Thursday 5 August 2010

A130725 MAIZATUL AKMAL LJ03

Asaalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah kita sudah selesai mendengar
kuliah tujuk tiga dalam khusus pengurusan emosi ini. Dalam tajuk ini ternyata
lebih tertumpu kepada emosi-emosi positif yang membawa kebahagian kepada setiap
individu. Ahli-ahli falsafah dunia juga mempunyai tafsiran yang tersendiri
terhadap kebahagian. Sebagai contoh, Aristotle ada menyebut " Happines is
successful pursult of pleasure". Hal ini jelas melambangkan semua insan
mementingkan kebahagian dalam hidup mereka. Setiap individu juga mempunyai
sebab yang tersendiri untuk merasai kebahagian. Dan sebab- sebab ini sememangnya
berbeza dan tidak terbatas.

Jika dibarat berkemungkinan faktor kebahagian yang paling besar pada sesetengah
individu adalah tika mana mereka dalam alam cinta, kerana bagi mereka
perkahwinan seolah-olah mengikat mereka. Namun bagi masyarakat kita, mendirikan
rumahtangga adalah sebab yang paling besar dalam menuju kebahagian. Terutamanya
berkahwin dengan orang yang tersayang. Walaupun saya tidak lagi mengalami
situasi ini namun melalui pembacaan saya terhadap novel-novel cinta yang
dihasilkan oleh ramai penulis-penulis tempatan menggambarkan bahawa perkahwinan
merupakan saat yang paling indah. Kerana pada saat ini, dua hati telah bergabung
menjadi satu dan tiba masa melengkapi antara satu sama lain.

Pertamanya, kita perlu tahu apakah dia sebenarnya perkahwinan itu. Perkahwinan
adalah satu perhubungan intim diantara dua individu (lelaki dan perempuan) yang
bergelar suami dan isteri. Ia bukan setakat hanya untuk menikmati kepuasan
seksual, tetapi merangkumi melakukan aktiviti harian secara bersama serta
berkongsi minat, kegemaran dan kepentingan. Pasangan ini juga saling bekerjasama
dalam setiap urusan keluarga ke arah hidup yang lebih sejahtera dan bermakna.
Dalam islam sendiri, perkahwinan merupakan satu ikatan yang cukup indah ke arah
membina sebuah institusi keluarga yang menuju matlamat mencapai rahmat dan redha
Allah.

Pernah saya menghadiri perkahwinan sahabat baik saya pada 26 oktober pada tahun
lepas, dapat saya lihat kebahagian yang dirasainya pada ketika itu, dengan
wajahnya yang sentiasa tersenyum lebar, jelas menunjukkan perkahwinan itu
memberi kegambiraan dan kebahagian kepadanya. sampaikan pada saat majlis
pembatalan air sembahyang, sahabat saya menitiskan air mata kegembiraan ketika
dahinya dikucup dengan penuh kasih oleh suami tercinta.
Ada satu kajian yang dibuat menunjukkan bahawa orang yang telah berkahwin lebih
bahagia berbanding dengan orang yang belum berkahwin. Hal ini berkemugkinan
benar kerana mereka yang telah berkahwin lebih terurus emosinya kerana setiap
masalah boleh dikongsi dengan pasangan tanpa sebarang keraguan. Maka beban
perasaan yang ditanggung boleh dikurangkan.
Selain itu juga terdapat beberapa faktor lain yang memberi emosi positif kepada
manusia, seperti mendapat cahaya mata bagi mereka yang telah mendirikan rumah
tangga. Bagi seorang ibu saat mendengar suara tangisan pertama bayinya merupakan
saat yang paling memggembirakan. Selepas bersusah payah menanggung beban selama
Sembilan bulan sungguh memberikan kesan yang besar apabila anaknya selamat
dilahirkan. Sebenarnya itu juga menjadi bukti kasih sayang yang dikongsi bersama
sang suami selama melayari bahtera rumah tangga.

Kesimpulannya, perkahwinan adalah penyumbang terbesar kepada kegembiraan dan
kebahagiaan seseorang individu selain daripada beberapa faktor lain seperti
kesihatan yang baik, persahabatan yang berkekalan, mempunyai kekayaan, pergi
melancong dan sebagainya. Perkahwinan yang Berjaya seudah tentunya memberi
pangaruh emosi yang baik bukan sahaja kepada suami isteri tersebut malah memberi
kesan juga kepada anak-anak. Anak-anak akan membesar dengan baik berada dalam
keluarga yang bahagia.

No comments:

Post a Comment