Friday 13 August 2010

A123114 DILA LJO4

Minggu lepas saya telah belajar mengenai emosi positif. Sememangnya emosi positif merupakan satu perasaan yang menyenangkan dan sebolehnya setiap orang ingin hari-hari mereka dihiasi dengan perasaan yang menceriakan tanpa merasai emosi negatif. Walaubagaimanapun bagi saya, emosi negatif juga begitu penting sebagai satu cara kita meneruskan kehidupan dengan mempunyai perasaan takut secara kita akan menjauhkan diri kita dari perkara yang membahayakan dan emosi negatif ini juga membolehkan kita lebih prihatin terhadap perasaan orang lain dan memahami apa yang mereka rasakan contohnya jika kawan kita berada keadaan sedih kerana mendapat keputusan peperiksaan yang mendukacitakan, kita sebagai rakan yang pernah mengalami emosi negatif pasti akan melakukan pemujukan dan sekiranya kita tidak pernah mengalami perasaan yang negatif kita pasti akan mentertawakan atau menyindir rakan kita yang bersedih tadi. Dalam kuliah hari ini juga saya telah belajar komponen-komponen kecil perasaan emosi negative seperti perasaan takut, sedih, malu dan marah.

 

Seperti yang saya perkatakan tadi takut adalah sebagai alat untuk meneruskan kehidupan dan menyelamatkan diri daripada perkara yang membahayakan. Berbicara tentang perasaan takut ini, saya pernah mengalami satu pengalaman yang membabitkan dengan benda-benda supernatural pada tahun lepas. Dikawasan tempat tinggal saya ketika dahulu memang terkenal dengan bilangan supernatural yang boleh dikatakan banyak dan perlbagai spesies. Ini kerana sebelum kampung saya diteroka disitu adalah kawasan hutan yang sedikit berpaya. Tetapi jumlah supernatural berkurang kerana telah banyak surau dan masjid didirikan. Saya telah balik kerumah selama seminggu kerana terdapat cuti belajar untuk peperiksaan. Pada hari ketiga dirumah saya berjaga malam untuk belajar dan jam pada waktu itu menunjukkan angka 2 pagi. Semasa saya ingin ke ruang tamu saya terdengar bunyi burung hantu di sebelah rumah saya dan disitu juga terdapat pokok rambutan. Semasa terdengar bunyi burung hantu itu bulu roma saya naik dan saya mula berasa gerun kerana pada waktu itu tinggal saya sahaja yang tidak tidur dan sepanjang saya duduk di kawasan itu ini adalah pertama kali saya mendengar bunyi burung itu. Untuk mempastikan apa yang saya dengar saya pergi ketepi tingkap dan pada waktu yang sama saya terdengar ada suara orang berjalan ditepi rumah dan jantung saya mula berdegup kencang dan tak lama kemudian saya terdengar bunyi suara orang menangis dan ketawa dengan suara yang menggerunkan. Pada masa itu saya terus mengetuk pintu bilik emak saya dan memberitahu apa yang saya dengar tadi dan saya terus tidur di bilik emak saya kerana begitu takut dengan kejadian yang saya alami sebentar tadi. Saya begitu syukur kepada Allah kerana melindungi saya daripada berhadapan dengan supernatural itu dan hanya mendengar suara sahaja. Walaupun dengan hanya mendengar suara sahaja semangat saya sudah begitu lemah.

 

Pengalaman perasaan emosi negatif yang seterusnya yang akan saya kongsikan adalah perasaan malu. Cerita ini bila difikirkan balik ia agak lucu tetapi semasa berhadapan dengan situasi itu ia memang memalukan. Ketika pulang dari sekolah saya singgah di kedai untuk membeli barang dan apabila keluar dari kedai saya terserempak lelaki yang saya puja dalam diam untuk menghindarkan diri daripada dia saya menggunakan laluan untuk menolak barang seperti troli dan tidak menggunakan tangga disebelahnya. Laluan itu agak tinggi dan sedikit curam. Ketika melalui laluan itu secara tiba-tiba saya hilang keseimbangan dan kemudian jatuh menggelongsor pada masa itu lelaki itu lalu di belakang saya. Apabila terjatuh saya terus bangun dengan cepat dan membuat mimik muka yang tidak ada apa-apa berlaku. Kawan-kawan yang melihat kejadian itu tergamam dan kemudian ketawa terbahak-bahak. Sepanjang perjalanan kami ketawa dan kawan saya bertanya, "tak malu ke jatuh tadi"? Saya berkata didalam hati malu yang saya lalui hanya tuhan sahaja yang tahu dan ditambah lagi lelaki itu melihat saya terjatuh.

 

Secara kesimpulannya perasaan negatif turut mempunyai kepentingan juga dan bukan hanya sebagai satu perasaan yang akan membuat hari kita tidak ceria. Perasaan negatif penting juga untuk meneruskan kehidupan dan mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang melampaui batas.

No comments:

Post a Comment