Wednesday 4 August 2010

A132484 Amirah LJ03

            

 

Pada hari ini,aku telah belajar tentang apa itu kebahagiaan dan aku yakin bahawa setiap orang ada pengalaman yang dapat memberikannya kebahagiaan.Apa yang aku pelajari hari ini betul-betul mengingatkan aku pada kisah kawan karibku yang juga merupakan teman sepermainanku bernama Siti(bukan nama sebenar)..Aku ingat lagi saat itu kami sama-sama berumur 13 tahun,Siti datang kepadaku dengan air mata yang bercucuran di pipi meluahkan masalah yang di hadapinya. Rupa-rupanya, bapanya telah curang dengan perempuan lain dan telah bercerai dengan ibunya. Ah!!! Seumur hidupku, aku tidak pernah melihat kawanku dalam keadaan begitu dan itulah pertama kali aku melihat dia menangis teresak-esak sehinggakan tidak dapat bernafas dengan baik.

Siti memberitahuku yang dia akan pindah ke satu tempat yang agak jauh, namun kami sentiasa berhubung bertanyakan khabar. Dia sering menyebut tentang ayahnya,meluahkan perasaannya kepadaku yang dia sangat rindukan keluarganya dulu. Tapi dia sedar bahawa dia telah kehilangan bapanya dan dia hanya mampu kuatkan semangat meneruskan hidup bersama-sama dengan ibunya dengan membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya yang Alhamdulillah dengan izinnya berjaya mengaut keuntungan yang luar biasa. Akhirnya ibunya dapat membeli rumah yang lebih selesa, kereta dan sebagainya. Aku kenal ibunya,Mak Cik Nab dan aku tahu dia seorang yang tidak mengenal apa itu penat dan lelah kerana dia memang seorang yang rajin mencari rezeki.

Aku masih ingat yang Siti pernah cakap denganku yang dia teringin sangat nak bersekolah di sekolah elit dan dia telah memohon untuk belajar di sekolah berasrama penuh di tempat barunya dan akhirnya hajatnya tercapai jua. Rakan-rakan barunya di sana amat menyenangkan hati kerana mereka semua sudi menerimanya untuk belajar di sana. Dia berasa sangat gembira dan bahagia. Siti tahu yang pelajar di sana kebanyakannya merupakan pelajar yang bijak-bijak, guru-guru di sana juga baik dan prihatin. Suasana belajar yang sistematik, berdisiplin telah mengheretnya untuk turut sama belajar dengan semangat yang lebih jitu. Tidak hairanlah pelajar-pelajar kota lebih bijak,berkepimpinan dan juga mempunyai keyakinan yang tinggi. Di sana juga disediakan pelbagai aktiviti,kem,seminar dan banyak lagi.

 

Siti sentiasa melihat ibunya menangis, matanya bengkak, air matanya selalu mengalir. Meskipun begitu, Mak Cik Nab tidak pernah menceritakan apa yang sebenarnya terjadi namun Siti berjaya memujuk ibunya untuk menceritakan hal yang sebenarnya dan kata ibunya bapanya berkahwin lagi.

Siti sudah mula berasa benci terhadap bapanya kerana tidak bertanggungjawab dan tidak pernah sekali pun bapanya datang melawatnya sekeluarga. Ada sekali waktu tengah makan bersama ibunya,Siti memberitahuku ibunya bercerita tentang menu makan ketika bapa dan ibunya baru berkahwin. Sambil makan, ibunya menceritakan kebahagiaan dan kenikmatan yang mereka rasakan pada masa itu.

Saat itu, Siti seolah-olah lupa akan peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya. Dia tersenyum gembira mendengar kisah ibu dan bapanya, dia banyak belajar daripada ibunya tentang liku-liku kehidupan ini. Ibunya selalu menasihati Siti supaya jangan menaruh perasaan benci terhadap bapanya. Aku bangga dengan Siti kerana dia redha dengan apa yang dihadapinya malah dia mampu meneruskan kehidupannya dengan gelak tawa.

Tidak lama kemudian, Mak Cik Nab telah bertemu jodoh dan telah menimang seorang cahaya mata perempuan yang  sangat cantik.. Aku tumpang gembira untuk Siti kerana dia akhirnya dapat mengecapi kebahagiaan dengan keluarga barunya.Siti berasa sungguh bahagia kerana dia dapat melihat ibunya kembali mengukir senyuman setiap hari yang sudah lama dia tak lihat.

Itulah kenyataan hidup yang harus kawanku jalani. Ibunya selalu menasihati dan meminta agar dia belajar dengan tekun dan jadi orang yang berguna. Jadilah anak yang pandai memanfaatkan peluang yang ada, dan jangan pernah kamu abaikan peluang yang ada". Ibu, ibu ! itulah ibuku. Dalam keadaan bagaimanapun, ibunya selalu membuat kawanku bahagia. Tapi yang pasti, setiap saat yang bahagia itu sentiasa melekat dalam ingatannya..

No comments:

Post a Comment