Thursday 26 August 2010

A123114 DILA LJO6

Kuliah pada minggu ini pendek sahaja tetapi agak padat dengan teori-teori yang dibincangkan seperti Teori Aras Adaptasi dan juga Teori Proses Berlawanan Solomon. Mengikut Teori Aras Adaptasi ini, kita bertindak balas terhadap rangsangan baru berdasarkan kepada aras adaptasi kita pada waktu kini. Mengikut Smith, 1998 dalam buku beliau iaitu Psychology,science & understanding, aras adaptasi seseorang ialah fungsi aras neutral semasa individu tersebut bergantung kepada situasi rangsangan baru. Secara ringkasnya, daripada apa yang saya fahami tentang Teori Aras Adaptasi ini ingin memberitahu kita bahawa seseorang yang telah didedahkan dengan satu rangsangan baru secara berulang kali akan menjadikan sistem biologi, psikologi atau sistem deria mereka menjadi lali atau bahasa saintifiknya menjadi imun terhadap jenis rangsangan yang didedahkan dan seterusnya menyebabkan mereka kurang merasa sensitivitinya disebabkan rangsangan yang berterusan atau berpanjangan.

 

Aras adaptasi ini dapat dibandingkan dengan dulu seseorang individu itu tidak boleh membaca buku jika terdengar bunyi bising kenderaan yang lalu-lalang di rumahnya tetapi kini individu itu boleh membaca buku walau terdapat bunyi bising kenderaan di luar rumahya. Bagi memudahkan pemahaman saya, teori aras adaptasi ini bolehlah dibandingkan dengan situasi kehidupan atau pengalaman hidup saya. Jika dulu sebelum saya memasuki Universiti ini, saya sememangnya sukar untuk tidur lena dan saya mudah untuk melenting jika jika ada orang buka lampu di bilik tidur saya. Memandangkan saya mendapat teman sebilik yang yang takut kepada gelap saya cuba bertimbangrasa terhadap situasi yang dia alami dan saya cuba berfikiran terbuka agar emosi saya berada dalam keadaan stabil dan akhirnya saya kini boleh tidur dengan lena walaupun agak mengambil sedikit masa untuk terlelap hasil dengan pendedahan kepada cahaya lampu secara berterusan dalam jangkamasa yang panjang.

 

Seterusnya, Teori Proses Berlawanan Solomon. Teori ini telah diperkenalkan oleh Richard Solomon (1980). Beliau mencadangkan bahawa emosi bergerak menuju keseimbangan dengan bergerak kearah titik neutral bukan saja untuk jangkamasa panjang tetapi juga untuk jagkamasa pendek. Dari sini, dapat difahami emosi akan menjadi neutral apabila telah berada dalam keseimbangan seperti emosi benci yang dikeluarkan pada permulaan menghadapi stimulus ini akan semakin dineutralkan apabila timbul emosi yang berlawanan seperti emosi suka yang akan mengurangkan emosi benci sedikit demi sedikit. Contoh yang paling senang untuk memahami teori ini adalah seperti situasi seorang pelajar yang tidak berapa menggemari cikgu matematik di sekolahnya kerana terlalu tegas dan suka memarahi pelajar. Tetapi apabila pelajar ini terlibat dengan aktiviti diluar sekolah sepanjang cuti sekolah dan cikgu ini juga terlibat sama dalam program yang dijalankan, lama-kelamaan perasaan yang tidak suka kepada cikgu matematik ini bertukar kepada suka kerana sepanjang program ini berlangsung cikgu ini begitu prihatin, baik dan suka memberi kata-kata semangat kepada pelajar itu.

 

Selain contoh biasa yang diberikan seperti diatas, terdapat satu situasi yang telah diceritakan oleh rakan saya kepada saya yang boleh saya kaitkan dengan teori ini dimana rakan saya iaitu wasila begitu teruja untuk melanggan Astro kerana banyak siaran televisyen yang boleh ditonton tetapi lama kelamaan perasaan seronok dan teruja ini menjadi sebaliknya iaitu menyesal kerana terpaksa memikirkan tahap kewangan yang tidak mencukupi untuk membayar ansuran kereta dan siaran yang dimainkan oleh Astro selalu diulang selain itu, dia juga merasa rugi kerana tanpa menyewa Astro setiap bulan, dia masih boleh menyaksikan banyak rancangan televisyen yang dipaparkan oleh Negara singapuran dan Indonesia kerana kawasan kediaman kami yang berada di Johor Bahru yang membolehkan kami mendapat siaran bagi kedua-dua buah Negara itu dan perkara yang terpenting sekali ialah siaran televisyen di Singapura sering memaparkan drama korea yang terbaru.  

 

Secara kesimpulannya, Teori Aras Adaptasi menerangkan bahawa seseorang itu sudah menjadi biasa terhadap rangsangan yang jika dulu aras bunyi bising seperti bunyi kapal terbang dianggap terlalu tinggi tetapi kini dianggap biasa kerana pendedahan setiap hari. Bagi Teori Proses Berlawanan Solomon pula lebih menceritakan tentang emosi primari semakin dikurangkan apabila timbul emosi yang berlawanan dalam jangkamasa panjang yang akan membawa kepada keseimbangan titik neutral sesuatu emosi itu. # end.

No comments:

Post a Comment