Saturday 28 August 2010

A126968 Liyana LJ06

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia…. Pada kali saya ingin mengemukakan kembali apa yang telah saya pelajari sepanjang kuliah pada minggu ini. Tajuk yang saya pelajari ialah Adaptation Level Theory. Ia adalah penentuan susuatu kognitif yang menentukan tahap emosi itu sendiri. Apa yang saya faham tentang adaptation ini ialah salah satu emosi yang ingin mencapai satu pahap yang diinginkan sehingga sesorang itu mencapai kepuasan dan kegembiraan yang dikecapi untuk memenuhi kehendak masing-masing. Saya telah mengetahui bahawa ia adalah aras adaptasi sesuatu emosi bertindak kepada neutral tetapi only something above the neutral will make you happy to get it. Mengikut theory Solomon 1980, beliau berpendapat bahawa keseimbangan emosi yang neutral bukan sahaja untuk jangka masa yang panjang tetapi berlaku dalam jangka masa yang pendek juga. Dan masa yang sama, emosi yang yang berlawanan terhasil.

Saya ingin menerangkan tentang perpindahan adaptasi emosi yang berlaku. Di sini, selepas saya belajar tentang tajuk ini, ia telah membuka celikkan mata saya dalam menangani perasaan takut ini. Hal ini bahawa, semua yang bakal kita alami tidak perlu takut kerana, ia akan jadi satu perasaan yang seronok selepas melaluinya. Hal ini kerana, saya sarankan selepas ini jika perkara atau aktiviti yang berlaku dan kita tidak pernah laluinya, kita tempuhi dan mencuba sahaja. Ini kerana, perkara tersebut akan menjadi seronok dan menjadi satu perkara yang akan menjadi peristiwa manis yang jarang kita lalui. Maka, perbanyakkanlah anda menceburi bidang out door yang lebih mencabar kerana usia muda kita hanya datang hanya sekali untuk melalui perkara yang menyeronokkan seperti itu. Beranikan diri untuk mencuba sesuatu yang positif!!!

Oleh itu, saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua tentang pengalaman saya berkaitan dengan tajuk ini. Kekuatan saya ingin memberanikan diri untuk membuat perkara yang saya tidak jangka kini sedikit sebanyak membantu saya menguruskan diri saya dengan lebih teratur tentang aspek keakinan diri. Bagi saya, perkara ini perlu melalui latihan latih tubi untuk mencapai keberanian itu dan merasa seronok. Maksud saya di sini ialah melakukan aktiviti beradak lasak seperti outdoor, hilangkan rasa trauma. Selain itu, membuat pengucapan umum. Ia adalah suatu yang takut bagi saya sebelum ini, tetapi selepas kita memberanikan diri dan cuba membuat dengan terbaik, ia akan menjadi satu kebiasaan dan keseronokan dan kita akan berasa puas hati selepas melakukannya.

Pengalaman saya yang seterusnya ialah pengalaman saya semasa melawat zoo bergerak di pekan Parit Sulong, Batu Pahat. Pada ketika itu, saya ingin mencuba untuk memegang ular satu demi satu mengikut saiz. Pada pemulaannya ia adalah suatu perbuatan yang ditakuti oleh semua orang tetapi kelebihannya amatlah mendatangkan satu perasaan yang sangat-sangat seronok bagi saya. Selepas ini, mungkin apabila saya ingin mencuba lagi, perasaan atau emosi saya menjadi neutral untuk menyentuh dan memegang ular tersebut. Hal ini demikian, suatu adaptation level saya telah beraku.

Kebanyakan tentang kursus ini banyak mengimbau kembali dan menilai contoh-contoh pengalaman saya untuk dijadikan sebagai kefahaman dan perkara yang kita sebenarnya ketahui namun ia sangat dititik beratkan. Seperti apa yang telah saya kemukakan sebentar tadi, pengapdatasian emosi memainkan peranan penting dalam hidup kita. Ingin saya simpulkan bahawa tentang tajuk pada minggu ini ia adalah satu kejadian yang berkaitan dengan emosi yang akan melahirkan suatu keadaan primary iaitu menjanakan emosi yang bertentangan sama ada secara automatic atau pengulangan yang berterusan untuk mendapatkan emosi yang menyenangkan.

No comments:

Post a Comment