Saturday 21 August 2010

A129088 Rafiuddin LJ05

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia. Pada minggu perkuliahan yang kelima, dalam kelas Pengurusan Emosi yang amat kami cintai, pendedahan mengejutkan telahpun berlaku. Mengikut teori-teori utama, pengalaman emosi terbahagi kepada tiga iaitu teori fisiologi, teori kognitif, teori fisiologikal. Apabila saya diperkenalkan dengan istilah-istilah tersebut, barulah saya sedar akan kerumitan sebenar subjek pengurusan emosi ini. Hal ini kerana saya sedar bahawa Pengurusan Emosi adalah subjek dimana untuk membantu pelajar memperbaiki pointer dan rekod akademik,namun kini saya sedari bahawa subjek ini amat sukar untuk dilunaskan dan amat membebankan.

Saya memahami bahawa teori fisiologikal merupakan emosi yang lahir daripada otak dan sistem saraf. Terdapat tiga pendekatan utama yang menyokong teori ini adalah seperti James-Lange Theory (JLT), The Cannon-Bard Theory (CBT) dan Psychobiological Theory. JLT merupakan idea dan teori yang tertua, dimana ia diasaskan oleh William James dan Carl Lange pada tahun 1884. Teori ini merumuskan bahawa kita berhadapan dengan sesuatu, dan hasilnya sistem saraf autonomik kita menghasilkan beberapa siri kejadian fisiologikal seperti kekejangan otot, kadar degupan jantung meningkat dengan amat mendadak, dan juga responden juga akan turut rasa berpeluh-peluh dengan tidak semena-mena. Teori ini mencadangkan bahawa setiap emosi yang berlaku kebiasaannya terjadi selepas siri kejadian fisiologikal ini. Hal ini bermaksud sesuatu situasi menyebabkan reaksi tubuh badan dan barulah emosi datang selepasnya. Lange berpendapat perubahan vasomotor adalah emosi.

Bagi The Cannon-Banrd Theory, CBT pula mendakwa yang sebaliknya. Apabila sesuatu rangsangan berlaku, kita akan merasakan emosi dan perubahan fisiologi dalam tempoh masa yang sama. Reaksi emosi merupakan proses yang cepat bertindak menurut sesuatu rangsangan. Dalam istilah neurobiologikal, talamus menerima sesuatu isyarat dan akan cuba menyampaikan kepada amigdala yang mana dihubungkan dengan emosi. Anggota badan kemudiannya akan mendapat isyarat-isyarat melalui sistem saraf autonomik kepada otot-otot dan lain-lain. Hal ini merupakan satu penyangkalan kepada JLT oleh Cannon dan Bard pada lewat 1920-an.

Teori kognitif pula terbahagi kepada empat bahagian iaitu Schacter's Cognitive yang rasa bersetuju dengan teori James-Lang. Dalam teori ini, emosi akan lahir selepas reaksi gerak tubuh yang disertakan denagn pemikiran kognitif sejurus selepas menghadapi sesuatu situasi, tidak kira samada situasi itu berunsurkan negative mahupun positif. Bahagian kedua kognitif pula ialah Misattribution  yang menyatakan sesetengah emosi manusia lahir akibat sebab yang tidak relevan dan tidak munasabah. Sebagai contohnya, apabila seseorang wanita yang akan datang bulan emosinya akan mula terganggu seminggu sebelum datang bulan seperti mudah naik angin, sensitif dan cepat berang. Perubahan hormon estrogen dalam system imun badan menjadi penyebab perihal ini berlaku. Ketiga ialah bagaimana pemindahan kegembiraan kepada emosi lain dan yang terakhir pula ialah Cognitive appraisal yang menerangkan terdapat tiga komponen iaitu cognitive appraisal, action impulses, dan reaksi patterned somatic. Sebagai contoh, saya telah melihat satu insiden yang melibatkan nyawa seseorang dalam bahaya, saya terus berfikir, samada mahu menolong mangsa kemalangan ataupun meminta pertolongan dari orang lain. Seterusnya, reaksi patterned somatic dapat dijelaskan dengan memberikan contoh apabila kita berasa takut, berdebar-debar dan lapar, kita akan berpeluh-peluh. Namun, sekiranya kita suka akan sesuatu, kita akan senyum dan berasa amat gembira.

 

Konklusinya, apapun jua teori yang menjadi pendekatannya, pengurusan emosi adalah merupakan suatu subjek yang indah untuk dipelajari dan terpulang kepada setiap individu untuk menangani permasalahan mereka dengan kaedah yang bagaimana difikirkan wajar.


No comments:

Post a Comment