Friday 20 August 2010

A127257 NORIZA LJO5

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah iaitu D.r Ahmad zamri bin Mansur dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Kuliah pada minggu ini  agak mencabar dan sangat menguji minda tetapi saya sangat berpuas kerana cabaran mengajar bagaimana untuk memperolehi ilmu dengan berkesan dan efektif. Saya berasa sangat berpuas hati kerana mendaftar kuliah kursus pengurusan emosi ini, ia tidak membebankan dan segala perasaan yang kita rasai, hadapi dan keliru, kami semua boleh meluahkan dalam penulisan jurnal pada setiap minggu. Pada mulanya saya merasa kursus ini sangat membebankan kerana saya dan rakan-rakan lain terpaksa menghasilkan satu jurnal setiap minggu dan perlu dihantar ke blog.tetapi selepas minggu ke enam saya rasakan tugasan ini sangat menarik dan tidak membosankan.

Tajuk kuliah pada minggu ini adalah berkaitan dengan Teori-teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik. Pada kuliah sebelum ini iaitu pengenalan emosi,stuktur asas emosi,emosi positif,emosi negetif tidak  menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan apakah yang membuatkan seseorang merasa gembira atau sedih dalam sesuatu situasi, seterusnya mengenai rangkaian atau urutan sesuatu peristiwa apabila kita merasakan sesuatu perasaan sama ada gembira atau sedih. Selain itu ia juga tidak menyentuh berkaitan bagaimana pemikiran (akal atau minda) berkait dengan pengalaman dan akhirnya berkaitan apakah hubungan antara emosi dan tingkah laku..Oleh itu setelah mengikuti kuliah minggu ini saya lebih memahami mengenai emosi dengan lebih mendalam.

Selain itu,kuliah minggu ini juga menerangkan berkaitan  kompenen yang terdapat dalam emosi antaranya ialah subjective feelings (perasaan), cognitive appraisal ( penilaian yang dibuat oleh minda) ,physiological arousal (perubahan fisiologi),motor expression,motivational tendencies ( tindakan berasaskan emosi yang kita rasai).

Seterusnya,terdapat beberapa teori yang dibincangkan antaranya ialah Physiological theories, cognitive theories dan akhirnya ialah psychoanalytic theories. Physiological theories  menekankan atau mempercayai bahawa permulaan sesuatu emosi yang dirasai lahir daripada peranan minda dan system saraf. Saya sangat berminat berkenan Teori physiological ini.Terdapat 3 pendekatan atau teori ini adalah bersumberkan  James–Lang,Cannon-Bard theory dan akhirnya Psychobiological theories.

 James-Lang teori mengatakan bahawa tindakan atau reaksi fisiologikal terhadap seesuatu ransangan merupakan pendorong dan mencetuskan emosi.Teori ini diasaskan oleh William James  dan ia mendapat sokongan daripada Carl Lange 1887 dan mengetengahkan sebagai James-Lang.Teori common-sense bertentangan deengan teori James-Lang yang bermula dengan situasi, diikuti dengan emosi dan akhirnya reaksi tubuh tetapi teory James-Lang pula dimana teori ini bermula dengan situasi ,diikuti reaksi setersnya baru melahirkan perasaan emosi.Contohnya dimulakan dengan situasi seterusnya reaksi tubuh dan akhirnya baru melahirkan emosi.Contohnya dalam satu situasi dimana apabila seseorang berdepan dengan seekor ular,seterusnya dia melarikan diri kerana berasa takut dan juga untuk menyelamatkan diri daripada dipatuk oleh ular yang sangat berbisa itu.

Seterusnya The cannon-Bard Theory pula tidak puas hati terhadap teory sebelumnya iaitu James-Lang.sebenarnya system organ bertindak terlalu perlahan.Tindakan fisiologikal ini bertindak lambat berbanding emosi.Emosi akan datang dengan cepat.Organ yang ada dalam tubuh badan tidak boleh melahirkan emosi yang pelbagai.Contohnya jika seseorang itu takut dengan ketinggian.apabila dia berdepan dengan ketinggian orang tersebut akan merasakan emosi takut. Akhirnya ialah Phychobiological theories, yang diperkenalkan oleh jack panksepp,Teori ini menerangkan  emosi asas yang berkaitan aliran saraf( specific neutral circuits).Dalam Teori ini beliau mengemukakan dan mengutarakan terdapat 4 emosi asas iaitu(rage,fear,expectancy,panic).Emosi asas tersebut dianggap berkait dengansistem saraf otak(specific neutral circuits).Emosi asas ini akan melahirkan emosi yang lain.Pada tahun 1998, Panksepp telah mengelaskan  sistem emosi asas berpandukan kepada struktur pada sistem limbik tetapi pendapat panksepp ini mendapat kitikan daripada Magda Arnold(1960) dan James Averill(1982). Mereka menyatakan tidak ada tempat yang khusus untuk emosi di dalam otak.

Teori yang Kedua ialah cognitive theories.saya bersetuju dengan cognitive teori dimana dalam teori ini menjelaskan bahawa pemikiran adalah perkara pertama yang menjana emosi.Teori ini mengandungi empat kompenen antaranya ialah minda akan menilai dan mencipta emosi,yang kedua ialah pengkelasan kognitif oleh schachter'(misattribution),Ketiga ialah Transfer of Excitation dan akhirnya ialah Congnitive Appraisal.Disini saya ingin menjelaskan tentang satu kompenen Cognitive Theories yang ketiga iaitu Transfer of Excitation.Ia menjelaskan tentang satu keadaan emosi dalam satu kawasan  akan terbawa-bawa ke satu kawasan yang lain.Contohnya ia pernah dialami dalam diri saya sendiri dimana pada suatu ketika saya dimarahi oleh Ibu-bapa saya kerana telah melanggar larangan mereka.Saya dimarah oleh mereka dan Ahli keluarga yang lain. Ketika itu saya merasa sangat sedih. Pada Keesokkan harinya saya pergi ke sekolah dengan emosi yang sangat sedih.Saya tidak menegur dan menyapa rakan-rakan saya seperti selalu.Rakan-rakan saya dapat merasai bahawa ketika itu saya sedang bersedih dan membiarkan saya terus denganemosi tersebut kerana mungkin mereka berfikiran apabila mereka menegur dan sebagainya,ia akan menambahkan bebanan dan kesedihan saya ini.

Teori yang Ketiga ialah Psikoanalitik. Teori ini lebih menekankan atau membincangakan berkaitan emosi-emosi negetif, terutamanya kebimbangan dan kemarahan.Ia berbeza dengan teori-teori lain yang mengatakan bahawa peranan minda tidak sedar sebenarnya memandu pengalaman emosi kita.Teori ini Disokong oleh seorang Tokoh ialah Sigmund Freud.Sigmund Freud juga mengasaskan teori minda yang berlainan iaitu terdiri daripada minda sedar,minda bawah sedar,minda tidak sedar.Menurutnya, minda tidak sedar merangkumi pengalaman masa lampau yang telah dilupai tetapi menjadi sumber kuat dalam pencetusan emosi dan apabila dibangkitkan akan menyebabkan kesakitan dan kederitaan.Hal ini dijelaskan lagi dengan satu situasi yang saya alami dimana keperitan peristiwa yang saya alami pada suatu ketika dahulu mengundang kembali ia menyebabkan saya merasa sangat menyakitkan dan menyebabkan saya menderita.

Kesimpulannya,terdapat pelbagai teori yang menbincangkan berkenaan emosi ini antaranya ialah teori Physiologically theories,Cognitive Theories dan akhirnya Psychoanalytic.Teori-teori ini memberi pelbagai gambaran dan pendapat yang berbeza,Jadi ia bergantung kepada diri kita sendiri untuk mempercayai atau mepersetujui Teori mana yang benar atau mungkin kita sendiri boleh mencipta teori lain yang lebih tepat.Kuliah ini dapat memberi pelbagai maklumat kepada saya sendiri dan rakan-rakan sekuliah untuk lebih memahami lebih mendalam berkaitan Kursus Emosi ini.

.

 

 


No comments:

Post a Comment