Thursday 26 August 2010

A129205 FATHANAH LJ06

Rabu, 25/08/2010, jam 4 hingga 7 petang.  Tajuk yang dipelajari pada hari ini adalah mengenai Teori Aras Adaptasi dan Teori  Proses Berlawanan Solomon. Wah tajuknya sangat menarik hati saya kerana saya akan mempelajari satu ilmu baru yang akan diaplikasikan dalam kehidupan saya sehari-hari. Walaupun pembelajaran pada hari sangat cepat dengan slaid yang ditunjukkan hanyalah  sedikit dan terhad, saya masih dapat memahaminya sedikit demi sedikit.  Menurut konsep asas Teori Aras Adaptasi iaitu konsep asas  yang mengatakan kita sebagai manusia akan bertindak balas terhadap rangsangan yang baru berdasarkan tahap adaptasi atau penerimaan yang kita lalui pada masa sekarang. Peringkat adaptasi seseorang  adalah bergantung kepada diri mereka sendiri ketika berlaku proses adaptasi  pada masa itu, tahap neutral berfungsi secara relatif terhadap situasi stimulus. Kita akan bertindak balas secara automatik atau secara langsung dalam setiap adaptasi yang berlaku dan menerima pelbagai jenis rangsangan terhadap apa yang berlaku kepada diri kita sendiri. Misalnya, bagi orang yang peramah dan mudah mesra dengan orang lain walaupun baru berkenalan, mereka mudah mengadaptasikan keadaan sekelilings atau persekitaran dan situasi  mereka berbanding dengan orang yang kurang bercakap atau tidak gemar bergaul dengan orang lain, mereka akan mengalami masalah dalam membuat sebarang  perhubungan dengan rakan-rakan yang lain.  

 Berbalik kepada Teori Aras Adaptasi, penilaian berlaku dari sebuah situasi dan perkara ini juga menyumbang kepada pengalaman emosi. Memetik idea daripada tokoh-tokoh barat yang mengatakan "Our cognitive appraisal of the situation determines the intensity of our emotional experience (Lazarus, Kanner, & Folkman, 1980)". Contohnya, cuba kita dengar bunyi-bunyi daripada persekitaran disekeliling kita, jika bunyi yang didengar tidaklah terlalu kuat ataupun lembut, aras adaptasi kita berada dalam keadaan yang normal. Manakala jika bunyi yang kita dengar adalah kuat dan adakalanya bunyi yang didengar perlahan, aras adaptasi kita akan menjadi turun dan naik, dan aras adaptasi akan berselang seli dengan bunyi kuat dan perlahan. Sebagai Contohnya ketika saya berada di dalam kelas pada petang tadi, kebetulannya, saya duduk berhampiran dengan pintu belakang kelas,  jadi saya dapat mendengar bunyi kenderaan yang lalu lalang dengan jelas,dan pada masa yang sama juga saya sedang mendengar kuliah daripada pensyarah yang mengajar. Hal ini menyebabkan penerimaan saya terhadap kuliah yang disampaikan di dalam kelas tidak diberikan  perhatian yang sepenuhnya  kerana terganggu oleh bunyi kenderaan di luar kelas.

Selain itu, Teori Aras Adaptasi juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita sehari-hari. Sebagai contohnya, apa yang berlaku kepada kita pada masa sekarang pasti akan memberi kesan kepada kehidupan kita pada masa akan datang. Misalnya, jika kita bergembira memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pasti kita terus mencuba untuk mengekalkan kecemerlangan. Bagi yang bekerja, mereka mesti mahu bekerja keras untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi atau menunggu kenaikan pangkat dan memperolehi gaji yang lumayan. Kita pasti tidak akan berhenti merasa gembira kecualilah benda-benda yang kita hajati atau inginkan tidak dapat dipenuhi.

Berbeza dengan Teori Proses Berlawanan Solomon. Teori ini adalah hasil ubahsuai daripada Teori Aras Adaptasi. Model psikologi ini diperkenalkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980 yang menerangkan tentang perilaku. Teori ini menerangkan mengenai emosi dalam menuju titik neutral dalam jangka masa yang panjang malahan juga dalam jangka masa yang pendek. Setiap emosi yang berlaku akan menyebabkan emosi yang bertentangan juga berlaku. Contohnya, ketika saya berada di Tahun 1 ,saya sangat bosan apabila kawan saya mengajak saya untuk  berjoging, saya mengatakan  kepadanya bahawa penatlah untuk berlari tetapi kerana telah dipaksa untuk menemaninya, lama-kelamaan apabila saya mula berjoging pada setiap petang , saya mulai seronok dengan aktiviti itu, selain itu, saya dapat merasakan perubahan pada kesihatan fizikal dan mental, di samping dapat menjaga kesihatan  tubuh badan saya. Ini bermakna semakin kita banyak melakukan sesuatu perkara yang kurang digemari, ia akan menyebabkan kita mulai menyukainya di samping kita memperolehi faedah sampingan.

Kesimpulannya, yang dapat saya simpulkan ialah kita sebagai manusia mempunyai karakter dan latar belakang yang berlainan dan penerimaan kita terhadap sesuatu perkara juga adalah berbeza-beza mengikut tindak balas dan respon yang diberikan. Sekian.

No comments:

Post a Comment