Thursday 12 August 2010

A130725 MAIZATUL AKMAL LJ04

Sedih merupakan elimen fitrah dalam hidup manusia, semua insan mempunyai rasa
sedih yang semamangnya dijadikan oleh Allah sebagai mewarnai perjalanan setiap
hidup manusia. Jika dilihat dalam persepsi subjek pengurusan emosi, rasa sedih
ini diketegorikan dalam emosi negatif dalam diri manusia. selain itu juga, emosi
negative termasuklah rasa malu, takut, dan marah. Ketika merasa sedih,
kebiasaannya ada tindak balas fizikal yang berlaku seperti keluarnya air mata.
Perasaan sedih amat dominan dalam diri manusia, sedih kadang-kala membuatkan
manusia tidak mampu mengawal perasaan, sekaligus tindak-tanduk mereka.
Bertepatan dengan lahirnya sebuah buku yang dikarang oleh Aidh bin Abdulallah
Al-Qarni dimana didalamnya terdapat banyak kata-kaya hikmah yang mengajar
manusia sepaya dapat mengawal emosi sedih mereka.
Jika hendak dikaitkan dengan pengalaman peribadi saya, saya kira banyak
kisah-kisah hidup saya, banyak kisah-kisah yang bertemankan air mata. Bertepatan
dengan faktor perasaan sedih itu sendiri yang berpunca dari kehilangan dan
kekurangan ,saya juga pernah merasakan kehilangan yang cukup besar dalam hidup
saya. Sesetengah individu mungkin sangat rapat dengan atuk dan nenek, apa tah
lagi jika merekalah yang menjaga dan mengasuh kita, sedang ibu bapa kandung yang
seakan-akan melupakan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul sendiri. Dalam
anggaran lima tahun yang lepas. Atuk jatuh sakit, berpunca dari jantungnya yang
tersumbat. Kala itu, aku masih mampu menjadi seorang yang tabah, ku gagahkan
juga diri dengan harapan atuk akan dapat pulih seperti sedia kala, aku berusaha
menjadi seorang cucu yang baik, menguruskan segala keperluan atuk yang terlantar
lesu di tilam yang agak lusuh.

Pendirian ku semakin goyah, tak kala doktor menyatakan, atuk sudah sampai pada
tahap yang kritikal, peluang hidupnya Cuma 20 peratus. Sebab itu atuk dbawa
balik, pada nenek, tidak guna jika tinggal dihospital tetapi natijahnya tetap
sama. Aku lihat nenek sangat tabah, masih mampu memberi senyuman pada yang
datang bertanyakan khabar atuk. Namun aku tahu di dasar hati kecil nenek rasa
sedih semakin berkumpul seolah-olah hanya menunggu masa untuk meletup. Semakin
hari, atuk semakin tenat, segala ubat yang ditelan seakan tidak langsung memberi
kesan kepadanya. aku sangat risau, atuk sudah langsung tidak mampu bergerak,
terpaksa dipakaikan lampin, tenaga tua nenek itulah yang sehari-hari diguanakan
untuk menguruskan atuk. Begitu cekal jiwa si isteri.
Setiap hari berlalu, aku rasakan semakin aku akan kehilangan atuk, aku tidak
mampu lagi membendung kesedihan, aku tahu semasa dalam kesedihan, setiap manusia
tidak mampu berfikir dengan waras. Aku juga bagitu, kerana aku pernah terfikir,
jika mampu aku ingin menghalang malaikat maut yang ingin datang untuk mengambil
nyawa atuk. Begitu lemah iman aku pada waktu itu. Pada suatu dini hari tanggal
28 ogos tahun 2000, tidur ku dikejutkan dengan esakan tangis nenek, lantas aku
bergegas ke tempat pembaringan atuk, dapat ku rasakan sesuatu yang akan terjadi.
Lemah longlai kaki ku seakan tidak terpijak pada lantai melihat atuk dalam
keadaan nazak. Nafasnya sudah tidak teratur, dalam pada itu atuk diajarkan
kalimah syahadah, dengan senang dan lancar atuk melafaskannya, atuk mengamit
tangannya memanggil aku, sempat berpesan supaya menjaga nenek sebaiknya, dan aku
berjanji, aku berjanji pada atuk, aku akan sentiasa disisi nenek sehingga akhir
hayat nenek kelak.
Atuk pergi jua, aku orang yang paling sedih, meraung bagaikan orang yang hilang
kewarasan. Namun atas pujukan nenek, aku sedar tidak elok meratapi orang yang
telah pergi, biarkan dia pergi dengan aman. ya, kemurungan dan sifat pendiam
mula menguasai hidup aku, aku seolah sudah hilang arah tuju hidup, dalam tempoh
yang agak panjang barulah aku dapat kembali pada diri aku yang asal. Sekarang
setelah 10tahun peristiwa sedih berlalu, nenek juga sudah mengikuti jejak
langkah atuk 5tahun setelah atuk pergi. Mereka berdua, mereka yang aku sayang
tetap kukuh dalam doaku setiap kali aku sujud menyembah yang Esa. Semoga mereka
tenang disana, dan mereka akan menunggu aku di pintu syurga. Insyaallah..
Kesimpulannya, daripada pengalaman yang saya lalui sendiri dan jika dikaitkan
dengan khusus pemgurusan emosi yang saya lalui sekarang, barulah saya sedar,
semasa dalam keadan sedih, kita susah untuk memoroses maklumat yang kita dapat.
Tempoh yang lama perlu diambil dalam proses memulihkan diri. Sekian Wassalam

No comments:

Post a Comment