Thursday 5 August 2010

A123114 DILA LJO3

            Untuk kuliah kali ini saya telah belajar mengenai tajuk emosi positif yang membicarakan tentang gembira, bahagia dan kasih. Definisi bahagia yang seperti saya belajar adalah kebahagiaan adalah satu keadaan emosi atau perasaan yang menerangkan rasa kenikmatan, kesenangan dan kepuasan. Bagi pendapat saya pula gembira merupakan satu yang subjektif yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata kerana ia merupakan satu perasaan yang membuatkan kita merasa satu perasaan yang menyenangkan didalam hati dan perasaan ini akan membuatkan mood kita pada hari itu adalah positif. Mengikut kajian yang telah dilakukan, cara orang Barat dan orang Asia dalam melahirkan rasa gembira ini tidak sama. Ini memang tidak dinafikan berdasarkan program realiti  Barat yang saya pernah lihat  yang bertajuk My Dad is Better Than Your Dad, didalam rancangan ini mereka begitu mengekspresikan perasaan yang mereka rasai pada masa itu terutama apabila gembira mereka akan melompat dan ada yang mendukung anak mereka sambil menjerit keseronokan apabila berjaya dalam sesuatu permainan. Dalam masyarakat Asia ia begitu berbeza kerana orang Asia akan tersenyum dan tidak menonjolkan ekspresi yang begitu keterlaluan dalam melontarkan kegembiraan mereka. Faktor ini juga kerana budaya yang dibawa dan juga ajaran agama yang sudah sebati didalam jiwa seperti didalam islam itu sendiri yang majoritinya dianuti oleh masyarakat Asia yang telah menekankan agar tidak ketawa dengan terbahak-bahak kerana jika selalu melakukan hal seperti itu ditakuti hati manusia akan menjadi keras.

 

            Selain itu, terdapat 2 komponen faktor bahagia, faktor pertama adalah keadaan perasaan untuk jangka masa panjang. Keadaan perasaan untuk jangka masa panjang ini penting bagi memastikan kita akan terus berasa gembira dari semenjak kita kecil sehinggalah kita pergi menemui tuhan kita. Setakat ini syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan kedua ibubapa yang begitu baik dan bertimbangrasa yang selalu memastikan kami adik-beradik sentiasa mendapat kasih sayang yang cukup dan berusaha untuk memenuhi segala keperluan kami. Saya begitu gembira kerana apa yang saya ingini akan dipenuhi oleh ibubapa saya asalkan apa yang saya minta tidak membebankan mereka. Suasana rumah yang aman begitu penting bagi saya kerana bagi saya rumahku syurgaku dan disitu lah tempat dimana saya beristirahat dan menenangkan jiwa. Tiada tempat yang mendamaikan fikiran dan perasaan saya melainkan tinggal di rumah bersama keluarga saya yang lain. Perkara yang saya alami ini berlainan daripada yang dialami oleh kawan baik saya sendiri iaitu fiha. Sepanjang saya mengenali fiha, bagi saya dia merupakan seorang yang tabah kerana ayah dan ibu fiha kerap bergaduh dan ini menyebabkan fiha sering kerumah saya atau rumah atuknya untuk jauhkan diri daripada situasi yang menekankan. walaupun diri dia berada dalam keadaan tidak gembira dia akan cuba mengubati kegusaran yang berada dihatinya dengan sering melakukan lawak. Sehingga kini kesan perasaan yang tidak bahagia untuk jangka masa panjang masih lagi kelihatan kerana fiha begitu cerewet untuk memilih bakal suami kerana takut akan mengalami penderitaan yang sama lagi.

 

            Faktor kebahagiaan seterusnya adalah keadaan perasaan untuk jangka masa pendek. Keadaan jangka masa pendek ini seperti kegembiraan yang saya alami semasa saya mendapat tawaran kemasukan ke universiti dan pencapaian PNGS yang baik seperti mana yang saya harap-harapkan. Kedua-dua perasaan ini hanya sementara kerana ia akan dirasai untuk jangka masa yang tidak terlalu panjang. Selain itu perkahwinan juga merupakan satu contoh yang baik. Pengalaman perasaan ini telah dirasai oleh sepupu saya sendiri dan kegembiraan mereka datang lagi setelah setahun kemudian apabila telah dikurnia cahaya mata. Saya dapat melihat kaum kerabat saya begitu teruja dan gembira dengan kelahiran anak sepupu saya itu dengan mengadakan kenduri pula selepas itu. Selain dua faktor penting kebahagiaan ini terdapat lagi beberapa faktor seperti faktor kesihatan, persahabatan, kerja dan rekreasi. Dapat disimpulkan disini terdapat banyak faktor yang boleh membawa kepada rasa bahagia tetapi apa yang penting kasih sayang yang dicurahkan  kelurga kita dan orang yang dicintai kita merupakan merupakan faktor bahagia yang berpanjangan untuk meneruskan hidup yang bahagia.

No comments:

Post a Comment