Thursday, 26 August 2010

A130188 RASHIDAH LJ06

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Pada minggu ketujuh ini, pengkuliahan pengurusan emosi dimulakan dengan mempelajari bab 5 yang bertajuk Adaptation Level Theory (Teori Asas Adaptasi) dan bab 6 iaitu Solomon Opponent Process Theory (Teori Berlawanan Solomon). Walaupun pengkuliahan dijalankan secara dua bab dengan serentak, namun Alhamdulillah saya masih dapat memahami apa yang telah disampaikan oleh Encik Zamri pada kuliah tersebut.

Dalam bab 5 iaitu Adaptation Level Theory, saya mempelajari mengenai bagaimana kita mengadaptasi atau menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan atau rangsangan yang baru. Dengan erti kata yang lebih mudah, jika kita berdepan dengan sesuatu keadaan yang baru, bagaimana kita hendak menghadapinya. Pada kebiasaanya, ia bergantung kepada pengalaman serta keyakinan seseorang itu. Sebenarnya setiap orang adalah berbeza cara penyesuaian diri mereka dan selalunya keyakinan yang ada itu yang selalunya menyebabkan seseorang itu mudah menyesuaikan dirinya terhadap sesuatu keadaan. Keyakinan yang ada itu boleh meningkat atupun menurun dalam suatu jangka masa yang panjang.

Sebagai contoh, saya mempunyai seorang kawan bernama Rini. Ketika hari pendaftaran kolej pada semester ketiga, kami telah diberikan bilik yang baru dan Rini mendapat pangsasiswa ataupun lebih dikenali sebagai platlet. Pangsasiswa adalah kediaman yang dikhususkan untuk seorang penghuni . Walaupun telah mendengar pelbagai jenis cerita yang tidak elok seperti terdapatnya anjing yang selalu menyalak pada waktu tengah malam dan terdapat lelaki yang suka pecah masuk ke kawasan tersebut, Rini tetap tegarkan hatinya berada di biliknya. Dia seolah-olah menggunakan konsep penyesuaian diri dan keyakinannya untuk berada di bilik itu semakin meningkat kerana katanya selama dia berada di bilik itu tidak ada apa-apa kejadian aneh yang berlaku. Inilah yang dikatakan keyakinanan terhadap penyesuai diri seseorang boleh meningkat atau menurun berdasarkan jangka masa seseorang berada di sesuatu tempat. Untuk mendalami lagi mengenai tajuk ini, saya lampirkan sekali laman web mengenai teori ini yang saya rasakan sesuai untuk dijadikan bahan tambahan selain daripada slai yang disediakan oleh Encik Zamri. Laman webnya adalah www.marketing91.com/adaptation-level-theory.

Seterusnya ialah Teori Solomon Opponent Process Theory. Teori ini merupakan pengubahsuaian kepada Teori Asas Adaptasi yang saya nyatakan diatas. Ia diutarakan oleh Richard Solomon pada 1980 yang menyatakan bahawa setiap emosi yang muncul akan menyebabkan emosi yang bertentangan timbul. Dalam hal ini, ia adalah bermaksud  apabila sesuatu emosi itu wujud maka selepas itu akan wujud lagi emosi dan emosi tersebut selalunya lebih tertumpu kepada emosi yang berlawanan dengan emosi yang wujud sebelumnya itu. Situasi emosi pada peringkat pertama akan menerbitkan keadaan primari, iaitu keadaan yang diperolehi secara automatik dan tanpa dipelajari. Ia wujud secara neutral dan tanpa disedari.  Keadaan primari seterusnya akan mencetuskan keadaan emosi yang berlawanan iaitu opponent state. Emosi yang berlawanan ini pula bermula lebih lambat daripada keadaan primari tetapi bertahan lebih lama  daripada keadaan primari.

Sebagai contoh, apabila kawan saya, Yana menerima tawaran untuk menjadi ketua pengarah program anak angkat, pada mulanya dia begitu gembira dan teruja dengan tawaran tersebut, kemudian dalam masa beberapa minit barulah dia sedar bahawa jika dia menerima tawaran tersebut bermakna dia akan memikul satu tanggungjawab yang amat besar. Kemudian saya melihat ada perubahan pada riak mukanya iaitu daripada gembira menjadi bimbang. Dia bimbang keran takut dia tidak dapat melunaskan tanggungjawab yang diberikan itu dengan sebaiknya. Oleh itu, perasaan bimbang dalam dirinya itu adalah lebih bertahan lama berbanding perasaan gembiran ketika pada mulanya dia mengetahui bahawa dia dilantik menjadi ketua pengarah untuk anak angkat itu. Memandangkan slaid yang disediakan oleh Encik Zamri adalah terhad maklumatnya, saya disini mencadangkan kepada rakan-rakan untuk membaca di laman web ini iaitu http://www.psywww.com/intropsych/ch14_frontiers untuk menambahkan pengetahuan anda mengenai teori Solomon ini.

Kesimpulannya, emosi wujud dalam pelbagai cara dan ia adalah bergantung kepada kita bagaimana hendak menyesuaikan diri dalam menunjukkan emosi kita pada ketika itu serta  emosi kita yang wujud selalunya pasti akan wujud emosi yang bertentangan selepasnya. Oleh itu, kita harus bijak dalam mempamerkan emosi kita pada keadaan-keadaan tersebut.

No comments:

Post a Comment