological arousal,motor expression(body movements),motivational tendencies(needs to act on basis emotions).Semasa pembelajaran ini juga,terdapat satu teori yang dapat saya kaitkan dengan pengalaman saya iaitu "common-sense theory"..Pada suatu malam ketika saya berada di rumah,sedang syok menonton televisyen rancangan kegemaran saya,tiba-tiba ada dua tiga ekor lipas berterbangan berkeliaran di kawasan tempat saya menonton..Aaa benci sungguh saya pada lipas sebab saya pernah dua kali kena gigit dengan lipas,entah macam mana ia merayap,tiba-tiba je terasa sakit...Dan saya masih ingat saat saya terkena gigitan itu ketika sedang duduk di meja makan untuk menunggu azan maghrib menandakan waktu berbuka puasa..Selepas saat itu,saya menjadi trauma dengan lipas,walaupun sekadar ternampak contoh dekat dapur,saya takkan turun ke dapur sehinggalah lipas itu tidak kelihatan..
            Begitulah takutnya saya pada lipas sehinggakan malam itu,saya terpaksa meninggalkan rancangan kegemaran saya dan terus berlari masuk ke dalam bilik..Setiap kali saya ternampak lipas,bulu roma saya pasti tegak berdiri kerana takut pengalaman lepas berulang lagi,takut digigit lagi,sudahla digigit ditambah pula dengan bau yang sangat busuk sehingga menyebabkan saya muntah sewaktu pertama kali digigit.Pengalaman saya ini betul-betul menepati teori ini kerana teori ini telah menetapkan susunan emosi ini dengan situasi diikuti dengan emosi dan akhir sekali reaksi tubuh..Namun begitu,terdapat juga teori lain yang mempunyai sedikit perbezaan pandangan dengan teori ini iaitu "James-Lange Theory(JLT)" dimana JLT ini menetapkan susunan emosi sebagai situasi diikuti dengan reaksi tubuh dan akhir sekali barulah emosi...
            Kesahihan dan ketepatan fakta mengenai emosi ini masih tidak dapat dibuktikan lagi namun "The Cannon-Bard Theory(CBT)" bersependapat dengan common-sense theory...Pengalaman saya ketika menonton filem-filem seram juga dapat saya kaitkan dengan topik pembelajaran saya pada hari ini..Ini kerana suasana atau situasi ketika menonton filem seram ini senyap dengan audio yang kuat dan menyeramkan dan emosi takut ketika ini pasti memuncak..Lepas itu,mulalah menarik bantal untuk menutup muka takut tertengok rupa-rupa hodoh yang ada dalam filem kerana audio dan visual filem seram tersebut membuatkan seolah-olah watak seram itu muncul di hadapan saya..Saat itu mulalah terbayangkan benda yang bukan-bukan,mulalah takut nak ke bilik air,ke dapur dan sebagainya..Banyak yang telah saya pelajari dalam kelas pengurusan emosi ini yang sememangnya berlaku dalam kehidupan seharian saya dan juga orang lain. 

No comments:

Post a Comment