Friday 20 August 2010

A128283 HAFIZAH ABDULLAH LJ05

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan dan pensyarah yang dihormati..

Pada kuliah kali ini, pensyarah telah menyampaikan kuliah serta menerapkan beberapa contoh yang sangat rasional mengenai  pengalaman tentang emosi yang terbahagi kepada tiga iaitu teori-teori fisiologikal, kognitif, dan psikoanalitik.

                Teori evolusi tidak memperihalkan tentang apa yang membuatkan kita gembira dan sedih atas sebab apa, juga tidak memperihalkan kita mengenai babak kejadian yang spesifik untuk membuatkan kita merasai pengalaman dalam bermain dengan perasaan, dan teori ini juga tidak membicarakan mengenai hubungan antara perasaan dengan tingkah laku. Oleh yang demikian, teori utama dalam pengalaman tentang emosi bersetuju mengenai kenyataan bahawa emosi mempunyai beberapa komponen iaitu perasaan subjektif, penilaian kognitif, kebangkitan fisiologikal, pergerakan badan dan kecenderungan motivasi. Namun demikian, teori tersebut juga mempunyai perbezaan pendapat iaitu, kepentingan hubungkait komponen yang pelbagai dan urutan kewujudan komponen ini dalam satu keadaan yang berturutan termasuk tidak balas emosi. Selain itu, perbezaan pendapat mengenai teori-teori ini ialah berkenaan dengan teori-teori fisiologikal yang berkaitan dengan asas fisiologikal, teori kognitif, dan teori psikoanalalitik.

                Teori fisiologikal membicarakan tentang pakar orientasi-psikologi menegaskan bahawa emosi adalah pada awalnya ialah hasil daripada otak dan system saraf. Pendekatan major meliputi teori James-Lang, Cannon-Bard, dan teori psikobiologikal. Menerusi teori James-lang, teori pengalaman emosi yang paling lama diformulasikan oleh William James pada 1884. Teori ini disokong oleh Carl Lange pada 1887 dan menjadi Teori James-Lange. Oleh yang demikian, hipotesisnya ialah tindak balas fisiologikal adalah meransang emosi pencetus. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teori James-Lang mengkaji tentang reaksi tubuh apabila berhadapan dengan sesuatu perkara sekaligus mencetuskan pelbagai emosi yang berkaitan. Sebagai contoh, apabila seseorang itu takut kepada lipas dan terjumpa lipas tersebut di sesuatu tempat, pasti emosinya akan bertindak balas dengan segera dan menghasilkan perasaan takut sekaligus akan menyebabkan dia menjerit ketakutan serta melarikan diri daripada tempat tersebut.

                Teori yang seterusnya pula ialah berkenaan dengan teori yang disampaikan oleh Cannon-Bard iaitu yang berkaitan dengan kritikannya terhadap teori James-Lang. Antara kritikan yang dihujahkan terhadap teori James-Lang ialah, pertama, system organ yang menjadi pencetus tindak balas emosi bertindak dengan sangat perlahan untuk beransangan. Kedua, emosi bertindak balas dengan pantas mengikut ransangan. Hasil tindak balas emosi hadir terlalu lambat untuk menyebabkan emosi lambat direspon. Hati dan perut tidak boleh menghasilkan emosi yang pelbagai. Manusia yang system sarafnya dibedah masih boleh merasai perasaan yang wujud dalam dirinya. Oleh yang demikian, Cannon-Bard telah menghasilkan teori mereka yang dikenali  sebagai Teori CBT iaitu yang berkaitan dengan ransangan dalaman serta ransangan luaran menyebabkan impuls yang telah dihantar kepada korteks yang ada pada otak  dan emosi tentang perasaan mula terbentuk. Maka, ransangan serentak menyebabkan tindak balas kedua-dua bahagian iaitu badan dan emosi berkenaan perasaan mulai terbentuk. Oleh yang demikian, ketakutan terhadap ketinggian yang dihadapi oleh kebanyakan manusia akan jelas terbentuk apabila mereka menaiki bangunan yang tinggi. Seseorang itu akan merasai sesuatu ransangan terhadap perasaan mereka apabila mereka menghadapi pengalaman yang berkaitan dengan emosi mereka.

Kesimpulannya, teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh teori ini mengemukakan tentang rangsangan terhadap impuls yang menghasilkan emosi yang bertindak balas terhadap emosi seseorang. Emosi yang terlahir daripada rangsangan ini selalunya merupakan perasaan takut. Oleh yang demikian, pada pendapat saya, perasaan takut ini sebenarnya dapat diatasi jika seseorang itu mempunyai semangat yang kuat untuk mengatasinya.

Sekian, terima kasih. End#


No comments:

Post a Comment