Friday 27 August 2010

A127214 Nur Habibah LJ06

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapakan kepada pengunjung blog ZZZT2253. Pembelajaran pengurusan emosi kini semakin membawa makna yang jelas kepada saya mngenai apa itu emosi. Semakin hari, semakin menarik tajuk yang dibincangkan sehinggakan terungkai segala kekeliruaan saya selama ini mengenai EMOSI. Daripada awal perkenalan emosi, kami mahasiswa mahasiswi mula didedahkan dengan maksud emosi dan struktur-struktur emosi yang dikemukakan oleh para sarjana bagi setiap kategori emosi dimana setiap sarjana mengemukan pandangan yang berbeza. Kemudian kami didedahkan lagi dengan teori-teori yang berkaitan emosi, situasi-situasi pengalaman emosi positif dan negatif, dan pada minggu ini, tajuk yang agak menarik dimana kami didedahkan bahawa emosi boleh berubah-ubah dalam sesuatu keadaan tertentu, iaitu keadaan yang dimaksudkan adalah keadaan jangka pendek dan jangka panjang.

Emosi yang boleh berubah-ubah dalam sesutu keadaan yang kami pelajari pada minggu ini dimaksudkan dengan tingkah laku manusia. Tingakah laku manusia yang berkaitan dengan emosi ini diperjelaskan dalam Teori Aras Adaptasi. Teori Aras Adaptasi membawa maksud seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu ransangan yang baru berdasarkan aras adaptasi seseorang itu pada masa kini. Aras adaptasi seseorang ialah fungsi aras neutral semasa individu tersebut bergantung kepada situasi ransangan yang khusus. Secara automatiknya kita akan menentukan titik neutral untuk setiap satu daripada simulasi yang pelbagai. Sebagai contoh dalam situasi kita mendengar bunyi. Jika sesuatu bunyi itu kita dengar kuat atau perlahan, sebenarnya bunyi itu menghampiri titik neutral anda. Bagi bunyi yang berintensiti tinggi lebih daripada titik neutral, maka bunyi itu adalah kuat, dan begitulah sebaliknya.

Konsep aras adaptasi ini boleh digunakan untuk menerangkan fenomena psikologi. Sebagai contoh kita lihat situasi seorang jutawan. Secara umumnya kita membuat tanggapan bahawa seorang yang bergelar jutawan, mereka semestinya sudah biasa memegang wang ringgit satu juta di tangan. Oleh hal yang demikian, untuk merasakan mereka lebih berjaya, mereka merasakan mereka patut memegang jumlah wang lebih banyak seperti 10 juta. Dengan jumlah yang banyak itu, barulah mereka merasakan mereka sudah cukup berjaya kerana mengikuti konsep aras adaptasi ini, jutawan yang memegang wang melebihi 10 juta, melepasi aras adaptasi yang yang berintensiti lebih tinggi daripada titik neutral dalam diri mereka. Konsep  fenomena psikologi ini mengingatkan saya tentang situasi saya semasa kecil. Ketika itu ayah saya mengajar saya menunggang basikal. Pasa mulanya saya diajar untuk menunggang basikal beroda tiga, saya sangat gembira ketika itu kerana dapat menunggang basikal, tetapi tidak berpuas hati kerana kakak saya menunggang basikal tanpa roda. Kemudian saya  maju setapak dengan berjaya mengimbangi badan dalam menunggang basikal tanpa roda dalam masa sehari. Waktu itu saya merasakan saya sudah berjaya.

            Teori yang seterusnya ialah Teori Solomon. Teori ini dikemukan oleh Richard Solomon (1980). Beliau menyatakan bahawa teori ini bertentangan dengan Teori Aras Adaptasi dan menyatakan bahawa emosi bergerak menuju keseimbangan dengan bergerak ke arah titik neutral bukan sahaja untuk jangka masa panjang, tetapi untuk jangka masa pendek. Secara spesifiknya setiap emosi akan menyebabkan emosi yang bertentangan muncul. Solomon mengatakan satu situasi emosi pada peringkat pertamanya menerbitkan keadaan primary, suatu keadaaan yang diperoleh bukan melalui bukan melalui pembelajaran, tetapi lebih merupakan tindak balas yang automatik. Keadaaan primary ini kemudiannya akan mencetuskan emosi yang bertentangan. Emosi bertentangan ini bermula dengan lebih lambat dari keadaan primary tetapi ia bertahan lama dan kekuatan meningkat dengan adanya pengulangan. Pemerhatian beliau juga menyatakan bahawa pengalaman emosi yang sangat positif akan diiringi oleh emosi yang sangat negatif. Manakala keadaan secondary menyatakan mengulangi sesuatu pengalaman emosi akan meningkatkan kekuatan relatif emosi yang berlawanan. Keadaan secondary  ini  dapat dikaitkan dengan pengalaman yang saya lalui semasa saya menjalani latihan khidmat negara pada suatu ketika dahulu. Pada waktu itu saya dikehendaki untuk menjalani latihan menaiki flying fox untuk persediaan majlis penutupan tamat latihan. Pada mulanya saya berasa amat takut untuk menjalani latihan flying fox, kerana ketinggiannya, kelajuaannya menuruni menara, serta keterpaksaan merentasi tasek semasa menuruni menara tersebut membuatkan saya kecut perut dan berasa gayat. Namun segala perasaan yang saya hadapi itu akhirnya dapat diatasi dengan melakukan latihan tersebut berulang kali sehinggakan saya berasa seronok dan tidak mahu berhenti daripada melakukan flying fox sambil melaungkan jeritan khidmat negara!! Dapat memuaskan hati saya.

            Kesimpulannya kuliah yang saya pelajari pada minggu ini dapat menjelaskan kepada saya bahawa emosi rupanya dapat berubah-rubah mengikut situasi sehinggakan akan melahirkan emosi yang bertentangan dalam suatu kejadian yang sama sekiranya kita melakukan emosi itu secara berulangan dan akhirnya kita akan mendapat kepuasan daripada emosi yang kita alami, di mana pada mulanya dianggap sebagai  emosi negatif itu. Sekian.


No comments:

Post a Comment