Wednesday 11 August 2010

A124901 NURUL LJ03

Pengurusan emosi merupakan subjek yang sangat menarik dan memberikan faedah yang besar kepada saya. Selain dapat mengenali dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan emosi sebenarnya, saya juga dapat mempelajari cara menguruskan emosi, emosi positif, emosi negative dan banyak lagi.

Pada minggu ini, saya telah mempelajari mengenai emosi positif, iaitu gembira, bahagia dan kasih. Tajuk ini merupakan tajuk yang sangat menarik terutamanya bagi remaja yang menginjak dewasa seperti saya sendiri. Tajuk ini tidaklah memberi skop yang sempit terhadap percintaan sahaja, tetapi sedikit sebanyak tajuk ini boleh diaplikasi dalam kehidupan, sama ada yang masih muda, bujang, sudah berkahwin mahupun warga emas.

Empat ahli falsafah memberikan pandangan yang berbeza tentang kegembiraan. Aristotle mengatakan kegembiraan adalah kejayaan mengejar kesenangan. Plato pula mengatakan sumber kegembiraan adalah dari kehidupan yang berbudi luhur. Epicurean mengatakan bahawa kegembiraan adalah dengan memaksimakan kesenangan dan meminimakan kesakitan. Mills pula mengatakan kegembiraan adalah kelayakan bagi setiap tingkah laku.

Emosi positif merupakan emosi yang sangat baik, yang mana mereka yang mengalaminya akan berasa gembira, tenang, bahagia dan damai. Mereka tidak rundsing dengan masalah atau apa-apa yang tidak sepatutnya menggangu emosi mereka.  Selalunya mereka yang mengalami emosi positif ini akan mempamerkan riak wajah yang boleh dikenalpasti, seperti tersenyum atau pun ketawa. Hal-hal yang menggembirakan membuatkan mereka berasa gembira dan senyuman akan terbit dari wajah mereka. Secara tidak langsung, mereka akan sentiasa melakukan perkara yang baik-baik, terhindar dari tekanan dan ceria.

Emosi positif di kalangan kanak-kanak juga sangat penting kerana daya pemikiran mereka sedang giat berkembang. Emosi yang positif yang diserapkan oleh ibu bapa akan membuatkan kanak-kanak merasakan diri mereka disayangi, diperlukan dan diperhatikan. Mereka akan lebih mementingkan keluarga dan secara tidak langsung ini dapat mengurangkan gejala social apabila mereka dewasa kelak. Oleh itu, ibu bapa seharusnya memperbaiki hubungan dengan anak-anak demi kegembiraan di masa akan datang.

Emosi positif iaitu rasa gembira, bahagia dan kasih lahir daripada perkara-perkara yang mampu membangkitkan perasaan sedemikian. Antaranya apabila individu jatuh cinta, lulus sebarang ujian, sembuh daripada penyakit kritikal, berkahwin, memiliki anak, mencapai kejayaan dalam pelajaran, dan banyak lagi. Sebagai contoh, baru-baru ini, pelajar-pelajar UKM yang sudah tamat pengajian dan bergraduasi, mereka amat gembira pada hari konvokesyen mereka kerana pada hari tersebut, penat lelah mereka selama beberapa tahun di situ untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran terbayar apabila mereka menaiki pentas dan menerima skrol ijazah tersebut. Senyuman terukir dibibir, gelak tawa menghiasi wajah mereka sepanjang hari. Lebih-lebih lagi apabila kegembiraan ini dikongsi bersama kedua orang tua dan insan-insan tersayang, sememangnya rasa bahagia dan gembira tidak dapat dibendung dan kecerian terpamer sepanjang hari.

Selain itu juga, perkahwinan di antara pasangan yang bercinta juga merupakan perkara yang menbangkitkan rasa bahagia dan gembira bagi mereka yang akan medirikan rumahtangga. Ombak badai dalam percintaan diatasi, susah senang dikongsi bersama sehingga mereka mampu mendirikan rumahtangga bersama, demi mengikat kasih antara mereka, semestinya membawa rasa bahagia yang berpanjangan.  Perkara ini dapat dilihat dengan jelas apabila kita menghadiri majlis kahwin, pasti kelihatan pengantin tersenyum kegembiraan sepanjang masa. Tidak kurang juga pasangan yang sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata. Sinar kebahagiaan pasti terselah di mata mereka, selain senyuman yang terukir tanpa henti.

Selain itu juga, emosi positif ini berkait rapat dengan keagamaan juga. Mereka yang peling bahagia adalah mereka yang menerapkan agama dalam kehidupan, yang mana beragama dalah fitrah manusia. Apabila manusia berpegang teguh dengan ajaran agama, perkara yang baik dilakukan, dan perkara yang terlarang ditinggalkan, semestinya jiwa berasa tenang dan damai, secara tidak langsung, kebahagiaan datang kemudiaannya.

Di sini, ingin saya tekankan bahawa emosi positif merupakan perkara yang baik untuk setiap individu. Mereka boleh mengalami emosi ini apabila sesuatu yang baik dan menggembirakan berlaku dalam hidup mereka. Cinta, kejayaan, perkahwinan merupakan antara perkara utama yang mendatangkan emosi positif kepada individu.

 


No comments:

Post a Comment