Thursday 12 August 2010

A129839 NADIRAH KUSNIN LJ04

Asslamualaikum..salam sejahtera..pengkuliahan hari ini adalah berkesinambungan daripada kuliah yang lepas. Jika kuliah lepas menceritakan tentang emosi positif maka kuliah hari ini pula berkenaan emosi negatif.Antara emosi-emosi yang diperkenalkan pada hari ini adalah kesedihan, malu, takut dan marah. Saya bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh  Dr AHMAD ZAMRI yang menyatakan ( lebih kurang sebegini) emosi-emosi yang tersenarai itu tidak seharusnya dilabel sebagai emosi negatif, ini kerana emosi-emosi tersebut adangkala diperlukan dalam beberapa situasi yang sesuai. Contohnya perasaan sedih; perasaan ini seharusnya ada pada diri manusia ketika mana kita sebagai individu yang "berhati perut" mendengar berita tentang kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin dan tidak seharusnya pada waktu itu kita bersorak gembira diatas kemelaratan saudara kita.

Emosi yang pertama adalah, perasaan takut, ia adalah satu tindak balas emosi terhadap bahaya akan mendatang dan juga boleh menjadi pendorong kepada kelangsungan hidup, perasaan ini juga tidak boleh lari daripada perasaan bimbang dan cemas.Perasaan takut ini berkemungkinan disebabkan trauma terhadap peristiwa lalu, contohnya peristiwa jatuh motor menyebabkan seseorang itu mengelak atau tidak mahu menunggangnya dan ketakutan yang mendorong kelangsungan hidup pula adalah, ketakutan rakyat palestin terhadap serangan Israel menyebabkan mereka melawan dengan membaling batu dan merekrut anak-anak muda sebagai perajurit yang tidak gentar mati. Selain itu, perasaan takut juga berkaitan dengan perasaan takut terhadap benda, seperti singa atau terhadap sesuatu yang bersifat abstrak seperti perasaan takut hilang kawalan.Apabila seseorang dilanda perasaan takut, kebiasaanya individu tersebut akan terbeliak matanya dan melebar lalu bibir atas terangkat dan kening kedalam.Perasaan takut akan menyebabkan individu tertentu mengikut telunjuk orang yang ditakuti dan adangkalanya menyebabkan seseorang itu melawan dan bertindak ganas.

Emosi seterusnya adalah perasaan malu, ia adalah perasaan yang tidak menyenangkan yang terdedah atau diketahui umum, ia juga melibatkan kehormatan diri dan maruah.Perasaan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu personal dan professional. Perasaan malu yang bersifat peribadi ini adalah terhadap perkara peribadi yang tidak mahu diketahui umum seperti tertangkap kerana menipu, manakala malu professional pula adalah seperti kesilapan memberikan pendapat atau pemimpin yang tersilap hujah di parlimen. Perasaan ini merupakan satu perasaan yang perlu ada bagi kita sebagai seorang Islam walaupun ia dikategorikan sebagai salah satu emosi positif.Ini kerana dalam Islam malu merupakan salah satu tanda keimanan, contohnya; wanita yang tidak menutup aurat,ia seharusnya malu terhadap agama yang dianuti kerana Islam menganjurkan wanita itu melabuhkan pakaiannya dan menutup auratnya.Begitu juga "couple" yang hangat bercinta,  seandainya rasa malu dan takut itu  ada pada diri maka gejala-gejala itu tidak akan berlaku. Pastinya mereka akan mengelak daripada melakukan perkara-perkara      tersebut kerana mereka   malu menjadi penganut Islam yang tidak menuruti Islam sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud:                                        

a  "                              Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumny "

.                                                            

Emosi negatif yang seterusnya adalah perasaan sedih ia adalah keadaan hati yang memaparkan  perasaan  kelemahan dan kerugian.Ia boleh menyebabkan kehancuran emosi diri dan memrlukan khidmat seseorang profesional. Perasaan ini boleh menyebabkan seseorang yang periang menjadi sedih dan murung. Antara tanda-tanda kesedihan yang mudah dikenalpasti adalah tunduk, murung dan sayu.Menerut kajian individu yang dilanda kesedihan mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu perkara berbanding individu yang gembira, ini kerana parasaan, jiwa dan pemikiranya tidak fokus.


Emosi seterusnya adalah perasaan marah.Kemarahan  merupakan respon terhadap persepsi ancaman kerana konflik fizikal, ketidakadilan, kelalaian, penghinaan, atau pengkhianatan. Perasaan marah boleh membawa kepada ekspresi  bersifat aktif   ( memarahi orang) dan pasif ( mendiamkan diri). Seandainya seseorang itu sedang berada dalam kemarahan antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah :

1- Mengakui hakikat dalam keadaan marah.

2- Menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak.

3-Jika sesuai untuk meluahkan kemarahan, cari pendekatan yang perlu digunakan.

4- Setelah bertindak, imbas kembali apa yang telah dialami tujuan membaiki diri.


 Sebagai kesimpulan, satu perkongsian  dari saya cara-cara untuk mencari ketenangan diri dan menjauhi perasaan marah, sedih dan takut maka kembalilah kepada apa yang telah  dititipkan Allah dalam al-Quran dalam surah as-Ra'd yang bermaksud :                                                                                      


           "  Dengan "zikrullah" itu, tenang  tenteramlah hati manusia."

 

Maka banyakkan zikir( bagi orang Islam ) dan didiklah jiwa kita dengan jiwa-jiwa yang terhias dengan ajaran Islam disitulah kita bakal temui ketenangan yang sebenar..Salam Ramadahan..dan selamat menjalani "kem Ramadahan Kem Pemantapan Sahsiah Diri dan Menguji Emosi Diri ".

 

 


No comments:

Post a Comment