Friday 6 August 2010

A128782nurulLJ03

Assalamualalikum dan salam sejahtera.

Pada minggu ini topik yang disampaikan adalah bertajuk  emosi positif dan negatif. Sebenarnya emosi  adalah bersifat neutral dan terbentuk secara semulajadi dalam diri kita sejak dari azali lagi. Seseorang pasti dapat memperlihat sesuatu emosi dalam semua bentuk. Contohnya gembira dengan memperlihatkan senyuman  manakala  kesedihan dengan keadaan muka yang sunggul.

            Kegembiraan merupakan satu anugerah yang diberikan kepada setiap makhluk untuk merasainya. Hanya dengan gembira sahaja hidup seseorang akan menjadi lebih bermakna dan ceria. Sebagai contoh perkara perkara yang mengembirakan adalah, apabila memperoleh keputusan yang cemerlang, melancong bersama keluarga,mendapat hadiah dan sebagainya merupakan detik yang amat mengembirakan. Tetapi setakat mana kegembiraan ini akan wujud dalam diri kita? Jangka masa panjang atau dalam jangka masa pendek merupakan tempoh yang masa yang kita rasai. Jangka masa panjang bermula sejak dari zaman kanak-kanak hinggalah sekarang manakala jangka masa pendek bergantung kepada sesuatu peristiwa dalam kehidupan seseorang itu.

Adakah dengan jatuh cinta merupakan perkara yang paling mengembirakan dalam hidup seseorang? Sebenarnya saya tidak menyetujui dengan kajian yang dijalankan bahawa jatuh cinta merupakan perkara yang paling mengembirakan kerana ia merupakan bersifat sementara dan tidak kekal. Hal ini kerana dengan bercinta akan mewujudkan pelbagai masalah tidak kira kepada diri kita, keluarga, atau sahabat. Sebagai contoh dalam  bidang akademik, dari pemerhatian saya menunjukkan bahawa mereka yang bercinta ini akan lalai dalam pelajaran dan memperoleh keputusan yang tidak memberansangkan. Tetapi ada sesetengah pelajar yang mendakwa bahawa dengan bercinta akan dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Selain itu juga saya dapati bahawa apabila bersama-sama dengan pasangan,seseorang itu  sentiasa ingin menunjukkan kesempurnaan dalam diri. Hal ini kerana, kita ingin menjukkan bahawa kita sebenarnya sangat sempurna. Maka disini ia tidak akan menjukkan kegembiraan apabil bersam pasangan.Oleh itu, ia bergantung kepada orang yang menilai dan yang merasainya.

Bagi saya detik-detik bersama ibu bapa merupakan satu yang amat mengembirakan yang tidak ternilainya. Kerana hanya bersama-sama ibu bapa sahaja kita akan berasa selamat dan menjadi diri kita sendiri. Oleh itu, kita perlu bersyukur kita mempunyai ibu bapa yang sentiasa mengambil berat akan kehidupan kita. Kita akan mula merasai detik-detik kegembiraan ini apabila mula berjauhan dari ibu bapa. Kita akan merasai kasih sayang yang dicurahkan kepada kita walau kepayahan hidup membelenggu diri mereka. Oleh itu kita perlu sedar dan ingat pengorbanan yang diberikan kepada kita sehingga Berjaya didunia ini. Tetapi saya sedih apabila melihat raut muka kesedihan orang-orang tua di rumah orang tua  yang ditinggalkan bersendirian disana.Adakah wajar kita memperlakukan seperti itu kepada mereka?fikir-fikirkanlah..hanya untuk mengembirakan diri kita mereka disisihkan..

 Kesimpulannya, walau setinggi mana kegembiraan yang kita lalui wujudkanlah sedikit kebimbangan dalam diri kita. oleh itu janganlah terlalu gembira akan sesuatu perkara yang diperolehi kerana dengan kegembiraan ini akan menyebabkan berlakunya kesedihan dalam diri kita. Sebagai contoh, dengan keputusan yang cemerlang tidak semestinya akan diperolehi selalu dan mungkin keputusan yang lebih teruk akan diperolehi.


No comments:

Post a Comment