Sunday 8 August 2010

A128223 ROSIDI LJ03

Semakin lama semakin saya tertarik dengan kursus pengurusan emosi ini,baru saya tahu bahawa kursus ini amat berguna bagi saya dalam menjalani kehidupan harian yang penuh dengan dugaan dan cobaan ini.Setelah mengetahui tentang teori-teori dalam kursus ini pada kuliah kedua,saya dan kawan-kawan di ajar pula tentang Emosi positif pada kuliah ketiga iaitu pada 4/7/2010 yang lepas.Kuliah tentang Emosi positif ini amat menarik,emosi positf ini juga dapat dikenali sebagai emosi gembira,bahagia,dan sebagainya.Kegembiraan,kebahagiaan amat dipentingkan oleh semua insan,semua orang ingin hidup gembira,bahagia,kasih saying dan sebagainya.Pelbagai pendapat telah diberikan oleh tokoh-tokoh terhadap perkara ini,contohnya seperti Aristotle,beliau mengatakan bahawa kebahagiaan adalah satu pencarian untuk melahirkan keseronokan,manakala Plato pula mengatakan bahawa kebahagiaan merupakan suatu kehidupan yang mulia.Seseorang itu akan kelihatan tersenyum apabila gembira,namun menurut (Veenhoven 1995),kegembiraaan berbeza dari setiap Negara ke Negara lain.Selain itu,saya juga dapat mengetahui sesuatu maklumat yang menarik iaitu,menurut (Argyle 1987),orang yang paling bahagia adalah orang yang tinggal di amerika utara,Australia dan Eropah.Selain itu,orang yang bahagia adalah orang dapat meyesuaikan diri dengan persekitaran baru,tahap penyesuaikan diri yang baik dapat menjadikan seseorang itu menyelesaikan masalahnya dengan baik.Terdapat 2 jenis kegembiraan iaitu Long Term dan Short Term.Long Term merujuk kepada keadaan emosi dalam masa yang panjang,contohnya dari zaman kanak-kanak sampai masa sekarang,manakala Short Term pula merujuk kepada kegembiraan dalam jangka masa yang pendek.Faktor yang mewujudkan kebahagiaan ialah contohnya seperti tahap kesihatan yang baik,persahabatan,perkerjaan,dan rekeasi,dan juga factor agama.Contohnya orang yang menpunyai agama yang tinggi di pandang mulia oleh masyarakat ini menjadikan hidupnya lebih bahagia #.


No comments:

Post a Comment