Thursday 19 August 2010

A130188 RASHIDAH LJ05

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik, itulah tajuk pengkuliahan kami pada minggu keenam ini.  Pengkuliahan kami pada hari ini adalah mengenai teori yang diutarakan pelbagai tokoh mengenai idea iaitu perhubungan antara minda dengan emosi atau turutan kejadian daripada rangsangan hingga lahirnya emosi. Tokoh-tokoh ini melemparkan pelbagai idea-idea yang  berasing mengenai pengalaman emosi ini.  Sebagai contoh teori fisiologi, ia terbahagi kepada tiga jenis teori iaitu James Lange Theory, Cannon-Bard Theory and Psychobiological Approaches.  Bagi teori kognitif pula ia terbahagi kepada empat iaitu Schachter's Cognitive Labelling, Misattribution, Transfer of Excititation dan Cognitive Appraisal.

Namun di sini saya lebih berminat terhadap teori fisiologi, oleh itu saya akan membincangkan mengenai teori ini. Apakah itu fisiologi??? Ia membawa maksud emosi kita lebih berorientasikan daripada otak dan sistem saraf. Saya lebih berminat terhadap teori ini kerana ia mempunyai bukti seperti tindakbalas dalam sistem saraf telah membawa kepada ransangan untuk melakukan tindakbalas. Sebagai pelajar yang pernah mempelajari subjek Biologi, saya mengetahui memang ada sistem seperti ini didalam tubuh badan saya iaitu seperti reseptor sakit yang menyebabkan saya sakit dan bertindakbalas apabila teransang oleh benda yang sakit. Sebagai contoh, sesuatu benda yang panas. Seperti yang saya katakan, teori pertama ialah James-Lang Theory. Sebenarnya teori ini dipelopori oleh William James dan disokong oleh Carl Lang (1887) maka terbentuklah teori James-Lange. Menurut teori ini, reaksi fisiologi terhadap sesuatu ransangan akan mewujudkan emosi. Kita selalu menyangka bahawa situasi akan menyebabkan emosi berlaku dan barulah reaksi tubuh teransang iaitu dipanggil sebagai common-sense theory, tetapi kita tidak sedar mungkin juga sesuatu situasi itu boleh menyebabkan tubuh kita teransang dan barulah sesuatu emosi itu wujud (berdasarkan James-Lang Theory). Sebagai contoh, menurut common-sense theory, saya terjumpa sekumpulan monyet dalam perjalanan balik ke kolej yang menyebabkan perasaan saya menjadi gementar dan takut lalu menyebabkan jantung saya berdegup dengan amat pantas. Hal ini berbeza apabila kita bandingkan dengan teori James-Lang iaitu apabila saya melihat monyet dalam perjalanan pulang ke kolej menyebabkan jantung saya berdegup kencang lalu menyebabkan perasaan saya menjadi sangat gementar.

Seterusnya ialah Cannon-Bard Theory.  Pengasas teori ini iaitu Walter Cannon telah mengkritik teori James-Lang iaitu  sistem dalam tubuh badan manusia bertindakbalas sangat lambat untuk mewujudkan emosi sedangkan sepatutnya emosi adalah bertindak dalam keadaan segera. Selain itu, walaupun sistem saraf kita tidak berfungsi manusia tetap akan mewujudkan emosi.  Sebagai contoh pesakit strok tetap mempunyai emosi atau perasaan. Menurut teori ini, reaksi kita wujud apabila terdapatnya pengalaman emosi terhadap sesuatu perkara, manakala rangsangan luaran dan dalaman mempengaruhi sistem saraf dan minda sebelum mencetus emosi itu. Sebagai contoh, saya melihat lipas lalu saya takut dan geli terhadap haiwan tersebut, oleh itu saya menjerit kecil apabila ternampak lipas.

Seterusnya ialah teori psikobiologi. Teori ini dipelopori oleh Jack Panksepp (1982, 1992). Berdasarkan teori ini, ia lebih menglibatkan terus tentang reaksi tubuh. Berdasarkan teori ini, telah dicadangkan terdapat empat emosi utama iaitu takut, marah, panik dan harapan. Dimana semua emosi itu dianggap mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sistem-sistem saraf di otak. Sebagai contoh, dopamine berkaitan dengan emosi harapan manakala asetilkolin berkaitan dengan emosi marah. Pada tahun 1998, Panksepp telah mengklasifikasikan mengenai sistem emosi asas berdasarkan struktur pada sistem limbik. Ianya adalah :

1-      sistem seeking akan mewujudkan emosi harapan, emosi mencari dan emosi motivasi

2-      sistem rage akan mewujudkan emosi marah

3-      sistem fear akan mewujudkan emosi takut

4-      sistem lust akan mewujudkan emosi seks

5-      sistem care akan mewujudkan emosi mengambil berat

6-      sistem panic akan mewujudkan emosi cemas

7-      sistem play akan mewujudkan emosi  gembira.

Namun begitu, teori ini telah dikritik oleh Magda Arnold (1960) iaitu tiada lokasi khusus didalam otak yang menunjukkan emosi. James Averill (1982) pula menyatakan sistem emosi yang dinyatakan tidak cukup bagus untuk dijadikan asas neurologi dalam membentuk emosi.

Oleh itu, setiap emosi yang dizahirkan oleh seseorang individu itu mempunyai sejarahya yang tersendiri sebelum ia ditunjukkan pada luaran tubuh badan.

No comments:

Post a Comment