Friday 13 August 2010

A130691 NORAIDA LJO4

Assalamualaikum semua, pejam celik pejam celik sudah minggu ke-5 kita berada di ukm dan telah banyak perkara yang telah dipelajari mengenai pengurusan emosi ini. Pada minggu-5 ini, kami diajar mengenai emosi negetif pula berbeza dengan emosi positif pada minggu lepas. Emosi negetif merupakan emosi yang membuatkan seseorang cepat rasa sedih, putus asa, tiada kemahuan untuk membuat sesuatu perkara dan sebagainya. Apa yang saya fahami, emosi negetif sebenarnya bukan emosi yang yang membuatkan kita sedih saja, kadang-kala sesorang yang sedih mungkin disebabkan dia terlalu gembira dengan apa yang diperolehinya seperti mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan, kesedihan yang berlaku pada dirinya adalah bukan disebabkan dia kecewa  tetapi mungkin dia sangat teruja dengan keputusan yang diperolehinya. Oleh itu, sedih yang dialaminya adalah dalam keadaan emosi yang positif.
 Sedih, marah, malu, dan takut antara emosi yang negetif, takut merupakan perasaan yang tergugat atau tidak yakin pada diri sendiri yang menyebabkan seseorang itu akan terasa dirinya mundur kerana mungkin situasi terlalu mengusai dirinya. Sebagai contoh, kes penderaan yang berlaku kepada kanak-kanak sekarang, kanak-kanak yang selalu didera oleh pembantu atau ibu bapanya sendiri akan mudah terasa takut untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai oleh penjaga meraka kerana takut akan didera menyebabkan meraka trauma dengan keadaan tersebut dan banyak mendiamkan diri mereka.
 
   Seterusnya emosi negetif malu ialah emosi yang membuatkan sesorang tidak yakin akan dirinya dan merupakan salah satu sifat yang perlu diubah dalam diri seseorang tetapi perlula mengikut situasi yang betul seperti berada dalam kelas atau tempat awam yang memerlukan kita melontarkan sesuatu pendapat. Sesorang itu tidak perlula untuk berasa malu dengan keadaan itu kerana ianya merupakan situasi yang positif dan sebaliknya.
 Selain itu, marah adalah emosi yang negetif juga kerana sifat marah akan membuatkan seseorang itu sanggup melakukan apa saja yang dirasakannya seperti maki hamun, meninggikan suara, dendam dan sebagainya. Perasaan marah ini juga boleh mengakibatkan nyawa orang lain melayang. Sebagai contoh, dendam yang telah lama disebabkan oleh masalah tidak puas hati dan marah menyebabkan Akmal sanggup membunuh abangnya sendiri.

    Sekian dulu untuk jurnal kali ini dan apa yang saya dapat ulaskan disini bahawa sifat atau emosi negetif harus dikawal dengan baik oleh seseorang kerana emosi-emosi seperti ini boleh membuatkan kita terjerat dengan diri sendiri. Oleh itu, jangan terlalu bermain dengan emosi anda yang negetif itu..

No comments:

Post a Comment