Thursday 19 August 2010

A123114 DILA LJO5

kuliah kali ini Encik Zambri membicarakan tentang pengalaman emosi berdasarkan teori yang telah dikemukakan mengikut beberapa pespektif teori iaitu teori yang berorientasikan fisiologi, teori – teori kognitif dan teori psikoanalitik. Semasa belajar dalam kelas saya tidak beberapa memahami teori – teori yang dikemukakan maklumlah apabila melibatkan teori ia memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi dalam menganalisis dan menginterpretasi semula maklumat yang telah diterima. Untuk mengukuhkan lagi pembelajaran hari ini saya telah membuat ulangkaji semula sehingga saya betul – betul memahami apakah teori yang ingin di sampaikan mengikut aspek yang berbeza. Mengikut buku tambahan yang saya telah baca iaitu Understanding Motivation and Emotion dalam aspek biologikal emosi, emosi ini telah mula dikaji 100 tahun yang lepas dengan pertanyaan apakah peranan system saraf autonomik dalam pengalaman subjektif emosi. Teori pertama emosi iaitu teori James – Lange, bertanyakan  apakah emosi yang berbeza mempunyai reaksi tubuh yang unik mengikut emosi yang berhubung dengan mereka. Kita semua tahu yang takut dan gembira adalah perasaan yang berbeza tetapi adakah takut dan gembira juga mempunyai mempunyai reaksi badan unik yang tersendiri.

 

 Berdasarkan pendekatan fisiologi terhadap emosi, teori emosi moden yang terawal telah dicadangkan oleh ahli psikologi amerika dan ahli fisiologi Danish, carl lange. Hari ini teori yang mereka cadangkan dikenali sebagai teori James – Lange. Mengikut teori ini kita mengalami perubahan tubuh badan sebagai reaksi kepada peristiwa – peristiwa dalam persekitaran. Ini bermakna apabila kita ternampak rangsangan secara outomatik berlaku perubahan badan seperti jantung berdegup dan kemudian emosi akan muncul seperti takut. Jika mengikut teori ini ia seperti pengalaman saya yang terjadi semasa di kampung dan waktu ini adalah waktu senja ketika saya dalam perjalan balik ke rumah nenen saya selepas seharian berada di rumah saudara saya yang tidak jauh dari situ. Semasa melintas di kawasan bekas sawah yang kiri kanan di penuhi dengan pokok dan semak-samun saya terdengar bunyi babi hutan masa itu jantung saya sudah berdegup dengan kencang dan saya berasa gementar, saya mula berasa takut apabila mula terlihat kelibat babi hutan itu yang tidak jauh dari saya. Saya ambil keputusan untuk patah balik ke rumah saudara saya dan meminta mereka menemani saya sampai ke rumah nenek.

 

 

Teori seterusnya untuk menerangkan pengalaman emosi adalah daripada teori – teori kognitif. Antara teori kognitif yang terkenal berkaitan dengan emosi ini adalah teori pelabelan kognitif schacter. Beliau setuju dengan idea yang telah dicadangkan oleh James-Lange yang mengatakan emosi mengikut urutan daripada stimulus kemudian gerakbalas fisiologikal untuk merasakan emosi. Walaubagaimanapun teori ini mengalami kekurangan apabila tidak mengambilkira pola gerak balas fisiologikal yang sama boleh dikaitkan dengan emosi yang pelbagai seperti kita mengalami kebangkitan emosi tetapi adakah kita sedang marah, sedih atau gembira. Dari sini schacter memperkenalkan idea pelabelan kognitif untuk gerak balas fisiologikal. Label ini menentukan emosi yang sedang kita rasai. Oleh itu, apabila inidvidu dibangkitkan atau dirangsang dan ia percaya bahawa label yang sesuai untuk bangkitan tersebut adalah kegembiraan maka ia akan merasa gembira. Bagi schacter, tahap bangkitan adalah sama dalam setiap kes, apa yang membezakan berbeagai emosi adalah cara kita melabel bangkitan tersebut. Dari sini saya memahami jika saya sedang menonton drama dan lakonan yang di pamerkan membuat emosi saya bertukar suram dan membuatkan saya merasa ingin sedang menangis ini menandakan saya berasa sedih dengan jalan cerita yang sedang dipaparkan. Oleh itu saya telah melabel emosi saya pada waktu itu adalah sedih.

 

Walaubagaimanapun saya agak tertarik dengan teori yang dikemukakan oleh Sigmund berdasarkan teori psikoanalitik yang menerangkan pengalaman emosional sebahagian besarnya adalah hasil daripada pengalaman tidak sedar. mungkin ada benarnya juga kerana bagaimana emosi gembira itu boleh wujud di dalam diri seorang bayi tanpa mereka pelajari. Secara kesimpulannya bagaimana emosi itu boleh bangkit begitu subjektif dan kajian – kajian yang telah dikemukakan sedikit sebanyak mampu menerangkan kepada kita bagaimana kita merasa emosi itu. # end.

No comments:

Post a Comment