Thursday 5 August 2010

A131857 NORHIDAYU LJO3

Semakin hari semakin menarik topik-topik yang terdapat dalam kursus pengurusan emosi ini.Setiap kali sesi perkuliahan berbagai-bagai pengetahuan baru yang telah saya perolehi.Bagi sesi perkuliahan minggu ini,saya merasakan bahawa topik ini amat menarik untuk di pelajari.Walaupun dalam keadaan kepenatan kerana saya perlu berkejar dari fakulti teknologi dan sains maklumat pada petang itu tetapi saya masih bersemangat untuk mengikuti kursus ini.Ini adalah kerana topik yang telah saya pelajari pada minggu ini mengenai kegembiraan.Sudah pastinya semua di antara kita pernah merasakan gembira.Saya juga pernah merasa gembira.Pernahkan manusia tidak dapat merasakan kegembiraan dalam diri seumur hidupnya?
 
Emosi seperti gembira,bahagia dan kasih merupakan emosi-emosi yang positif.Menurut daripada kajian,kegembiraan merupakan suatu emosi ataupun keadaan effektif yang boleh di katogerikan sebagai satu perasaan yang suka.Emosi ini adalah bersifat neutral dan berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan seperti Darwin mengatakan bahawa kegembiraan ini merupakan salah satu emsi yang paling mudah di kenali.Terdapat empat orang tokoh yang telah menjalankan kajian terhadap emosi gembira ini,antaranya seperti Aristotle,Plato,Epicurean dan Mills.Antara kesemua tokoh tersebut saya amat tertarik kepada penyataan Aristotle 'Happiness is succesful pursuit of pleasure'.
 
Apakah yang menyebabkan anda gembira?Situasi bagaimanakah yang menyebabkan anda gembira dan bahagia?Semestinya setiap individu mempunyai jawapannya tersendiri.Berbeza orang maka lain jawapan kepada soalan ini.Seperti saya sendiri,saya gembira apabila dapat bersama-sama keluarga dan bagi saya itu adalah antara saat-saat yang paling indah dalam hidup saya.Berdasarkan pngetahuan saya,kita akan senyum apabila kita gembira dan kadang kala kita akan gembira apabila kita senyum.Selain itu,senyum juga merupakan satu alat dalam komunikasi.Namun,berapa gembirakah seseorang itu?Sekiranya seseorang itu mahukan kegembiraan maka mereka haruslah bijak menyuaikan diri dalam apa jua keadaan kerana ianya akan lebih memudahkan kita merasai kebahagiaan itu.Sebagai contohnya,bagi seseorang pelajar yang terpaksa berjauhan dengan keluarga buat pertama kali selalunya akan menghadapi satu perasaan di mana mereka akan tidak bersemangat ataupun di panggil 'homesick'.Perkara sebegini sudah menjadi satu perkara yang biasa bagi semua pelajar yang akan berjauhan dengan keluarganya,terutama perempuan.Tidak di nafinya kerana saya sendiri pernah merasakannya.
 
Pelbagai faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kegembiraan dalam diri seseorang itu.Menurut kajian Kozma et al(1992),dua komponen yang menyebabkan gembira iaitu kegembiraan jangka masa panjang dan kegembiraan jangka masa pendek.Secara keseluruhan jika kita gembira walaupun kadang kala kita juga merasakan kesedihan itu adalah kegembiraan jangka masa panjang.Kegembiraan jangka masa pendek pula tidak akan memberi kesan kepada emosi kita untuk masa panjang seperti mendapat bayi bagi pasangan suami isteri.Satu kajian telah menunjukan bahawa kegembiraan wujud bagi gabungn kedua-dua komponen tersebut.Tahun 1987,Argyle telah menjalankan satu kajian mengenai emosi positif ini.Kajiannya telah menunjukkan di mana 78% gembira apabila sedang bercinta dan rekod terbawah iaitu 56% bagi yang mendapat pekerjaan baru.Ini jelas menunjukkan bahawa setiap orang lain-lain waktu kegembiraannya.
 
Kajian-kajian telah membuktikan bahawa perkhawinan dan kegembiraan ini saling berkaitan.Berdasarkan kajian Vonfossen lebih ramai orang yang gembira apabila mereka mendirikan rumahtangga daripada yang masih belum berumahtangga.Selain itu,kegembiraan juga saling berkaitan dengan agama.Ini adalah kerana seseoarang yang mempunyai tahap agama yang tinggi akan lebih gembira.Kemantapan akidah akan menyebabkan seseorang berada pada landasan yang benar.

No comments:

Post a Comment