Friday 6 August 2010

A130964 Khaidhir LJ03

    Emosi positif dapat dikaitkan dengan kegembiraan dan kebahagiaan.  Kegembiraan merupakan salah satu cabang dalam emosi positif dan merupakan bahagian emosi positif yang paling besar.  Kegembiraan, atau kebahagiaan adalah hak milik setiap insan.  Setiap insan berhak memilih cara sendiri untuk berasa bahagia dan gembira asalkan ia masih kekal dipaksi yang berlandaskan agama dan tidak menyusahkan orang lain.  Sesetengah manusia melakukan kejahatan untuk memuaskan nafsu dan memperolehi kebahagian, malah ada yang sanggup membunuh manusia untuk mengecapi keseronokan dan kegembiraan.  Kegembiraan, kebahagian dan keseronokan, yang mana semuanya adalah cabang-cabang dalam emosi positif hendaklah diusahakan berdasarkan perkara-perkara yang turut positif dan tidak menimbulkan persepsi negatif oleh pihak lain. Emosi positif ini dapat dikecapi melalui perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada kita, walaupun mencuri dan merompak itu turut mendatangkan sedikit manfaat kepada kita, ia adalah perkara negatif dan sudah tentu manfaat-manfaat yang diperolehi akan disusuli oleh keburukan-keburukan yang tidak putus-putus datangnya.
    Kegembiraan  bukanlah sesuatu yang boleh diukur secara empirikal, akan tetapi kegembiraan dan kebahagiaan seseorang itu boleh diukur melalui melihat reaksi mereka.  Sesetengah manusia melonjak kegembiraan dan menjerit keseronokan apabila berjaya mendapatkan sesuatu yang diinginkan.  Akan tetapi, ada sesetengah manusia pula yang hanya sekadar tersenyum apabila mendapat sesuatu yang diidamkan.  Ini bukannya bermaksud mereka tidak teruja dengan kejayaan mendapatkan sesuatu benda itu, akan tetapi ini lah yang dikatakan lain lubuk lain ikannya.  Merentasi glob ini, pelbagai budaya dan bangsa dapat dilihat, dan cara bangsa-bangsa yang berbeza dengan budaya dan gaya hidup yang berbeza ini mempunyai cara yang tersendiri untuk meraikan sesuatu.
    Menurut kajian, oleh Reenhoven, 1995, "cross cultural studies show that happiness differ from one country to another".  Di barat, apabila seseorang itu mendapat sesuatu, rasa gembira itu dilahirkan dengan jelas sekali, mereka melompat dan menjerit kegembiraan biarpun dikhalayak ramai dan acapkali meluahkan perasaan ghairah itu kepada orang-orang di sekelilingnya.  Misalnya, jika kita menonton rancangan realiti dari barat, seperti Pimp My Ride dan Overhaulin, mereka yang diubahsuai keretanya secara senyap-senyap itu akan berkelakuan seperti kanak-kanak mendapat mainan baharu, mereka menjerit dan memeluk orang yang mengubahsuai keretanya, mencium pasangan mereka malah ada yang melonjak kegembiraan sehingga perlu ditenangkan orang lain.
    Berlainan pula di timur, kegembiraan satu-satu individu itu jarang diluahkan kepada umum.  Kebiasaannya mereka hanya meluahkan kegembiraan mereka kepada orang terdekat dan jarang melakukan lompatan dan teriakan keseronokan di khalayak ramai, akan tetapi hanya akan melakukannya di ruang mereka sendiri.  Sebagai contoh, dalam iklan Ali Cafe tidak lama dahulu, seorang pakcik telah memenangi sebuah motor dan dia hanya mengucapkan "saya menang motor...", dengan nada yang rendah dan tidak lansung menunjukkan keghairahannya.  Kemungkinan besar perkara ini dipengaruhi oleh adat orang-orang ditimur yang agak sedikit pasif berbanding orang barat.  Akan tetapi, dalam zaman yang sedang meningkat maju ini, emosi positif yang dihadapi seseorang itu semakin ketara ditonjolkan tidak kira di barat atau pun di timur dan hanya cara mereka meraikannya berbeza mengikut kepercayaan dan agama masing-masing.
    Emosi positif acap kali dikaitkan dengan senyuman dan ketawa.  Senyuman adalah sangat simbolik dengan emosi, tidak kira emosi positif atau emosi negatif.  Senyuman dapat dibahagikan kepada beberapa jenis senyuman, antaranya adalah "broad smile", "narrow smile", "tight lipped", "smerk", "shy smile", "teeth display" dan compulsive smiler".  Ada senyuman yang menyindir dan ada senyuman yang betul-betul melambangkan kegembiraan.
    Individu yang berasa gembira adalah individu yang mudah melakarkan senyuman dan mereka adalah individu yang mudah menyesuaikan diri dengan apa-apa jua jenis situasi yang dilalui.  Ini kerana individu yang sering mengukir senyuman di wajah mereka sentiasa berada dalam emosi positif dan ini sedikit sebanyak menjadikan mereka individu yang positif.  Sebagai contoh, mereka yang baru tiba di suatu tempat yang asing bagi mereka pasti lambat untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru itu, akan tetapi, mereka yang mudah senyum dan gembira mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru kerana mereka mudah ramah dan mudah bersosial dengan orang lain.
    Kegembiraan, kebahagian, dan keseronokan serta apa jua emosi yang berada dalam linkungan emosi positif wajar dinikmati setiap insan di muka bumi ini.  Umumnya, manusia berasa gembira sepanjang hidup mereka, akan tetapi ada setengah mereka yang hidup dalam negara yang berperang, keluarga yang kucar-kacir dan hidup dalam serba kekurangan. Tidak salah kita berkongsi kegembiraan dengan orang lain, dan senyumlah selagi anda mampu mengukirkannya, senyuman menyembuh segala penyakit, senyumlah, senyumlah ahai cek mek molek.
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment