Thursday 19 August 2010

A131857 NORHIDAYU LJ05

Jika sebelum ini saya telah mempelajari satu teori iaitu evoluntionary teori dimana beberapa pengkaji yang terlibat dalam menerangkan hubung kait antara emosi dan ekspresi muka di samping mengenali cara-cara yang dapat ditunjukan secara semula jadi dan merentasi pelbagai budaya.Sebagai satunya kita boleh mengambil contoh dari hasil kajian Plutchik dimana  terdapat tiga bahasa yang terlibat dalam emosi.ketiga bahasa itu adalah bahasa subjektif(takut,gembira dan sedih),fungsian(peranan emosi) dan tingkah laku(tindakkan susulan dari emosi).Namun,terdapat juga teori-teori yang menyangkal evolutionary teori ini.Hal yang demikian adalah kerana teori tersebut tidak menerangkan kepada kita dengan jelas apa yang membuatkan kita merasa gembira ataupun sedih.Teori ini turut tidak menjelaskan mengenai hubungan antara minda dan tingkah laku dengan emosi.
 
Pada minggu kelima ini saya telah mempelajari beberapa teori lain yang menerangkan hubungan antara minda,reaksi tubuh badan dan emosi.Teori utama bersetuju bahawa terdapat beberapa komponen emosi seperti perasaan subjektif,tindakkan kognitif,fisiologikal,pergerakkan tubuh dan keupayaan motivasi.Apa yang membezakan teori ini dengan teori-teori lain adalah mengenai komponen yang ada dan turutanya yang muncul dalam sesuatu emosi.Bagaimanapun,teori ini sendiri turut berbeza dari fisiologikal,peranan tindakkan kognitif dan peranan psikoanalitikal.
 
Fisiologikal teori menerangkan perkaitan antara emosi dengan minda,dipercayai bahawa sesuatu emosi itu lahir daripada peranan yang telah dimainkan oleh minda dan sistem saraf kita.Teori James-Lange teori tertua yang telah diasaskan oleh William James(1884) dan turut di sokong oleh Curl Lange(1887).Mereka berpendapat bahawa reaksi psikologikal yang akan merangsang sesuatu emosi (situasi-reaksi tubuh-emosi).Sebagai contohnya,apabila kita ternampak sesuatu yang ditakutkan maka kita akan berasa takut dan ini akan menyebabkan perubahan fisiologikal.Namun,terdapat beberapa kritikan dari teori Cannon-Bard terhadap teori James-Lange seperti organ-organ yang terlibat bertindak perlahan manakala emosi itu bertindak lebih cepat mengikut rangsang dan reaksi psikologikal adalah lambat berdasarkan respon kepada emosi tersebut.Teori yang telah di asaskan oleh Cannon dan Phillip Bard ini mengatakan bahawa rangsang itu dihantar ke otak terlebih dahulu sebelum emosi  dapat dirasai,rangsangan juga akan membawa kepada perubahan psikologi dan emosi.Teori ini pada dasarnya lebih kurang ertiny seperti teori lain cuma apa yang membezakannya adalah dari segi tindakkan kognitif itu sahaja.
 
Teori kognitif pula menerangkan peranan minda dalam menyimpan dan mentafsir sesuatu maklumat ataupun menilai sesuatu emosi yang di alami.Terdapat empat komponen yang terlibat dalam teori ini,antaranya penglabelan kognitif yang mewakili respon psikologi.Respon ini biasany adalah berdasarkan kepada pengalaman lepas dan tanggapan kita terhadap sesuatu menyebabkan kita melabelkan emosi tersebut.Kadang kala,tanggapan kita terhadap sesuatu emosi juga adalah tidak benar dan hal ini boleh membawa kepada sesebuah konflik dan kekejaman.Teori ini turut menerangkan pemindahan sesuatu emosi dimana sebagai contohnya,apabila seseorang itu dalam keadaan marah dan emosi itu akan berterusan  untuk satu jangka masa sama ada jangka masa panjang ataupun pendek. 
 
Sebagai kesimpulannya,ketiga-tiga teori ini mempunyai beberapa emosi utama seperti perasaan subjektif,tindakkan kognitif, perubahan psikologikal dan pergerakkan tubuh badan.Namun,masih terdapat sedikit bandingan di antara ketiga-tiganya dimana teori psikologikal mengatakan emosi itu lahir dari minda(otak) dan sistem saraf.Bagi teori kognitif pula,minda sangat berperanan dalanm menilai dan mentafsir sesebuah emosi dan yang terakhirnya untuk teori psikoanalitikal menyatakan emosi adalah disebabkan perkara-perkara yang tidak kita sedari.

No comments:

Post a Comment