Sunday 29 August 2010

a129839 nadirah kusnin ljo6

Salam  alaikum, salam Ramadhan… kuliah pada minggu ini mengupas tajuk  teori aras adptasi dan teori pertentangan solomao , walaupun tajuk ini dianggap ringgan namun sebagai seorang pelajar yang masih berjinak di dalam subjek atau bidang pengurusan emosi, sesungguhnya ia tetap memerlukan kefahaman yang mendalam.

Bersesuaian dengan bulan barakah ini, saya  ingin berkonsi sedikit perkongsian cerita salah seorang sahabat saya yang berusaha mendalami Islam. Sahabat saya  saya kenali sewaktu, menziarahi kawan saya. Beliau merupakan pelajar yang amat berminat tentang Ilmu-Ilmu  Islam dan sering bertanya tentang permasalahan agama kepada saya dan beberapa sahabat yang lain. Teringat pertanyaanya satu masa dulu " macam mana kita nak lari dari tension  .. aku tension la dengan masalah assignment, mak ayah aku, lecturer aku.."  kawan saya menjawab dengan pendek " tahjud". Untuk percubaan pertamanya beliau agak liat dan berat untuk bangun tahjud, dan kami hampir-hampir berputus asa, namun setelah beberapa minggu secara berterusan akhirnya kini penyelesaian tahjud amat berjaya kerana, perasaan malas , letih, dan  mengantuk, dah diganti dengan perasaan rindukan tahjud, dan sentiasa bersemangat untuk bertahjud malah seandainya beliau tidak melakukannya ia menjadi satu kekesalan ini kerana beliau dapat merasai ketenangan yang yang selama ini dicari.  Mungkin ini adalah apa yang cuba diperkatakan melalui . Teori Solomon iaitu, menekankan keseimbangan emosi untuk jangka masa panjang dan pendek setiap emosi menyebabkan terhasilnya  emosi bertentangan. Emosi adalah berpasangan, iaitu sejenis emosi dan satu lagi emosi yang bertentangan. Jika salah satu daripada pasanagn emosi ini dialami,satu yang lain itu akan tidak berfungsi. Keadaan 'primari' ialah emosi yang pertama ditunjukkan dan keadaan primari ini akan merangsang keadaan 'pertentangan' berlaku. Keadaan 'pertentangan' bertentangan dengan keadaan 'primari'. Keadaan 'pertentangan' wujud lebih lambat daripada keadaan 'primari' dan ia bertahan lebih lama. Hal ini mengakibatkan keadaan primari akan menjadi semakin hilang. 

Teori adaptasi pula menceritakan tentang penilaian terhadap situasi yang menyumbang kepada emosi, misalnya; seorang anak yang kerap dimarahi oleh ayahnya mungkin tidak akan terasa hati apabila dimarahi oleh gurunya namun sebaliknya berlaku keatas pelajar yang tidak pernah dimarahi oleh ayahnya, mungkin ia akan terasa hati dan sedih apabila dimarah atau didenda. Selain itu, menurut teori ini emosi seseorng akan mengalami sesuatu proses peningkatan, contohnya , ia mungkin sering berlaku kepada kita  sebagai pelajar. Keputusan peperiksaan yang sering kali mencapai dekan  mungkin tidak akan meninggalkan impak kepada kita seandainya kita hanya mendapat dekan pada semester yang akan datang namun kita akn berpuas hati jika mendapat 4 flet.

Saya merasakan cukup sekadar ini pemahaman saya untuk pengkuliahan kali ini, salam .

 


No comments:

Post a Comment