Friday 20 August 2010

A124901 NURUL LJ05

Alhamdulillah, kini sudah masuk minggu kelima kami pelajar-pelajar kursus ZZZT2253 mengikuti kursus ini dan mempelajari banyak perkara tentang pengurusan emosi dan teori-teori tertentu. Pada minggu ini kami telah mempelajari tajuk yang berkaitan dengan teori iaitu teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik yang telah dispesifikasikan daripada tajuk 'the experience of emotion' yang mana setelah diterjemahkan bermaksud 'pengalaman emosi'.

Dalam bahagian pengalaman emosi yang dipelajari ini, terdapat tiga pecahan besar iaitu 'physiologically oriented theories', 'cognitive theories' dan 'psychoanalytic theory' dan dua daripada teori terawal yang disebut telah dipecahkan lagi kepada tiga bahagian bagi teori fisiologikal, dan empat bahagian bagi teori kognitif.

Teori fisiologikal memperkatakan tentang emosi secara asasnya adalah produk dari otak dan system saraf. Dalam teori ini terdapat tiga pecahan teori kecil iaitu teori James-Lang, teori Canon-Bard, dan teori pendekatan fisiobiologikal.  Teori kognitif memperkatakan tentang kognisi atau pemikiran yang mempunyai peranan utama dalam menghasilkan dan membimbing emosi. Terdapat empat pecahan kecil bagi teori ini iaitu 'Schachter's cognitive labelling', 'misattribution', transfer of excitation' dan 'cognitive appraisal'. Dan teori psikoanalitik memperkatakan bahawa sebahagian besar pengalaman emosi adalah hasil daripada proses bawah sedar.

Dalam ketiga-tiga teori besar yang dibincangkan, saya sangat bersetuju dan tertarik dengan teori kognitif. Pemikiran dan kognisi yang mempunyai peranan utama dalam menghasilkan dan membimbing emosi. Seperti yang dipelajari pada beberapa minggu sebelumnya iaitu emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi, seperti itu jugalah dengan teori yang cuba disampaikan ini. Apabila emosi tidak dikawal dan dibimbing, emosi yang terganggu akan menyebabkan pelaku melakukan kelakuan yang tidak sewajarnya. Seperti contoh, membunuh diri, atau mencederakan diri. Teori ini lebih mengatakan bahawa emosi terhasil daripada pemikiran, bukan daripada perkara lain secara tiba-tiba.

Dalam teori ini, terdapat pecahan-pecahan seperti yang telah disebutkan di atas. Dan daripada ketiga-ketiga teori tersebut, saya tertarik dengan bahagian 'tranfer of excitation' atau setelah diterjemahkan ialah pemindahan keterujaan. Daripada hipotesis Dolf Zillman, ghairah daripada satu sumber boleh mempengaruhi, sebaliknya tidak berkaitan dengan kognisi dan reaksi. Berdasarkan dua contoh kajian yang ditunjukkan bagi member contoh kepada penyataan ini, ternyata ia sememangnya dapat dilihat dnegan jelas dan dikaitkan dengan kehidupan kita. Seperti kajian yang dinyatakan,saya dapat menyimpulkan bahawa sesuatu peristiwa yang dilalui oleh individu sedikit sebanyak boleh mempengaruhi emosi dan perasaan individu terbabit. Kerana perubahan hormon, peubahan kestabilan diri, mahu pun kesihatan serta perasaan yang lain membuatkan emosi mereka terikut-ikut dan mudah berubah, berbanding dengan individu yang tidak mengalami sebarang perubahan seperti yang telah disebutkan.  Salah satu kajian oleh Zillman dan rakan-rakannya yang ditunjukkan, mereka yang kepenatan mengayuh basikal senaman dan kemudiannya dicaci dan dihina bertindak lebih agresih terhadap pencaci mereka berbanding dengan mereka yang tidak mengayuh basikal dan dicaci. Seperti juga dalam keadaan lain, seorang bapa yang kepenatan setelah seharian bekerja di pejabat, pulang ke rumah, akan mudah melenting apabila anak-anak nakal dan buat perangai, berbanding dengan bapa yang sedang bersantai di rumah. Saya juga pernah mengalami peristiwa ini di mana pada suatu hari, saya kepenatan kerana baru sahaja membersihkan kawasan sekitar rumah. Kebetulan waktu tersebut ialah dalam bulan Ramadhan. Adik-adik saya berkelahi sehingga ada yang menangis. Saya menjadi cepat naik marah dan memarahi adik-adik. Perasaan pada waktu itu seperti mengawal api yang membakar di dada. Berbanding dalam keadaan saya sedang bersantai menonton televisyen bersama keluarga, dan adik-adik berkelahi, saya lebih tenang meleraikan mereka dan menasihati mereka, tanpa rasa amarah.

Daripada contoh-contoh dan kajian di atas, pemindahan keterujaan berlaku kepada mereka yang mengalami perubahan keadaan diri sama ada penat mahu pun tertekan. Mereka lebih mudah bertindak agresih, pemarah dan sensitive berbanding mereka yang berada dalam keadaan normal dan tenang.

Daripada tajuk yang dipelajari pada minggu ini, ternyata banyak pengetahuan yang dapat diperoleh melalui teori-teori kajian yang dibentangkan. Adakalanya kita tidak sedar apa yang dialami seharian berkait rapat dengan teori-teori dalam pengurusan emosi. Dan setelah mempelajarinya, banyak pengetahuan yang saya timba dan sedikit sebanyak dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.


1 comment: