Friday 20 August 2010

A130691 NORAIDA LJ05

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua pelajar kelas pengurusan emosi set 3 dan tidak lupa kepada pensyarah pengurusan emosi kami iaitu En.Ahmad Zamri bin Mansor. Pada kuliah minggu ini saya sedikit tidak faham berkaitan teori-teori yang telah diajar kerana mungkin terlalu banyak teori yang diterangkan oleh En.Zamri menyebabkan saya menjadi sedikit keliru. Walau apa pun, saya dapat memahami sebahagian daripada teori itu walaupun bukan kesemua teori tersebut dapat saya kuasai oleh minda saya ini tetapi mungkin daripada pembacaan saya serta penerangan oleh pensyarah pada minggu akan datang membuatkan saya lebih memahami tentang teori yang telah dipelajari pada minggu lepas.

   Pada minggu lepas, tajuk yang telah dipilih oleh En.Zamri adalah berkaitan dengan teori-teori. Antara teori yang telah diajar oleh beliau kepada kami sekelas ialah teori-teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik. Saya hanya mengabil satu teori sahaja untuk dikupas pada minggu ini iaitu berkaitan dengan teori Fisiologikal.

   Teori Fisiologikal merupakan teori primari yang terhasil daripada otak dan sistem saraf. Teori ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu teori James-Lang, teori Cannon-Bard dan teori Psikobiologikal.

   Teori James-Lang adalah teori yang terawal yang diasas oleh Willian James pada tahun 1884 yang bergabung dengan teori James-Lang. Menurut beliau fisologi reaksi kepada emosi telah mencentuskan ransangan. Bagi teori normal, situasi - emosi -reaksi tubuh dan teori James -Lang pula berbeza dengan teori yang normal iaitu situasi - reaksi tubuh - emosi. Sebagai contoh teori normal, situasi - Ani melihat ular, emosi - Ani menjadi takut dan reaksi tubuh - Ani menjadi terketar-ketar dan jantungnya semakin kencang dan berbeza dengan teori James-Lang tersebut.

   Teori kedua pula iaitu teori Cannon-Bard. Cannon-Bard menentang teori yang telah diperkatakan oleh James-Lang kerana teori Cannon adalah sama dengan teori Common Sense.

  Seterusnya teori ketiga iaitu teori Psikologikal. Teori ini menggagap bahawa emosi yang dikawal oleh sesuatu alat atau benda dan akan berlakunya tindak balas terhadap sistem saraf.

   Sekian dulu jurnal saya pada minggu ini, semoga apa yang telah dipelajari berkaitan pengurusan emosi ini dapat kita pelajarinya dan kita dapat mengawal emosi-emosi yang tidak elok pada diri kita sendiri.

No comments:

Post a Comment