Thursday 12 August 2010

A131857 NORHIDAYU LJ04

   Sekiranya pada minggu lepas saya telah mempelajari satu ilmu baru yang berkaitan dengan emosi-emosi positif seperti gembira,bahagia dan kasih.Beberapa hasil kajian telah menunjukkan bahawa kegembiraan adalah berbeza antara satu negara ke satu negara yang lain.Namun,pada minggu ini saya turut mempelajari ilmu mengenai emosi-emosi yang boleh di kategorikan sebagai emosi yang negatif.Sesetengah berpendapat bahawa emosi seperti takut,malu,sedih dan marah bukanlah salah satu daripada emosi negatif.Walaupun begitu para pengkaji telah mengkategorikan emosi-emosi tersebut sebagai emosi yang negatif.Saya amat tertarik pada sesi perkuliahan kali ini,Dr.Azmi telah menunjukkan beberapa video dan baris-baris dalam lagu yang mengambarkan kepada kita tentang emosi-emosi yang akan di sentuh pada minggu ini.Apa yang paling menarik minat saya apabila Dr.Azmi turut menunjukkan ayat-ayat yang di petik daripada puisi La Tahzan.Di sini saya coretkan sedikit petikan dari puisi tersebut 'Goreskan pada dinding hatimu bahawa hari ini adalah milikmu'.Apa yang dapat sedari dari semua baris ayat LaTahzan ianya dapat menyedarkan kita sesungguhnya apa yang kita alami bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan insan-insan yang lebih malang yang dapat kita lihat di sekeliling kita.
 
    Adakah kita sedar bahawa takut ini adalah salah satu emosi?Takut merupakan emosi dan ianya boleh di ertikan suatu perasaan yang berkaitan keresahan terutamanya apbila kita berhadapan dengan bahaya.Takut ini juga adalah satu mekanisma untuk kita meneruskan kelangsungan hidup ini.Selalunya ia adalah respon kepada tindak balas yang negatif.Takut juga berkait rapat dengan beberapa emosi seperti kebimbangan,keresahan dan sebagainya.Apakah antara faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu berasa takut?Sebenarnya terdapat banyak faktor yang boleh mendatangkan takut pada diri seseorang itu.Sebagai contohnya seseorang itu berasa takut mungkin berpunca dari trauma kepada sesuatu kejadian.Keadaan ini juga pernah berlaku dalam ahli keluarga terdekat saya,anak saudara saya yang sudah berusia 5 tahun dahulunya pernah digigit oleh seekor kucing dan sehingga kini dia masih tidak berani untuk mendekati mana kucing.Trauma ini sebenarnya mempunyai beberapa kategori antaranya seperti claustrophobia(takut kepada sesuatu keadaan yang gelap) dan hydrophobia(takut kepada air).Berbaga ekspresi yang boleh kita kenalpasti  apabila sesorang itu di dalam ketakutan.Ekspresi muka adalah yang paling mudah di lihat antaranya mata akan terbuka luas/membulat,bibir atas akan menaik sedikit dan kening akan ke dalam.Kebiasaannya rasa takut ini berpunca dari ancaman dan oleh kerana terasa terancam mereka akan sentiasa mengikut arahan orang lain sebagai contohnya. 
     
    Malu juga merupakan salah satu emosi yang di kategorikan emosi negatif.Malu merupakan satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak wajar ataupaun tidak senonoh oleh dirinya sendiri.Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu.Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu.Sehubungan itu,pendapat mengenai apa yang dimaksudkan dengan malu,apa yang mendatangkan malu serta tindakan yang harus di ambil untuk mengatasi perasaan malu adalah berbeza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain.Ini adalah kerana dalam konsep malu dan segan ini sebenarnya terkandung satu sistem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu.Terdapat dua jenis kategori malu ini iaitu dari segi personal dan juga profesional.Segi personal ataupun individu ini terjadi adalah kerana perlakuan kita yang tidak disengajakan yang telah menarik perhatian orang lain.Terdapat juga sesetengah keadaan di mana rasa malu ini berpunca dari tindakan sendiri seperti membuat kesilapan,di dapati berbohong atau kalah teruk dalam sesuatu pertandingan.Jika kita menyedari apabila seseorang itu berasa malu maka mereka akan tersipu malu,menjadi gagap,gelisah dan turut ada yang ketawa untuk menutup rasa malunya itu.Antara contoh yang dapat kita ambil untuk menerangkan situasi ini,seseorang itu berasa amat malu apabila menyedari bahawa telah memakai kasut yang berbeza untuk ke satu-satu tempat.Di lihat dari segi profesionl atau kerjaya ini selalunya terjadi apabila seseorang itu memberikan fakta-fakta yang kurang tepat sebagi contohnya.Berbagai lagi masalah yang turut dialami bagi seseorang pekerja itu yang boleh mendatangkan rasa malu.
 
    Setiap orang tidak kira agama,bangsa dan kaum pernah merasa sedih.Sedih ini selalunya emosi yang di pamerkan apabila kita kehilangan atau kekurangan sesuatu seperti kehilangan ahli keluarga.Perkara ini turut membawa kepada kemurungan dan untuk mengatasi masalah sebegina pakar-pakar perlu dirujuk.Khidmat nasihat oleh profesional amat di perlukan kerana ianya sedikit sebanyak dapat membantu seseorang yang dalam keadaan tertekan akibat daripad kesedihan yang menimpa dirinya.Ini kerana seseorang yang dalam kesedihan jika di biarkan akan menyebabkan mereka bertindak secara tidak rasional.Pada masa kini berbagai kes-kes yang dapat kita saksikan di dada-dada akhbar mengenai permasaalahan seperti ini.Sedih akan menjadikan seseorang itu seorang yang pendiam,kurang bersemangat dan selalu menyendiri.Sekiranya kita mahu mengenali seseorang yang di dalam kesedihan,mereka ini biasanya sentiasa kelihatan murung dan lebih suka menjauhkan diri dari orang lain.Tahukah kita bahawa orang yang selalu dalam kesedihan sukar untuk memproses sesuatu maklumat?
Menurut kajian fakta ini adalah benar di mana orang yang sedih mengambil masa yang lama untuk memproses maklumat berbanding orang yang sentiasa gembira.  
 
    Emosi negatif yang terakhir merupakan suatu emosi yang dilahirkan secara aktif ataupau pasif.Marah adalah satu psikologikal ke atas sesuatu tekanan atu ancaman yang di terima seseorang tersebut.Emosi ini boleh berpunca dari rasa ketidakadilan,kecuaian ataupun kecurangan terhadap sesuatu.Marah jika ianya berlaku secara aktif akan menyebabkan sesuatu tindakan susulan oleh individu yang mengalaminya tetapi bagi marah yang dilahirkan secara pasif ianya akan lebih membawa tekanan kepada individu itu sendiri.Ini kerana mereka lebih miemilih untuk memendam rasa kemarahan itu.Hal ini sebenarnya tidak baik kerana akan memberi kesan negatif terhadap diri sendiri.Sekiranya sesorang dilanda kemarahan maka perlulah mereka meluahkan rasa tidak puas hati kepada seseoran yang di percayai.
 
   Menilai dari kesemua emosi negatif tersebut,langkah-langkah mengatasi hal tersebut wajar di lakukan.Ini bukan sahaja bertujuan untuk membantu diri sendiri malah orang-orang yang berada di sekitar kita.Jika dilihatkan dari keempat emosi negatif tersebut,masing-masing akan mendatangkan kesan yang tidak baik untuk diri sendiri dan masyarakat.Terdapat pelbagai cara untuk kita hindarkan diri dari terus beremosi seperti itu antaranya mendapatkan khidmat pakar kaunseling. Hal ini turut dapat membantu seseorang itu menyelesaikan masaalah yang di alaminya.Bagi perspektif islam,marah itu adalaah satu kelemahan.Umat islam boleh mengatasi emosi sebegina dari terus menguasai diri dengan banyakkan berdoa,membaca Al-Quran dan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t kerana ini diri kita akan lebih tenang.Bagi agama lain mungkin mereka juga turut mempunyai pegangan masing-masing yang boleh mereka amalkan untuk tujuan menyelesaikan masaalah sebegeni juga. Tidak kira apa jua jalan penyelesaianny asalkan kita dapat mengawal emosi-emosi yanga negatif ini.

No comments:

Post a Comment