Friday 6 August 2010

A132202 AEYSHAH ABANG KASSIM LJ03

  Pada minggu ini,kami didedahkan dengan tajuk kebahagiaan.Ia merupakan tajuk yang amt menarik perhatian semua yang hadir pada hari ini termasuk saya sendiri.Saya berasa seronok kerana ia merupakan satu komponen yang amat penting bagi saya.Malahan,saya berasa bersyukur dapat mengikuti kursus ini kerana saya dapat memperolehi pelbagai informasi yang menarik selain  member pelbagai pengajaran.Topik pada minngu ini membincangkan definisi dan factor-faktor kebahagiaan.Ini merupakan topic yang mudah dan tidak memeningkan kepala setiap pelajar. Sebenarnya emosi  adalah bersifat neutral dan terbentuk secara semulajadi dalam diri kita.Namun,emosi boleh dibahagi kepada dua.Emosi positif dan emosi negate.Kebahagiaan dapat dikatakan kepada emosi gembira, bahagia dan kasih. Ketiga-tiga emosi ini dikategorikan sebagai emosi positif. . Ahli falsafah seperti Aristotle menggambarkan kebahagiaan apabila kita mencapai kesenangan dalam hidup. Terdapat beberapa situasi atau perkara yang membuatkan kita bahagia begitu juga senyuman  kegembiraan yang terpancar di wajah kita berbeza kerana terdapat beberapa jenis senyuman antaranya "Bright Smile". Terdapat beberapa kajian tentang kebahagiaan antaranya ada yang menyatakan bahawa kebahagiaan atau ekspresi emosi ini tidak sama antara Negara (Veenhoven, 1995). Laporan menunjukkan penduduk Asia kurang menonjolkan ekpresi atau menunjukkan emosi kebahagiaan berbanding penduduk di Negara Australia atau Eropah.Malah,menurut 'Addative model',kami baru mengetahui bahawa kebahagiaan boleh dibahagi kepada dua,kebahagiaan masa panjang dan masa pendek. .Kebahagiaan masa panjang ialah dari zaman kanak-kanak sehingga sekarang.Masa pendek pula contonya seperti pasangan yang baru mendapat cahaya mata. Menurut Freud, perhubungan kita bersama ibu bapa sejak kecil mempengaruhi dan memberi kesan dalam kehidupan.Didikan dan tunjuk ajar dari ibu bapa merupakan perkara amat penting bagi anak-anak.Ia merupakan perkara yang amat penting.Tanpa kasih saying ibubapa,kebahagiaan pada seorang anak tiada maknanya.Saya menyokong pendapat ini.Anak-anak yang kurang kasih saying akan bertindak liar malah melakukan perkara terserbut hanya untuk mendapat kasih saying dan perhatian dari ibu bapa mereka.

Kami ditunjukkan jadual yang menunjukkan peratusan kebahagiaan yang dirasai oleh manusia dalam setiap yang terjadi dalam kehidupan mereka. Contohnya, peristiwa jatuh cinta  memiliki peratusan tertinggi iaitu sebanyak 78% berbanding bertunang dan berkahwin iaitu 65%. Pada pandangan saya, jatuh cinta lebih membahagiakan kerana ia merupakan satu tempoh yang agak singkat dan pada ketika ini kita belajar mengenali satu sama lain dan tidak melibatkan komitmen yang tinggi berbanding bertunang dan berkahwin yang lebih menuntut kita kepada komitmen dan pengorbanan.Jatuh cinta juga perkara yang amat penting bagi setiap permulaan perkenalan.Perkahwinan pula merupakan satu perkara yang akan dialami bagi setiap insan.Sabda Rasulullah S.A.W'maka,ramaikanla umatku'.Melalui perkahwinan,generasi dapat diteruskan.

     Malah,pulih dari penyakit yang tiada harapan sembuh juga perkara yang amat menyumbang peratus yang banyak.Namun,saya sedih apabila teringatkan apabila atuk saya meninggal dunia walaupun sebelum  ini allahyarhum tidak mempunya apa-apa penyakit dan tiba-tiba terkena strok.Berbaik dari perkelahian juga perkara yang menggembirakan.Baru-baru ini,saya berdiam  diri dengan teman hostel saya.Kami tidak bercakap selama dua hari.Saya bersa amt tertekan dengan keadaan ini kerana saya jenis orang yang suka bercakap dan tidak suka sekiranya keadaan yang senyap seperti perpustakaan.Saya bengang dengan keadaan ini dan meminta maaf kepada dia dan selesailah masalah kami berdua.Saya bersa gembira sekali kerana dapat bercakap kerana dia merupakan seorang yang pandai memberi nasihat.Malah,pegangan agama juga salah satu punca kebahagiaan.Tanpa agama,hidup kita tidak terarah dan tanpa hala tujuan yang betul.

    Kesimpulannya,kebahagiaan merupakan satu perkara yang bermakna bagi setiap manusia yang hidup di muka bumi ini.Hargailah setiap insane yang dikurniakan kepada kita dan berilah komitmen yang tinggi kepada orang yang disayangi.

 


No comments:

Post a Comment