Friday 6 August 2010

A130691 NORAIDA LJ03

Assalamualaikum, kini merupakan minggu ke-4 saya berada dalam kelas pengurusan emosi ini, pada minggu ini pensyarah memberi penerangan berkaitan dengan emosi positif iaitu emosi yang berkaitan dengan perasaan gembira,bahagia dan kasih. Mula-mula melihat tajuk ini di papan putih, saya terasa sangat seronok kerana dapat belajar mengenai emosi positif ini. Emosi positifla yang telah memberi saya semangat sehingga saya dapat pijak ke tanah Bangi ini iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia yang merupakan salah satu universiti yang terbaik di Malaysia. Saya begitu bangga berada di sini.
   Mengenai emosi positif yang telah diperkatakan oleh pensyarah, kebahagian adalah satu satu daripada emosi psitif. Seseorang akan bahagia apabila apa yang dihajatinya tercapai. Begitu juga dengan diri saya sendiri, saya akan bahagia apabila saya dapat apa yang saya hajati seperti dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, dapat menolong orang yang susah, dapat baju baru dan macam-macam lagi. Daripada apa yang telah saya fahami, kebahagian akan membuatkan seseorang itu gembira, rasa puas, bangga, melompat-lompat tandanya ceria dan sebagainya. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan masalah penyakit emosi seperti tekanan jiwa (gila), kerana bahagia adalah salah satu ubat yang dapat menghindari daripada kita penyakit tersebut. Apabila seseorang itu senang hati, gembira, bahagia, masalah tekanan jiwa di kalangan masyarakat kita dapat dibendung.Daripada apa yang saya faham, masalah tekanan jiwa berlaku kerana seseorang itu terlalu sedih, murung, banyak masalah, tidak gembira dan sebagainya yang menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit ini. Oleh sebab itu, kita perlu bijak dalam mengurus emosi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan yang membahagiakan.
 Terdapat beberapa orang ahli falsafah yang telah memberi mendapat mengenai kebahagia ini, antaranya ialah Aristotle yang menyatakan bahawa kebahagian adalah pendorong manusia untuk berjaya, Plato pula berpendapat bahawa kehidupan ini boleh dicapai dengan kehidupan yang baik, menurut Epicurean pula bagi mencapai kebahagia, seseorang perlu memaksimumkan kebahagian dan meminimumkan kesengsaraan dan terakhir Mills berkata kebahagian bergantung kepada tingkahlaku individu itu sendiri.            Daripada keempat-empat ahli falsafah ini, saya tertarik dengan ahli falsafah yang bernama Mills yang menyatakan kebahagian bergantung kepada tingkahlaku individu itu sendiri, ini kerana pendapat beliau bagi saya adalah benarnya juga kerana individu amat memainkan peranan yang sangat besar dalam mengawal emosinya sendiri. Jika individu itu ingin berjaya dalam hidupnya, pasti dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan apa yang hendak digapainya dan apabila individu tersebut telah berjaya, dia akan berasa bahagia dan gembira dan begitula sebaliknya.
  Kesimpulannya disini bahawa setiap individu perlu sentiasa berada dalam keadaan yang gembira supaya kita tidak menjadikan sesuatu masalah yang dihadapi sebagai beban dalam kehidupan kita ini. Kita perlu bijak dalam menyelesaikan setiap masalah kerana gembira dan kebahagian dapat membuatkan kehidupan kita lagi bermakna walaupun ianya hanyala kehidupan sementara sahaja..sekian..

No comments:

Post a Comment