Thursday 12 August 2010

A130188 RASHIDAH LJ04

Website for this image

yohprayogo.blogspot.com

Size:320 × 235
Type:152KB GIF

This image may be subject to copyright.

Website for this image

mylifeschronicle-amar.blogspot.com

Size:320 × 258
Type:20KB JPG

This image may be subject to copyright.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. 11 Ogos 2010, kuliah pengurusan emosi  pada hari tersebut bersamaan dengan hari pertama  berpuasa pada tahun ini. Pada pengkuliahan hari itu agak memenatkan kerana kelas tamat agak lewat iaitu pada pukul 6.15 petang . namun apa yang menariknya tentang kuliah pada hari tersebut adalah tajuk pengkuliahnya iaitu emosi negatif. Hal ini kerana bertepatanlah dengan emosi saya pada ketika itu iaitu saya berasa sedikit sedih kerana saya masih lagi berada di dalam kelas sedangkan rakan-rakan yang lain sedang bergembira memilih menu makanan. Perkaitannya disini adalah saya ingin nyatakan bahawa sedih merupakan salah satu emosi negatif.

Emosi negatif terbahagi kepada empat iaitu takut, malu, sedih dan marah. Takut (fear) boleh ditakrikan sebagai respon emosional terhadap sesuatu bahaya yang mendatang. Takut mencakupi juga aspek bimbang dan cemas. Takut boleh membuatkan seseorang itu fobia terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, pada semester satu yang lalu, saya dan rakan saya iaitu Adila bersiar-siar di kolej namun pada suatu petang nasib kami agak tidak bernasib baik kerana di kejar monyet yang saya kirakan agak ganas. Monyet tersebut mengejar kami namun saya dapati Adila terkaku dan tidak bergerak. Dia langsung tidak bergerak dari kedudukannya berdiri namun nasib kami agak baik kerana tidak sampai beberapa minit terdapat sekumpulan lelaki telah menolong kami untuk menghalau monyet tersebut. Kesan daripada kejadian yang dialami oleh kami itu telah menyebabkan Adila menjadi takut dan fobia terhadap monyet. Saya dapati setiap kali berjumpa dengan monyet, dia mula memaut tangan saya.

Seterusnya ialah perasaan malu (shame) atau juga dikenali sebagai embarrassment. Keadaan emosional yang tidak menyenangkan yang dialami oleh seseorang tidak kiralah ia jenis peribadi ataupun jenis profesional yang keadaan tersebut disaksikan oleh orang lain dikenali sebagai malu. Malu juga kadang kala melibatkan konotasi yang disebabkan oleh tindakan yang hanya boleh diterima secara sosial, tetapi secara moralnya adalah tidak salah. Sebagai contoh kawan saya, Syuhaidah tiba-tiba ketawa dengan kuat ketika kuliah sedangkan orang lain tidak ketawa. Oleh kerana tindakannya itu, dia pun berasa malu. Perkaitannya adalah bahawa ketawa bukanlah suatu kesalahan namun apabila tiada orang yang ketawa maka kita akan malu kerana hanya kita yang ketawa. Malu terbahagi kepada dua jenis iaitu secara peribadi dan juga secara professional. Malu secara peribadi adalah disebabkan oleh perhatian yang tidak dikehendaki untuk hal-hal atau kelemahan peribadi. Setiap penyebab malu berasal dari tindakan peribadi, seperti terperangkap dalam kebohongan atau dalam membuat kesalahan. Sebagai contoh Ila (bukan nama sebenar) telah berbohong bahawa dia ingin berjumpa kakaknya pada hari minggu untuk mengelakkan perbincangan kumpulan. Namun, dia mula malu apabila salah seorang ahli kumpulannya telah berjumpa dengannya di salah sebuah pusat membeli belah dan dia sedang berseronok dengan rakan-rakannya yang lain. Hal ini telah menyebabkan dia malu sendiri. Seterusnya ialah malu secara professional. Malu jenis ini ditakrifkan sebagai apabila seseorang yang profesional melakukan kesalahan seperti dalam sesuatu kes yang melibatkan tugas rasmi atau kemudahan tempat kerja, sejumlah besar wang atau bahan, atau kehilangan nyawa. Malu tidak menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaiknya juga merupakan salah satu malu profesional. Selain itu, ia juga melibatkan amalan rasuah dalam kalangan pekerja dan majikan atau kelakuan yang tidak beretika dalam pejabat, serta terdapat selebriti yang tidak bermoral. Sebagai contoh apabila ada selebriti Islam yang minum arak dan bercumbuan. Ini telah menunjukkan perangai yang tidak bermoral yang boleh menyebabkan malu jenis professional.

Marah!!! Pepatah ada menyatakan seseorang yang sabar adalah apabila dia pandai mengawal marahnya. Perasaan marah berlaku jika  kita tidak dapat mengawal situasi contohnya ketika berhadapan dengan masalah sehingga menimbulkan tekanan. Oleh itu emosi marah sepatutnya boleh dikawal dan ia hanya boleh diluahkan apabila situasinya adalah sesuai. Marah didefinisikan sebagai respon psikofisiologi yang membawa kearah kesakitan, terancam dan tekanan. Ia berlaku apabila berlakunya perkara seperti  konflik atau penganiayaan kepada pihak tertentu. Marah dapat dikategorikan kepada dua iaitu secara aktif atau pasif. Secara pasif adalah apabila seseorang itu memendam perasaan marahnya dan melalui karakter seperti 'silent sulking'. Jika marah diekpresikan secara aktif ia sama seperti tindakan agresif. Contohnya apabila anda sanggup menumbuk rakan anda apabila anda terlalu marah. Kesimpulannya, sebagai umat yang mempunyai agama, kita sepatutnya pandai dalam mengawal emosi negatif. #End

 


No comments:

Post a Comment