Friday 6 August 2010

A123875 Nurul LJ03

Bismillahirrahmanirrahim..

Sama seperti minggu yang lalu, hari-hari yang ku lalui, sungguh meletihkan mental dan fizikalku disebabkan oleh jadual ku yang amat padat.  Terutamanya di dalam bidang akademik.  Kuliah ku terus-terusan dari pagi sehinggalah ke waktu senja.  Begitulah rutin ku dari sehari ke sehari.  Masa begitu padat sehinggakan untuk melaksanakan solat, aku terpaksa mencuri-curi masa kerana tiada jarak masa dari satu kuliah ke kuliah yang lain.  Kerja tugasan, laporan makmal dan kuiz datang bertimpa-timpa.  Minggu ini sahaja, ku mempunyai 10 kerja tugasan termasuk tutorial, laporan makmal, mencari bahan untuk perbentangan dan bermacam-macam lagi. Semua itu perlu dihantar pada hari Isnin minggu hadapan.

Aku tidak pernah menyangka inilah yang akan dituntut dalam bidang kejuruteraan.  Moga Allah mempermudahkan urusan-urusanku.  Walaupun kapasiti dalam bidang kejuruteraan ini terlalu dahsyat bagi insan yang kerdil seperti ku, aku amat berharap, aku masih lagi boleh bergerak dalam bidang dakwah.  Ya, aku ingin berjaya dengan cemerlang dan gemilang untuk kedua-duanya. Berjaya dalam akademik sebagai seorang jurutera biokimia dan berjaya menyebarkan Islam yang sebenar kepada semua manusia, agar mereka kembali kepada Penciptanya.  Itulah kebahagiaan bagi diriku.

Kebahagiaan adalah tahap emosi yang dikarektorkan sebagai perasaan suka, nyaman, dan puas.  Menurut Epicurean, kebahagiaan adalah dengan memaksimumkan kegembiraan dan meminimumkan kesakitan.

Apa yang boleh membuatkan saya gembira? Berjaya menjadi hamba Allah yang yang diredhaiNya, berjaya menjadi isteri mithali, berjaya menjadi anak yang taat, berjaya dengan cemerlang di dalam bidang akademik dan menjadi pekerja yang berdedikasi.  Juga, melanjutkan pelajaran di Negara China dan menetap di sana buat sementara waktu.  Itu semua adalah impian ku. 

Berdasarkan apa yang aku pelajari di dalam kuliah minggu ini,  aku dapat mengelaskan impian-impianku kepada 2 major kompoen bagi faktor-faktor dalam kebahagiaan.  Pertama ialah di dalam masa jangka panjang dan kedua ialah di dalam masa jangka yang pendek. 

Walaupun itu semua adalah merupakan perkara yang dapat memberikan aku kebahagiaan, namun, bukan semua manusia mempunyai keinginan dan impian yang sama. Sama dengan apa yang dikatakan oleh Veenhoven (1995), di mana pertembungan budaya menunjukkan bahawa erti  kebahagiaan adalah berbeza dari satu negara ke negara yang lain.  Menurut Diener et al (1995), budaya masyarakat Asia kurang mempunyai rasa bahagia berbanding yang lain.  Bagiku, aku tidak setuju. Masyarakat Asia bukan kurang mempunyai rasa bahagia, cuma, masyarakat Asia lebih suka bersederhana dalam segala perkara, termasuklah dalam mengekspresikan emosi diri. 

Perhubungan kita dengan ibubapa kita semasa kecil adalah perkara yang penting dalam menentukan kesuaian, peraturan dan kebahagiaan di masa akan datang (Freud). 

Orang yang sudah berkahwin lebih bahagia berbanding orang yang bujang. Ini adalah antara bait-bait kata yang ku pelajari di dalam kuliah pengurusan emosi pada minggu ini.  Ya, benar.  Di sini ingin ku kongsikan satu lagi kata-kata yang menarik perhatianku di mana ia berkaitan dengan perkahwinan dan perhubungan.

"To be happy with a man you must understand him a lot and love him a little. To be happy with a woman you must love her a lot and not try to understand her at all."

Aku begitu bersetuju dengan ayat ini.  Moga ia menjadi suatu nasihat bagi pasangan yang inginkan kebahagiaan di dalam perhubungan.

Terdapat juga faktor-faktor yang lain menyebabkan seseorang merasa bahagia iaitu seperti mempunyai kesihatan yang baik, dapat menjalinkan persahatan yang kukuh dan di naikkan pangkat. Juga, faktor penghayatan dalam agama.  Orang yang beriman dan taat dalam agama, mereka adalah orang yang bahagia dan kurang stress.  Hal ini adalah benar kerana mereka yang taat dalam beragama, adalah lebih bersikap positif dan redha terhadap apa sahaja yang menimpa mereka.  Semoga aku, keturunanku dan sesiapa sahaja yang bersama-sama denganku, dapat merasai kebahagian di dunia dan di akhirat dan terselamat dari siksa api neraka dan siksa kubur yang dahsyat.  Itulah kejayaan yang diimpi-impikan!


No comments:

Post a Comment