Thursday 19 August 2010

A128123 Ruhil LJ05

Seperti biasa,bila tiba hari Rabu 4pm saya mengikuti kelas Pengurusan Emosi. Minggu ini kuliah lebih menyentuh kepada teori yang mana kalau sekali tengok macam susah  tapi Alhamdulillah saya masih mampu mengikutinya. Teori- teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik merupakan tajuk kuliah pada minggu ini.

Hmmm…macam mana nak mulakan learning jurnal nie yea?Okey,saya mulakan dengan The Experience  of Emotion. Teori 'Evolutionary' pada dasarnya tidak memberitahu kita apa yang membuatkan kita gembira dan kadangkala kita menjadi sedih, apakah urutan kejadian yang berlaku apabila kita merasai sesuatu emosi? Hal ini kerana teori sebelumnya tidak memberitahu kita kaitan antara emosi, minda dan tingkahlaku kita. Major Theories mengandungi beberapa komponen seperti apa yang kita rasakan, apa yang minda fikirkan, tindakbalas melalui pergerakan dan tindakan terhadap emosi yang dirasai. Teori ini juga turut menyatakan kepentingan komponen berlainan serta urutan peristiwa dalam sesuatu tindakan emosi dan peranan yang dimainkan oleh minda yang tidak sedar.

The Experience of Emotion boleh dibahagikan kepada tiga dan salah satunya ialah Physiologically Oriented Theories yang percaya bahawa emosi lahir daripada peranan minda dan sistem saraf. Selain itu,masih terdapat tiga teori yang bersumberkan kepada teori ini. Salah satunya ialah 'James-Lange Theory'. Ia merupakan teori yang tertua yang diasaskan oleh William James. T eori ini menerangkan reaksi fisiologikal adalah apa yang terjadi pada tubuh kita sebagai contoh sekiranya kita dimalukan dihadapan rakan-rakan pastinya muka kita akan berubah menjadi merah padam. Common Sense teori pula menyentuh mengenai situasi, emosi seterusnya kepada reaksi tubuh. Contohnya bila kita melihat bahan rangsangan seperti benda yang menakutkan maka kita akan berasa takut dan badan akan menggigil atau berpeluh.

Manakala, berbeza pula bagi teori James-Lange  yang mengatakan bahawa fisiologikal menekankan peranan yang dikeluarkan oleh fizikal. Ia dapat diringkaskan melalui situasi       reaksi tubuh      emosi . Ini bermaknanya reaksi tubuh badan membawa kepada emosi. Teori ini mengingatkan saya bagaimana reaksi rakan saya Lan ketika kali pertama bertentang mata dengan kekasihnya dua tahun lalu. Bila lalu sahaja si cantik ini, Lan  terus mengurat dengan selambanya "pewitttttttttttt,awek manis" dan apabila si cantik memberi respon maka timbullah bibit perkenalan sehingga akhirnya bercinta sehinggakan di gelar "Couple Of The Year" ketika zaman sekolah dahulu.

Walau bagaimanapun, teori seterusnya iaitu Cannon-Bard Theories tidak bersetuju dengan James-Lange Theory (Fisiologikal)  kerana baginya sistem organ lambat bertindak berbanding emosi. Tambahan, organ yang berada dalam badan dapat melahirkan emosi yang berbeza dan  tidak mempunyai kawalan. Teori ini juga berpendapat jika sistem saraf manusia ditanggalkan tetapi manusia masih mampu melahirkan emosi. Teori ini menggariskan tindak balas seperti berikut,  sistem saraf       minda       rasa emosi.  Ini bermakna seseorang akan memberikan tindak balas kepada rangsangan kemudia lahir emosi. Sebagai contoh emosi takut ketika berada di tempat tinggi.

Seterusnya Cognitive Theories yang lebih menekankan kepada penggunaan minda iaitu tugasan yang dilakukan oleh minda untuk memproses dan mentafsir maklumat. Kognitif ini memainkan peranan yang penting dalam memandu emosi dan dapat dibahagikan kepada tiga. Pertama Cognitive Labelling iaitu keadaan bila mana kita merasakan sesuatu emosi maka minda akan menilai dan menamakan (label) apakah emosi tersebut. Teori ini berperanan menentukan apa yang dirasakan. Selain itu, kami juga didedahkan dengan istilah 'Misattribute' atau kesilapan yang kita lakukan dalam mengjangkakan sesuatu emosi. Sebagai contoh, kaum lelaki sering menyalahkan wanita yang 'moody' itu kerana PMS walhal masih banyak  kemungkinan lain seperti mungkin mempunyai masalah di tempat kerja. Kedua Transfer of Excitation iaitu keadaan apabila sesuatu emosi berubah kepada emosi yang lain seperti tumpahan emosi kepada orang lain. Ketiga ialah Cognitive Appraisal Theories iaitu pemikiran yang bertanggungjawab menjana emosi dan  tingkahlaku. Kuliah pada kali ini banyak menyentuh mengenai teori lain seperti Schachter's Cognitive Labeling, Common Sense Theory, Coping Process, Action Impulses, Patterned Somatic Reaction dan lain-lain lagi. Sekian, ini adalah antara perkara yang saya perolehi sepanjang kuliah pada miggu ini. #End


No comments:

Post a Comment