Tuesday 31 August 2010

A129088 Rafiuddin LJO6

Salam Kemerdekaan dan Salam 1Patriotisme. Pada minggu ini, minggu ke-6, kami telah didedahkan pula dengan Adaptasi Tahap Teori dan juga teori Solomon. ada keseluruhannya, teori asas adaptasi ini telah membicarakan tentang konsep asas tindak balas apabila kita berada di dalam proses adaptasi. Manakala, Teori Solomon pula menceritakan tentang hasil ubah suaian daripada Teori Asas Adaptasi.

Topik ini sangat menarik minat saya kerana ia penuh dengan maklumat dan bahan-bahan ilmiah yang amat berguna untuk dirujuk di kemudian hari. Topik ini secara umumnya menceritakan bagaimana emosi kita mampu beradaptasi dengan keadaan andai sesuatu perkara itu berlaku berulangkali, acapkali terjadi. Seperti pepatah Melayu pernah berkata, alah bias tegal biasa. Begitu jugalah keadaan emosi kita pada saat ini. Apabila sudah terbiasa, emosi yang kita alami makin lama menjadikan diri kita stabil dan tidak berasa kekok lagi berhadapan dengan situasi itu.

Konsep asas teori adaptasi ini adalah tindakan kita terhadap sesuatu rangsangan baru dipengaruhi oleh tahap adaptasi semasa kita. Tahap adaptasi seseorang merupakan tahap neutral semasa berhubung dengan suatu situasi yang khusus. Ianya dikatakan bahawa kita menetapkan titik neutral kita secara automatik terhadap setiap ragam rangsangan. Penilaian kita terhadap sesuatu situasi akan menyumbang kepada pengalaman emosi kita. Dan menurut Lazarus, Kanner, dan Folkman, 1980, penilaian kognitif kita terhadap sesutau situasi menentukan keamatan pengalaman emosi kita. Aras adaptasi seseorang individu itu sentiasa berada pada titik neutral dan sesuatu yang melebihi titik neutral akan membawa kepada perasaan gembira.

Sebagai contohnya, pelajar yang acapkali dimarahi oleh ibu bapanya dan kerap dibelasah kerana melawan kata, tidak mustahil bagi mereka untuk bersifat tenang apabila berhadapan dengan situasi yang serupa bila berhadapan dengan guru mahupun majikan. Oleh kerana sudah terlalu biasa dimarahi, beliau mampu menenangkan diri dan impak dimarahi itu amat kurang berbanding kepada insan yang amat dimanjakan oleh ibu bapanya.

Aras adaptasi seseorang adalah bersifat neutral terhadap stimulasi yang tertentu. Seseorang individu itu akan secara sendirinya mencapai suatu titik neutral atau adaptasi terhadap setiap stimulasi. Penilaian seseorang terhadap sesuatu situasi akan menyumbang kepada pengalaman yang melibatkan emosi. Penilai kognitif seseorang individu itu terhadap sesuatu situasi yang dialaminya akan menentukan tahap pengalaman emosi yang dialaminya.

Selesai sudah dengan bahagian pertama tajuk perkuliahan minggu keenam ini. Kini, saya akan mengulas dan mengupas dengan lebih lanjut lagi berkaitan tajuk kuliah yang kedua iaitu Solomon Opponent Process Theory. Teori ini, pada dasarnya merupakan hasil pengubahsuaian Teori Asas Adaptasi. Teori ini adalah hasil kerja Richard Solomon pada tahun 1980. Seperti teori Newton, "Every action has its equal and opposite reaction". Kajian Richard Solomon juga telah mengatakan bahawa setiap emosi akan mencetuskan emosi bertentangan. Teori ini menerangkan yang emosi wujud sebagai pasangan dan ketika salah satu emosi sedang dialami, maka emosi lain itu akan ditindas. Suatu peristiwa emosi pertama sekali menunjukkan primary state yang sebagai balasannya menjurus kepada opponent state.

Sebagai contoh yang paling mudah, kita ambil pendekatan menonton wayang bergenre seram, hasil air tangan pengarah muda Malaysia, Pierre Andre. Tatkala kali pertama menonton cerita Jangan Pandang Belakang di dalam panggung yang amat gelap, terasa seperti ada sepasang mata merah yang senantiasa memerhati. Perasaan seram sejuk, gementar kerana berdebar-debar menantikan kemunculan hantu dan roh-roh menjelma tanpa diundang. Susah membuat penaakulan, bilakah masanya hantu itu akan menjelma. Namun, apabila cerita Jangan Tegur dan Jangan Pandang Belakang the series ditayangkan pula, penonton sudah berasa sedikit selesa dan mula bijak mengandaikan masa bilakha akan menjelmanya hantu yang dinanti-nantikan itu. Dengan erti kata yang mudah, tak kenal maka tak cinta. Bila sudah kenal dan biasa, tidak wujud lagi permalahan major dalam menguruskan emosi diri.

Secara tuntasnya, kita sebagai pengamal emosi perlu bijak mengawal emosi dan kendiri agar tidak mudah berfikiran negatif semata-mata rehadap segala situasi yang dihadapi. Kita perlu sentiasa berlapang dada dan redha atas ujian yang diberi kerana percayalah, Allha tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan mereka. Wallahualam, salam ///.


No comments:

Post a Comment