Saturday 7 August 2010

A130854 Rafidah LJ 03

Assalamualaikum w.b.t... dan Salam Sejahtera….

            Kita bertemu lagi didalam jurnal yang seterusnya iaitu jurnal yang ketiga. Pada minggu ini topik yang telah pun dikuliahkan oleh Dr Zamri ialah berkenaan tajuk 'Emosi Positif'. Emosi positif merangkumi perasaan gembira, bahagia juga kasih sayang. Sebenarnya secara literal, kita yang meletakkan 'level' samada emosi itu positif ataupun negatif.

Lumrah bagi kehidupan manusia, semua orang menginginkan kebahagiaan, kedamaian, kemakmuran serta kesempurnaan. Setiap manusia semuanya mempunyai emosi dan emosi yang dikurniakan tidak hanya marah, benci, suka, duka tetapi sebenarnya ada pelbagai emosi yang berada dalam dada manusia. Renungkanlah betapa hebatnya Maha Pencipta, menciptakan pelbagai emosi dalam jasad ini. Emosi yang tidak nampak tapi ianya memberi impak yang begitu hebat dalam kehidupan kita seharian. Terdapat tujuh jenis emosi positif iaitu keinginan, keyakinan, cinta, seks, azam, romantik dan juga harapan.

Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait beerti keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.

Emosi dan perasaan bahagia manusia adalah bersifat fana dan sementara. Kebahagiaan tidak pernah dan tidak akan kekal abadi kerana dalam kenyataan hidup, adalah mustahil sama sekali bagi sesiapa untuk memperoleh dan menikmati apa yang dia hajati dan ingini. Apatah lagi manusia sendiri tidak faham dan tidak tahu hati nuraninya, keinginan, dan hawa nafsunya. Tambahan pula, keinginan dan hawa nafsu manusia sentiasa berubah-ubah, malahan bertentangan sesama diri.

Kupasan tentang kebahagiaan ini mengingatkan saya kepada suatu kisah dimana, sahabat seperjuangan saya yang kesunyiaan dan tidak pasti tentang hubungan cintanya dengan lelaki. Kisahnya bermula ketika dia masih menuntut dibangku sekolah dan dia telah jatuh cinta kepada seorang lelaki yang juga sahabat sekelas. Sudah menjadi fitrah lumrah remaja pada usia begini untuk tertarik pada teman berlainan jantina. Namun dia dibelenggu sejarah hitam keluarga dimana ibubapanya mengalami kemelut rumah tangga yang berakhir dengan penceraian. Bapanya seorang yang tidak bertanggungjawab dan sering menggunakan kekerasan dalam menyelesaiakan masalah. Disebabkan sikap bapanya itu dia sering berpandangan negatif terhadap insan bernama lelaki. Sehingga perkenalan saya dengannya dia masih prejudis terhadap lelaki apatah lagi membina hubungan cinta.

Perasaan cintanya yang pertama adalah pada rakan sekelasnya. Namun ia hanyalah cinta yang terpendam. Rakan lelakinya itu sering cuba untuk mendekatinya akan tetapi dia menjauhkan diri dan menafikan perasaan sendiri. Kesalnya dia tidak dapat merasa alam cinta monyet dibangku sekolah. Bagi saya cinta monyet itu adalah sesuatu yang indah dan melucukan apabila dikenang. Sayangnya bagi mereka-mereka yang tidak pernah merasa alam cinta monyet. Disebabkan sikapnya yang sering menjauhkan diri dari lelaki maka lelaki itu mengundur diri. Sikap penolakannya terhadap lelaki berlarutan sehingga dia melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. Melihat kawan-kawannya yang bercinta, dia merasakan kekosongan dihatinya. Saat itu seorang jejaka hadir dan menagih kasihnya. Namun disebabkan sikap prejudisnya dia sering menolak dan berkali-kali melukai hati jejaka itu. Selama tiga tahun dia menuntut dikolej itu, jejaka itu tidak jemu bersamanya susah dan senang dia sentiasa disampingnya. Setelah tamat pengajian si jejaka cuba melamar namun ditolak.

Setahun kemudian, dia dipertemukan kembali ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UKM. Pertemuan kali ini membibitkan perasaan cinta di hati sahabat saya kepada jejaka itu. Saat berpisah dahulu, dia telah sedar betapa dia memerlukan seorang jejaka untuk memberikan kebahagiaan kepadanya. Setelah setahun bercinta saya mendapat undangan perkahwinan mereka yang baru berlangsung pada cuti semesta lepas. Saya berharap agar sahabat saya itu menemui kebahagiaan dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.

Sekian, Wassalam,,,,#

 

 


No comments:

Post a Comment