Wednesday 4 August 2010

A126640 Hasliza LJ03

Kuliah minggu ke empat ini mengisahkan tentang kebahagiaan. Tidak semua manusia dilahirkan ke dunia ini penuh dengan kebahagiaan. Tetapi emosi akan menyebabkan kita berubah segala-galanya. Setiap orang mengimpikan kebahagiaan ini. Siapa yang hendak mengalami kesedihan. Sudah tentu tidak ada yang mahukan kesedihan. Kebahagiaan akan memberi kita sesuatu kekuatan untuk terus maju ke hadapan. Mengikut daripada apa yang saya pelajari di kuliah  Aristotle mengatakan bahawa kebahagiaan adalah sesuatu keseronokkan. Saya setuju dengan pendapat Aristotle. Hal ini berlaku ke atas diri saya sendiri. Di mana sekarang saya sudah bekerja, berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata dan tambahan lagi saya menyambung pelajaran sekarang secara sepenuh masa. Hal  ini kerana kekuatan kebahagiaan ini kukuh antara suami isteri membawa kejayaan dengan ikatan kasih sayang .

    Tidak dapat dinafikan saya kadang-kadang ada juga beremosi disebabkan kepenatan di kuliah dan di rumah, tetapi disebabkan sokongan padu dari suami itu yang menyebabkan saya terpaksa buang segala emosi yang boleh mengugat kebahagiaan yang saya kecapi sekarang. Bagi mereka yang berkeluarga emosi amat memainkan peranan yang sangat penting dan bijak dalam menguruskan hal-hal kekeluargaan jika tidak dapat mengawasinya akan menyebabkan kehancuran dalam kehidupan. Kasih sayang adalah pengikat dalam kehidupan rumahtangga tanpa cinta juga tak mungkin akan bahagia.

    Mengikut dari apa yang saya faham dari kuliah tersebut juga pasangan yang berkahwin lebih bahagia daripada pasangan yang belum berkahwin. Adakah semua orang pasti dengan pendapat tersebut. Bagi saya memang ada betul dan ada yang salah. Bagi saya sendiri betul . Hal ini kerana jika kita yang sudah berkahwin pandai menguruskan segala urusan rumahtangga insyaallah kita akan mengecapi  kebahagian tersebut lebih dari orang yang belum berkahwin. Ada sebilangan masyarakat kita akan mengatakan bahawa perkahwinan itu tiak akan membawa apa-apa erti kebahagiaan dalam dirinya. Maka  dengan itu sama-samalah kita renung-renungkan dan cermin diri masing-masing.

    Kesimpulannya, sesuatau kebahagiaan itu dapat dikecapi seseorang dengan keyakinan dan kekuatan semangat dalam diri masing-masing. Tidak kira seseorang itu sudah berkahwin atau bujang semuanya bergantung dalam diri sendiri. Semua orang mengimpikan kebahagiaan dalam kehidupan. Maka dengan itu jelaslah bahawa kuliah pada minggu ini memberi erti kebahagiaan dalam kehidupan. Faktor-faktor dalam kebahagiaan merangkumi kesihatan, persahabatan, kerja dan rekreasi. Oleh itu dapatlah saya simpulkan di sini bahawa

No comments:

Post a Comment