Friday 6 August 2010

A127257 NORIZA LJO3

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah dan rakan-rakan .Pada minggu ini kami diberi kuliah tajuk keempat walaupun tajuk ketiga yang berkaitan  teori-teori fisiologikal, kognitif & psikoanalitik tidak dibincangkan lagi. Pensyarah memaklumkan bahawa tajuk keempat lebih mudah difahami berbanding tajuk ketiga khususnya untuk pelajar yang baru mengikuti kursus ini. Pada mulanya saya kurang yakin tetapi selapas slaid pertama dibincangkan saya merasakan bahawa tajuk ini mudah difahami berbanding tajuk sebelumnya. Tajuk ini membincangkan difinisi kegembiraan dan faktor-faktor yang mempengarui kegembiraan. Setiap insan di alam ini berhak merasai kegembiraan melalui cara masing-masing.

Disini saya ingin menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kegembiraan. Kegembiraan ialah satu emosi atau keadaaan yang efektif, contohnya seperti suka,senang dan puas hati. Kegembiraan juga ialah refleksi kepentingan universal terhadap manusia.Hal ini berlaku keatas diri saya sendiri dimana saya berasa amat bahagia, suka, senang seterusnya puas hati apabila saya dapat memenuhi kehendak ibu saya. Ibu saya seorang yang sangat bertangungjawab, tabah dan dia tidak pernah membuat sebarang permintaan dari anaknya tetapi dia hanya ingin melihat kejayaan anak-anaknya. Apabila saya mendapat keputusan yang cemerlang dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran, saya dapat melihat kebahagian dari riak wajahnya.Ini bermakna, saya telah memenuhi kehendak ibu saya dan diri saya sendiri.Pada ketika itu saya merasa amat bahagia dan bersyukur begitu juga ibu saya.

Seterusnya, Kajian tentang kegembiraan  menunjukkan kegembiraan berbeza daripada satu negera dengan negera yang lain.Di Asia menunjukkan kebahagian lebih rendah berbanding Negara lain. Kajian mendapati, orang yang hidup paling bahagia ialah masyarakat yang tingal di Australia dan Eropah. Pada pendapat anda sejauh manakah kebenaran kajian ini.

Selain itu,bagaimankah saya gembira? Saya merasa gembira  dan lebih bahagia apabila saya dapat menyesuaikan dengan keadaan baru. Contohnya ketika saya berusia 18 tahun, saya telah diterima untuk untuk berkerja sebagai casher di sebuah Pasar Raya.Pada mulanya saya merasa gembira kerana ditawarkan kerja sedemikian tetapi apabila memikirkan suasana baru yang saya akan tempuhi,saya merasa gementar dan takut. Pada hari pertama berkerja ,saya berasa amat malu, segan dan sering memencilkan diri ketika rehat kerana tidak selesa dengan persekitaran baru,saya tidak mengenali sesiapa pun di tempat kerja baru saya itu,saya seolah-olah menjadi perhatian oleh pekerja-pekerja lama, mereka sering melihat dan seolah-olah mengatakan sesuatu tentang diri  saya tapi saya tidak mengendahkan semua itu, saya tabahkan diri. Apabila masuk hari ke-5, saya mulai mengenali rakan sekerja antaranya mazalina, su. kakyus dan lain-lain. Saya mula dapat menyesuaikan dengan persekitaran baru dan merasa amat bahagia dan gembira kerana mendapat rakan-rakan yang sangat baik hati dan peramah.

Selain itu,perasaan gembira boleh diklasifikasikan kepada 2 kompenen utama iaitu jangka panjang dan jangka pendek. Jangka panjang adalah sesuatu peristiwa daripada zaman kanak-kanak hingalah zaman sekarang manakala kompenen jangka pendek pula ialah peristiwa baru berlaku contohnya kelahiran ahli keluarga baru dalam sesebuah kekeluarga.

Cinta ialah suatu perasaan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada setiap insan. Cinta dapat memberi kebahagian dan kesempurnaan hidup. Hal ini terjadi pada diri saya sendiri dimana saya telah mencintai seseorang lelaki yang mempunyai perwatakan yang  menarik. Perasan saya ini memberi kebahagian dan dorongan kepada saya untuk menempuhi segala masalah dengan tabah dan penuh kesabaran.Antara peristiwa-peristiwa positif dalam kehidupan yang lain ialah ketika saya mendapat result STPM dengan cemerlang, peristiwa itu sangat bermakana dan membuatkan saya merasa amat bahagia.

Seterusnya kehidupan selapas mendirikan rumah tanga  adalah lebih bahagia berbanding kehidupan sebelum berumah tangga.Hal ini dibuktikan apabila kakak saya mendirikan rumahtangga, saya dapati kehidupannya lebih sempuran dan bahagia. Hal ini mungkin disebabkan terdapatnya insan yang dekat, sentiasa disisi kita seterusnya berkongsi segala masalah dan menyelesaikan masalah secara bersama. Jika sebelum berumah tangga kita hanya mempunyai ibu dan bapa untuk meluahkan sebarang masalah tetapi tidak semua perkara kita dapat meluahkan kepada ibu bapa kita tetapi kepada suami atau kepada isteri kita, kita boleh meluakan segala keluh kesah yang kita hadapi tanpa rasa segan dan malu.

Selain perkahwinan ,kesihatan juga dapat menyumbang kebahagian kepada seseorang individu .Individu yang mempunyai penyakit seperti Kanser, Darah Tingi, Kencing manis akan merasakan kehidupan ini tidak bermakna berbanding orang yang mempunyai kesihatan yang baik .Orang yang mempunyai kesihatan yang baik mempunyai kebahagian dan kesempurnaan hidup yang lebih baik. Akhirnya persahabatan amat penting untuk mewujudkan kebahagian. Contohnya saya sendiri memerlukan sahabat dalam menjalani kehidupan seharian .Disini saya mempunyai 2 orang sahabat yang sangat akrab.Mereka memberikan kesempurnaan dan kebahagian kepada saya apabila saya mengalami sebarang masalah.Di sini saya berjauhan dengan ibu bapa. Oleh itu rakan-rakan sayalah yang mengantikan ibu bapa saya ketika saya berada disini.

Selain itu ,manusia yang mempunyai pegangan agama yang kuat dikatakan mempunyai mempunyai ketenangan jiwa dan lebih bahagia berbanding insan yang tidak pernah mendalami ilmu agama.Ini dibuktikan masalah-masalah jenayah yang timbul kini sering dikaitkan dengan individu yang tidak mempunyai pegangan agama yang utuh .Golongan ini tidak dapat menilai sesuatu tindakan itu dengan rasional dan berlandaskan ilmu agama ,malah hanya mementingkan kekayaan ,kepuasan dan kepentingan diri sahaja .Orang yang mempunyai ilmu agama yang kukuh mempunyai satu landasan yang benar untuk melakukan sesuatu tindakan kerana melalui agama tidak kira agama apa sekalipun, kita akan diajar nilai-nilai moral yang merangkumi semua aspek-aspek kehidupan.Hal ini dapat mengelakkan seseorang dari melakukan perbuatan yang dihalang oleh agama.

Kesimpulannya,kebahagian adalah sangat diperlukan setiap insan untuk menjamin kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Terdapat perbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu bahagia antaranya perkahwinan,kesihatan dan sebagainya.kebahagiaan berhak dinikmati oleh setiap individu tanpa mengira taraf hidup dan kaum.

 

           


No comments:

Post a Comment