Friday 6 August 2010

A128283 HAFIZAH ABDULLAH LJ03

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…..

Alhamdulillah kerana kita dapat bertemu semula dalam tugasan jurnal mingguan kita ini. Pada minggu ini kita telah disajikan dengan ilmu yang sangat bermanfaat bagi kita semua iaitu ilmu yang berkenaan dengan emosi positif dan negatif. Dalam topic kali ini, kita banyak diberikan pendedahan mengenai kegembiraan dan sejauh mana kebahagiaan dapat diekspresikan dalam kehidupan seharian mereka.

                Kegembiraan ialah satu perasaan yang dapat digambarkan melalui perasaan yang dilahirkan daripada kepuasan melakukan sesuatu yang kebiasaannya dilakukan bersama teman-teman rapat dan keluarga. Kebahagiaan merupakan satu medium yang penting bagi setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Menurut falsafah yang disampaikan oleh ahli-ahli falsafah seperti Aristotle, 'happiness is successful pursuit of pleasure'; Plato pula berpendapat bahawa 'source of happiness is virtuous life'; manakala, Epicurean pula berpendapat bahawa kegembiraan memaksimakan kebahagiaan dan meminimakan kesengsaraan. Oleh yang demikian, falsafah-falsafah di atas telah menyokong kepentingan kegembiraan dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita hendakalah berada dalam keadaan positif dan gembira dalam meniti kehidupan kita bersama orang-orang yang tersayang.

                Kajian mengenai kegembiraan telah dijalankan dan didapati bahawa terdapat hasil kajian yang berbeza di setiap tempat misalnya, di Asia, dapatan kajian telah menyatakan bahawa jumlah penduduk yang gembira adalah rendah berbanding dengan penduduk yang tinggal di Amerika Utara, Australia, dan Eropah. Kegembiraan itu sendiri adalah berpunca daripada cara kita mengawal emosi dan cara kita berdepan dengan masalah seharian kita. Seseorang yang dapat mengawal dirinya pasti dapat hidup dengan gembira. Selalunya, mereka yang pandai mengatur strategi yang lebih efektif untuk menghadapi dugaan akan lebih bahagia. Selain itu, terdapat dua factor yang menyebabkan kegembiraan, factor yang pertama adalah factor jangka panjang dan yang kedua factor jangka pendek. Kedua-dua factor ini sangat berkaitan dengan kegembiraan. Factor jangka panjang ialah factor menyatakan bahawa kesinambungan latar belakang seseorang lebih membuatkan mereka hidup bahagia dari bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Contohnya seperti kegembiraan ketika waktu membesar sehingga sekarang. Selain itu, factor jangka pendek banyak dipengaruhi  dengan keadaan yang berlaku pada masa kini atau sekarang. Contohnya, ketika kelahiran bayi di dalam sesebuah keluarga. Sebagai contoh, apabila anak saudara pertama di dalam keluarga kami dilahirkan, kebahagiaan terpancar di wajah setiap ahli keluarga kami. Hal ini demikian, hubungan kekeluargaan yang sudah akrab menjadi semakin rapat lagi sekaligus membawa kegembiraan dalam keluarga kami.

                Selain itu, faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu gembira dalam hidupnya ialah apabila dia sudah jatuh cinta. Perasaan mereka akan lebih bahagia apabila ada orang yang mencintai dan mengambil berat terhadapnya. Peratusan kedua tertinggi yang menggambarkan kebahagiaan seseorang ialah apabila dirinya berjaya melepasi sesuatu ujian dan apabila dirinya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujiannya. Sembuh selepas menghadapi sakit yang serius juga merupakan salah satu factor kebahagiaan seseorang melalui peratusan yang telah didapati. Tambahannya lagi, kedua-dua jantina lelaki dan wanita pasti akan mendapat kebahagiaan apabila mereka berkahwin. Orang yang telah berkahwin lebih bahagia berbanding orang yang hidup sendiri. Namun demikian, kajian juga didapati bahawa seseorang yang mendalami ilmu agamanya juga pasti akan hidup bahagia kerana hidupnya akan lebih teratur dan kurang stress.

Oleh yang demikian,setiap individu perlu ada perspektif masing-masing untuk hidup lebih bahagia. Kegembiraan bukan sahaja dapat mneyenangkan diri kita sendiri tetapi juga orang yang berada disekeliling kita. Sekian.

No comments:

Post a Comment