Friday 13 August 2010

A130964 Khaidhir LJ04

Yin dan yang, siang dan malam, darat dan laut dan pelbagai lagi antonim wujud di dunia ini.  Begitu juga dengan emosi, terdapat emosi positif dan juga negatif.   Dalam emosi positif, tiga emosi  major memainkan peranan penting dan berfungsi untuk melahirkan emosi-emosi positif terbitan yang lain dan tiga emosi major itu adalah gembira, bahagia dan kasih. Emosi positif adalah emosi yang dikategorikan sebagai emosi yang dirasai satu-satu individu sepanjang hayatnya kerana dalam satu jangka hayat manusia, emosi positif adalah emosi yang dominan.

Berlainan pula dengan emosi negative, saya percaya emosi ini adalah emosi yang hanya dilalui satu-satu individu pada masa-masa  dan peristiwa-peristiwa yang berkenaan dan tertentu sahaja tetapi ia memberikan impak yang besar terhadap kehidupan seseorang dan ia berkemungkinan  mampu mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu seperti  fobia, cepat gementar terhadap sesuatu dan mudah terasa hati.

Emosi  negative dapat dikategorikan kepada empat subjek utama, iaitu sedih, malu, takut dan marah.  Sedih adalah mood yang diterbitkan dari perasaan  yang berkaitan dengan kekurangan atau kehilangan.  Kehilangan sesuatu, apatah lagi jika ia melibatkan kehilangan insan atau barang yang disayangi sudah pasti menyebabkan seseorang itu mengalami emosi sedih.  Dan sudah lumrah manusia mengalirkan air mata apabila berasa sedih.  Ini berpunca daripada rasa sebak yang wujud pada mulanya dan berakhir dengan keluarnya titisan air dari liang di hujung mata ini.  Perkara ini sangat berkaitan dengan definisi emosi yang mengatakan bahawa  emosi adalah set-set reaksi dari  perasaan, pemikiran, biologi badan dan berakhir dengan tingkah laku. (Kleinginna & Kleinginna, 1981)

Emosi malu pula bukan sahaja ada pada manusia, tumbuhan dan haiwan juga ada menonjolkan rasa malu itu pada dunia, contohnya pokok semalu yang akan menguncup apabila disentuh dan juga haiwan-haiwan liar yang akan lari jauh dari pandangan manusia apabila berada dalam linkungan pandanang manusia.  Emosi malu ini tidak jauh bezanya dengan emosi takut, kerana takut dan malu ini datangnya dari rasa kekurangan upaya untuk melakukan sesuatu, rasa tidak yakin untuk menempuhi sesuatu yang mendatang dan apabila maruah itu telah hilang kerana sesuatu yang buruk telah dilalui oleh orang yang mengalami emosi malu dan takut ini.  Malu dan takut ini adalah emosi yang bakal mendatangkan kesan yang negative kepada satu-satu individu kerana apabila ia tidak dirawat dengan rapi, maka malu dan takut ini akan bersarang dalam diri seseorang itu dan membiak menjadi fobia.

Sebagai contoh, Kimi (bukan nama sebenar), dahulunya sangat takut kepada serangga lipas.  Dia tidak pernah berusaha untuk memberanikan dirinya untuk tidak rasa takut pada lipas dan apabila dia meningkat dewasa, dia bukan sahaja takut pada lipas, akan tetapi takut kepada semua serangga dan benda-benda yang merangkak.  Ini boleh dikategorikan dalam fobia jenis  entomophobia.  Malu pula akan menyebabkan seseorang itu berasa tidak yakin akan diri sendiri dan menyebabkan mereka selalu gagal untuk menyempurnakan sesuatu kerana kurangnya kepercayaan kepada diri sendiri.

Dari perspektif yang berbeza, emosi  marah adalah sangat negative.  Berpunca dari tekanan dan stress, rasa marah itu diluahkan dalam pelbagai cara.  Ada yang merosakkan  barang-barang, ada juga yang memaki hamun tidak tentu pasan dan ada juga yang melepaskan rasa marah itu terhadap orang terdekat seperti anak-anak, suami atau isteri.  Emosi marah ini dikategorikan sebagai emosi negative kerana ia mampu merosakkan hubungan dengan seseorang dan sudah pasti akan menggangu prestasi pekerjaan atau akademik seseorang.  Emosi marah perlulah dikawal kerana ia sangat berbahaya apabila merebak dan mempengaruhi minda seseorang.  Bagai melukut di tepi gantang, emosi marah mampu merebak jika tidak dirawat.

Konklusinya disini, emosi-emosi negative ini hendaklah di kawal.  Cubalah berasa gembira dan cubalah mengukir senyuman di bibir manja anda tatkala anda sedang di dalam situasi-situasi yang bakal medatangkan emosi-emosi negative ini.   Bak kata M. Daud Kilau, senyumlah, senyumlah ahai cek mek molek…hehe.

 



No comments:

Post a Comment