Friday 6 August 2010

A129205 FATHANAH LJ03

Rabu  04/08/2010, jam 4 hingga 7 petang, kuliah keempat untuk kelas pengurusan emosi. Tajuk yang dipelajari pada hari ini adalah mengenai emosi positif : gembira, bahagia, dan kasih. Wah bunyinya sangat menyenangkan hati kerana saya akan mempelajari sesuatu ilmu yang akan membahagiakan diri saya sepanjang kuliah ini berlangsung. Tajuk yang dikuliahkan ini akan menyentuh mengenai emosi yang positif sahaja. Kegembiraan adalah dimana keadaan emosional yang dikategorikan sebagai perasaan kenikmatan, kesenangan dan kepuasan. Bagi seseorang yang bergelar manusia sesuatu yang paling penting adalah kegembiraan. Dengan adanya, kegembiraan segalanya pasti akan menjadi milik kita. Kegembiraan dapat menghilangkan segala kesakitan yang dialami, kegembiraan juga dapat menghilangkan keresahan. Pendek kata, segala yang kita mahukan apa sahaja di dunia ini,  akan dapat jika kita rasa gembira. Bak kata Joe Vitale yang petikan di ambil di dalam bukunya "attractor factor" ,kunci kejayaan adalah kegembiraan.

                Tajuk yang dipelajari pada hari ini juga ada diselitkan dengan pandangan  dan teori daripada tokoh-tokoh yang terkenal seperti Aristotle yang menyatakan kegembiraan adalah punca atau pendorong seseorang manusia itu untuk terus berjaya dalam apa yang ingin dicapai dalam hidupnya. Tokoh yang kedua pula ialah Plato,  beliau menyatakan pandangan bahawa kegembiraan akan dapat dikecapi jika seseorang itu melalui kehidupan yang baik. Tokoh yang ketiga pula ialah  Epicurean menyatakan pandangan beliau bahawa kegembiraan ialah dengan memaksimunkan kesenangan dan mengurangkan kesakitan. Tokoh yang terakhir iaitu Mills, beliau menyatakan kegembiraan bergantung kepada tingkah laku individu tersebut.

                Ada orang berkata senyuman itu tanda gembira, ya, ia memang tidak dapat dinafikan lagi. senyuman juga dapat menandakan emosi seseorang itu, contohnya jika kita berjaya dan  lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan atau telah memenangi tempat pertama dalam sesuatu pertandingan, senyuman kita pasti tidak lekang dari bibir malah mungkin akan berlaku serentak dengan reaksi kita yang spontan contohnya ketika selesai majlis konvokesyen, para pelajar akan bergambar bersama rakan-rakan  dan serentak dengan itu melemparkan topi ke atas dan melompat kegembiraan sebagai  tanda telah menyempurnakan tugas yang berat sebagai seorang pelajar. Sungguh besar makna kegembiraan bagi seseorang itu, malah cara meraikan kegembiraan juga berbeza-beza bagi setiap orang.

                kegembiraan juga dapat digambarkan melalui perasaan seseorang,. Saya pernah membaca sebuah buku motivasi, di dalam buku itu menyatakan keadaan emosi seseorang individu itu dapat diteka atau ditafsir dari lagu-lagu yang didengarnya, maksudnya ketika seseorang itu dilamun cinta, pasti dia akan  mendengar lagu-lagu yang berentak rancak, contohnya lagu Aku Jatuh Cinta dendangan Liyana Jasmay, manakala jika seseorang itu dalam keadaan sedih dan mura, mereka akan mendengar  lagu-lagu yang  berentak perlahan. Contohnya saya sendiri ketika sedang menyiapkan tugasan ini, perasaan dan mood saya sangat gembira sambil mendengar lagu-lagu yang rancak. 

                Kesimpulannya, kegembiraan merupakan sesuatu  yang amat berharga dalam kehidupan kita termasuklah orang yang berada di sekeliling kita. Dan kita juga tidak seharusnya membezakan status seseorang itu untuk gembira, tidak semestinya yang miskin itu tidak gembira dengan kehidupannya dan tidak mungkin juga yang kaya itu gembira dengan kehidupannya. Jadi sebagai manusia yang mempunyai emosi dan perasaan, kita seharusnya memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada diri kita sendiri untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan. Ia juga  merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan, jika seseorang itu tidak dapat menghadapi dugaan dan cabaran hidup, maka kegembiraan pasti tidak dapat diperolehi.

No comments:

Post a Comment