Friday 20 August 2010

A128782 AZLIN LJ05

Assalamualikum  dan salam sejahtera………J

 

Seperti selalu hari ini saya sekali  lagi akan menulis tentang teori-teori fisiologikal, kognitif & psikoanalitik. "the experience of motion" boleh kita fahami bahawa ia bermaksud kenapa?, turutan kejadian dan kaitan antara minda dan emosi. Oleh itu ia dibahagikan kepada fisiologi, kognitif dan psikoanalitik.

            Teori fisiologikal  ialah emosi yang lahir berasal dari minda dan saraf. Teori ini dipelopori oleh James-Lang, Cannon-Bard, dan jack Panksepp (psychobiological theory). Menurut James-Lang beliau mendakwa bahawa emosi itu berpunca dengan situasi(hantu) kemudian reaksi tubuh(takut) dan seterusnya lahirlah emosi(hati berdebar-debar). Manakala Cannon-bard pula telah bercanggah dengan apa yang dikeluarkan oleh James-Lang. menurut beliau emosi yang akan terjadi dahulu dan seterusnya barulah emosi. Sebagai contoh apabila terlihat anjing kita akan berasa takut(emosi) seterusnya lari(reaksi).hal ini kerana beliau mengatakan bahawa otak kita berfungsi untuk mentafsir apa yang kita lihat seterusnya barulah kita mampu mentafsirkan apa yang harus kita lakukan. Jack Pankseep pula mendakwa bahawa 4 emosi asas telah lahir dalam otak manusia iaitu marah, takut,panik dan harapan.maka disini bahawa beliau lebih cenderung kepada teori yang dikeluarkan oleh Cannon-Bard.

            Seterusnya ialah teori kognitif yang merupakan teori moden. Teori ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Schachter's Cognitive Labeling (Schachter's Kognitif Pelabelan), misattribution (kesilapan penafsiran) ,transfer of excitation (penukaran reaksi) dan cognitive appraisai(penilaian). Schachter menerima teori yang dikeluarkan olh James-Lang iaitu situasi, reaksi dan emosi tetapi beliau menambah dengan adamya penilaian kognitif. Contohnya anjing, akal mula berfikir disamping hati berdegup-degup dan seterusnya barulah muncullah perasaan takut. Contoh bagi transfer of excitation ialah apabila seseorang ingin menyeberangi titi gantung maka akan muncullah perasaan takut, tetapi apabila ada sesuatu benda diseberang ada benda yang menarik perhatian kita maka perasaan takut itu akan hilang tetapi muncul pula perasaan berkobar-kobar untuk melepasinya.

 Bagi Lazaru's cognitive appraisal pula ia terbahagi kepada dua iaitu komponen emosi (component of emotion) cara menghadapi keadaan tersebut (coping prosess) yang mana dipelopori oleh Richard Lazarus  dan Magda Arnold. Komponen emosi pula terbahagi kepada tiga iaitu pertama cara untuk buat penilaian(cognitive apprisal) yang terbahagi dua iaitu primary dan secondary. Sebagai contoh terlihat anjing (primary apprisal) apa yang perlu dilakukan samada lari@ lalu sahaja(secondary appraisal). Kedua  tindakan impuls (action impulses)   contoh apabila terjadi sesuatu seperti kebakaran apa yang harus kita lakukan maka disini otak harus berfungsi dengan pantas samada untuk menyelamatkan orang yang ada didalm atau menjerit minta pertolongan. Ketiga pola emosi (pattered somatic reactions) contohnya kalu takut, berpeluh atau menggigil. Bahagian dua pula cara untuk menghadapi sesuatu keadaan emosi tersebut atau coping process untuk lebih mudah memahami disini saya kemukan contoh. Apabila berhadapan dengan peperiksaan maka hati akan tidak tenteram bukan? Maka disini cara untuk mententeramkan diri(palliation) diperlukan untuk tidak takut seterusnya reaksi kita sehrusnyalah study hard(direct action) supaya berjaya.

            Akhir sekali adalah teori  psikoanalitik(psychoanaltic theories) teori ini lebih kearah emosi negatif seperti bimbang dan marah. Sebagai contoh bembang dan marah disbabkan berlakunya konflik diparas tidak sedar. Kebanyakan pengalaman kanak-kanak adalah secara tidak sedar.

Sekian............        

 

           

           

           

 

 


No comments:

Post a Comment