Friday 6 August 2010

A128123 Ruhil LJO3

Setelah empat miggu mengikuti kuliah Pengurusan Emosi,minggu ini merupakan minggu yang agak menarik. Mengapa? Kerana kuliah minggu ini membincangkan perkara yang sangat disenangi oleh setiap yang bergelar manusia iaitu emosi gembira, bahagia dan kasih. Ketiga-tiga emosi ini dikategorikan sebagai emosi positif.

Pada awalnya saya didedahkan dengan apa itu kebahagiaan? Kebahagiaan dapat digambarkan dengan kesenangan. Ahli falsafah seperti Aristotle menggambarkan kebahagiaan apabila kita mencapai kesenangan dalam hidup. Terdapat beberapa situasi atau perkara yang membuatkan kita bahagia begitu juga senyuman  kegembiraan yang terpancar di wajah kita berbeza kerana terdapat beberapa jenis senyuman antaranya "Bright Smile". Terdapat beberapa kajian tentang kebahagiaan antaranya ada yang menyatakan bahawa kebahagiaan atau ekspresi emosi ini tidak sama antara Negara (Veenhoven, 1995). Laporan menunjukkan penduduk Asia kurang menonjolkan ekpresi atau menunjukkan emosi kebahagiaan berbanding penduduk di Negara Australia atau Eropah. Saya mengakui hasil laporan ini berdasarkan kepada cara percakapan penduduk Asia yang lebih serius berbanding penduduk Negara Eropah contohnya yang lebih mesra dalam perbualan harian dan menyapa teman mereka dengan perkara yang menggembirakan seperti "have a nice weekend". Pernahkah kita terfikir sejauh mana kita bahagia? Pada kebiasaannya kita menggambarkan emosi gembira dengan senyuman di wajah kita. Saya sangat bersetuju bahawa orang yang mempunyai penyesuaian  yang tinggi lebih baik dalam mengatasi masalah yang dihadapi.

Tambahan lagi, melalui kuliah ini saya dapat mengetahui bahawa  kebahagian dapat dipecahkan kepada dua iaitu menurut 'Additive Model' kebahagian dibahagikan kepada dua jangka masa iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Menurut Freud, perhubungan kita bersama ibu bapa sejak kecil mempengaruhi dan memberi kesan dalam kehidupan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang didedahkan atau memiliki kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa membesar dengan baik dan memiliki emosi yang stabil dan bahagia kerana sejak dari kecil mereka sudah didedahkan dengan contoh yang baik daripada ibu bapa berbanding dengan kanak-kanak yang sering melihat pergaduhan ibu bapa mereka atau melihat contoh yang kurang baik dalam keluarga. Selain itu, dalam kuliah ini saya sangat tertarik dengan jadual yang menunjukkan peratusan kebahagiaan yang dirasai oleh manusia dalam setiap yang terjadi dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, peristiwa jatuh cinta  memiliki peratusan tertinggi iaitu sebanyak 78% berbanding bertunang dan berkahwin iaitu 65%. Pada pandangan saya, jatuh cinta lebih membahagiakan kerana ia merupakan satu tempoh yang agak singkat dan pada ketika ini kita belajar mengenali satu sama lain dan tidak melibatkan komitmen yang tinggi berbanding bertunang dan berkahwin yang lebih menuntut kita kepada komitmen dan pengorbanan. Adakah perkahwinan lebih bahagia berbanding tidak berkahwin? Pada kenyataan ini, saya berpendapat jika pasangan berkahwin itu bersedia dari semua aspek maka perkahwinan lebih membahagiakan tambahan lagi dengan adanya cahaya mata.

Dalam kuliah ini juga saya juga  berminat untuk menyentuh aspek agama dan kebahagiaan. Pendapat yang menyebut  faktor penghayatan agama membawa kepada kebahagiaan. Saya juga bersetuju kerana setiap agama dalam dunia ini menuntut kepada kebaikan contohnya agama Islam. Pada pandangan saya, orang yang berpegang teguh kepada agama lebih bahagia hidupnya dan kurang mengalami tekanan perasaan kerana mereka lebih mendekatkan diri kepada kebaikan dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Selanjutnya, "Love  is friendship"?Inilah apa yang saya sering dengar dalam cerita di kaca televisyen. Namun kini saya jelas memahami  makna kasih sayang atau "love" bukan sekadar persahabatan. Apa yang saya pelajari 'Love' merupakan gabungan daripada 3 faktor iaitu 'attachment' atau perasan yang ingin sentiasa bersama, kedua ialah saling mengambil berat dan terakhir ialah kepercayaan. Semua faktor ini sangat bersesuaian dengan kenyataan bahawa kasih sayang didasari oleh 3 faktor iaitu komitmen,keintiman dan keghairahan. Walau bagaimanapun, perhubungan yang romantik harus dimulakan oleh seseorang,di ikuti faktor kedekatan atau jarak dengan pasangan dah akhirnya harus mempunyai kemahiran sosial untuk mempertahankan hubungan tersebut.

Kesimpulannya, emosi positif merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan dan dikejar  dalam kehidupan kita sebagai manusia. #End


No comments:

Post a Comment