Thursday 19 August 2010

A128529 AINU LJ05

Pada sesi perkuliahan18 0gos yang lalu, kami telah mempelajari tentang Teori-Teori Fisiologikal Kognitif dan Psikonalitik.

              Permulaannya, kami didedahkan oleh pensyarah tentang the experience of emotion atau pun pengalaman emosi.Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan pengalaman emosi ini dan teori utama turut bersetuju bahawa emosi mempunyai beberapa komponen, diantaranya adalah subjektif feelings, cognitive appraisal, physiological arousal, motor expression(body movements), dan juga motivational tendencies. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan diantara komponen-komponen ini. Ia adalah merupakan tuntutan dimana komponen-komponen ini akan muncul dalam urutan peristiwa dalam sesuatu tindakan yang dikawal oleh emosi.

               Dalam pengalamna emosi, terdapat beberapa teori yang dikemukakan, antaranya adalah physiologically oriented theories, cognitive theories, dan psychoanalytic theories. Teori physiologically telah diasaskan oleh William James dan disokong oleh Carl Lange(1887) dan akhirnya mereka telah membentuk James-Lange Theoy. Teori ini merupakan teori yang paling tua. Melalui teori ini, merekan mengatakan bahawa setiap rangsangan yang berlaku itu adalah dipengaruhi oleh emosi. Dibawah physiologically oriented theories ini, terdapat pula teori yang dinamakan sebagai the cannon –sense theory. Menurut teori ini, ia mengatakan bahawa bila kita melihat sesuatu perkara yang menakutkan, maka secara automatiknya emosi kita akan bertukar menjadi takut dan ini akan memberi rangsangan kepada badan untuk berpeluh dan akhirnya dada kita akan berdegup dengan kencang. Kesimpulannya disini, teori ini memperkatakan tentang situasi yang seterusnya merangsang emosi kita dan akhirnya akan memberi reaksi pada tubuh kita. Ini berbeza dengan teori yang dikemukakan oleh James-Lange Theory. Teori ini mengatakan bahawa sesuatu perkara atau situasi akan memberi reaksi kepada tubuh dan akhirnya akan menghasilkan emosi. Sebagai contohnya, John berjalan pada tengah malam. Sedang dia berjalan, dia terasa seperti ada seseorang yang mengekorinya. Sepantas kilat, dia akan menukarkan emosinya menjadi takut dan seram dan barulah emosi ini akan merangsang untuk menjadi takut dan berpeluh-peluh dan seterusnya melarikan diri. Bagi the connon-Bard theori mengatakan bahawa organ yang terdapat didalam tubuh tidak dapat melahirkan emosi yang pelbagai. Walaubagaimanapun, manusia dan sistem saraf masih dapat merasai emosi. Didalam satu pembentangan, Cannon dan Philip Bard telah mengatakan bahawa daripada rangsangan dalam dan luaran yang membawa sistem saraf ke minda dan kemudiannya barulah emosi akan merasa apa yang patut dirasa pada ketika itu.

               Menurut Teori Kognitif, ia telah mencadangkan bahawa pemikiran mempunyai peranan dan kemudiannya, barulah emosi akan muncul. Menurut model yang dikemukakan oleh teori ini, stimulus akan dialami terlebih dahulu sebelum membawanya kepada emosi. Contohnya emosi takut, sedih. Dan akhirnya barulah berlaku reaksi seperti melarikan diri. Teori ini turut mencadangkan bahawa pemikiran mempunyai peranan utama dalam menjana sesuatu emosi. Dibawah kognitif teori ini, terdapat teori pelabelan emosi yang mengatakan bahawa apabila merasa sesuatu emosi, maka secara automatiknya minda akan memberi nama pada emosi tersebut. Misattribution pula mengandaikan bahawa kesilapan yang dilakukan oleh seseorang dalam mengenalpasti emosi. Kita seringkali menganggap bahawa emosi itu adalah berasal daripada satu punca, tetapi sebenarnya emosi itu berpunca daripada banyak sebab. Sebagai contoh, kita menganggap seseorang itu sedih mungkin disebabkan kerana dia telah kehilangan orang kesayangannya. Namun kita tidak menyedari bahawa mungkin seseorang itu juga bersedih disebabkan terpaksa menanggung penyakit pada masa yang sama.

               Dalam kuliah kali ini, pertama kalinya saya mengetahui bahawa emosi itu boleh dipindahkan. Sebagai contohnya, saya pernah membaca dalam satu ruangan akhbar yang mana seorang  suami yang mempunyai masalah ditempat kerja, tidak dapat mengawal emosinya ketika berada dirumah. Bagi melepas kemarahannya, lelaki tersebut telah memukul anak dan isterinya. Dan inilah yang dikatakan sebagai pemindahan emosi.  Kami juga turut didedahkan kepada Schacters Cognitive Labeling dan juga Lazaru's Cognitive Appraisal.

               Kesimpulannya, walaupun kuliah pada kali ini sedikit sukar berbanding kuliah yang lepas, namun hasil daripada pembacaa yang dibuat sebelum menulis jernal ini, sedikit sebanyak ia telah meningkatkan kefahaman saya tentang kuliah kali ini.#END


No comments:

Post a Comment